Monday, April 1, 2013

Pengalaman saya

Hai ibu - ibu diluar sana ...

hari ni saya nak berkongsi dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada mengenai topik kenapa ibu - ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu.

Pengalaman menyusukan anak kali pertama memang menyukarkan. Walaupun sepanjang kehamilan anak pertama pelbagai rujukan, bahan bacaan dan penyelidikan telah dibuat. Tapi secara realitinya menyusukan anak pertama is not an easy like ABC. Mungkin pengalaman yang ada pada saya ni boleh jadi iktibar kepada ibu - ibu diluar sana mengenai pentingnya susu ibu pada bayi anda.

Pengalaman saya :

Selepas bertarung selama 13 jam di labour room untuk melahirkan khalifah umat nabi muhammad SAW, maka lahirlah anak lelaki pertama kami yang diberi nama ARSYAD AIMAN (bermaksud : yang bijak, yang berkat). Oleh kerana perkembangan yang lambat bagi proses kelahiran secara vaginal delivery (bukaan sudah 10cm tapi baby tak mau keluar :  13 jam sudah ku di induce) maka akhirnya keadaan telah tersurat agar kelahiran ini adalah secara LSCS (elektif ceaser)


anakku baru lahir
Arsyad Aiman pada hari kedua kelahirannya (berat : 3.21kg tinggi : 49cm diameter kepala 35cm darah : O)


Tempoh pertarungan kelahiran selama 13 jam, membuatkan badan saya menjadi sangat lemah. Lebih - lebih lagi ini adalah pengalaman pertama saya merasa pertarungan bersalin secara induce dan mengalami pembedahan. Perasaan berkobar - kobar yang saya simpan sebagai azam untuk fully breastfeed anak pertama saya semakin luntur dek kerana kepenatan yang melampau. Saya berasa sangat lemah untuk menguruskan bayi sendiri selama 3 hari di hospital. Akhirnya anak saya menghidapi penyakit JAUNDIS atau lebih dikenali sebagai kuning dengan bacaan yang amat tinggi.

KESAN 1 : Bayi kena penyakit JAUNDIS


jaundis


KESAN 2 : Sering DEMAM
Ini adalah kesan ketara yang saya dapat lihat sepanjang perkembangan anak saya. Anak sulung saya kerap mengalami demam dalam skala pembesarannya semasa bayi. Menjaga anak yang sering demam bukanlah perkara mudah bagi saya memandangkan ketika itu saya membesarkan anak seorang diri tanpa suami (*perkahwinan jarak jauh kerana lokasi tempat kerja).


demam

KESAN 3 : Alah dengan HALIA
Mungkin kenyataan ini sangat ganjil. Tapi inilah hakikatnya. Semasa menperkenalkan anak pertama saya dengan makanan pepejal saya, salah satu menu yang sediakan adalah bubur ayam yang mengandungi halia. Rentetan itu, anak saya mengalami cirit - birit yang melampau. Saya sedar apabila saya beri makanan yang sama pada keesokan harinya. Mungkin kerana tidak tahan dengan kesan halia tersebut. Masa kejadian cirit - birit berlaku, arsyad aiman was 7 month. Anakku .. maafkan mama. Sedihnya bila teringatkan nostalgia ini _-_


cirit birit

Sebenarnya Arsyad aiman bukan tidak disusui dengan susu ibu langsung. Cecah 6 bulan juga pemberian susu ibu diberikan kepada anak ini. Tapi dalam tempoh 6 bulan tersebut, pemberian susu formula telah diperkenalkan sejak kelahirannya. Pemberian susu formula lebih banyak berbanding susu ibu. Saya klasifikan diri saya sebagai seorang ibu yang gagal menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu selama 6 bulan.

Sedikit info yang saya baca untuk dikongsi :
  
"pemberian susu formula pada bayi tidak melindungi usus bayi berbanding susu ibu"

sumber : http://ourkosmobak.blogspot.com

Hari ini saya menerima email daripada seorang ibu yang dikenali sebagai Mommy Lyna iaitu Founder & CEO SusuSihat.com....ceritanya sangat menarik perhatian saya..dan saya ingin berkongsi mengenainya dengan kawan-kawan yang berada di luar sana... : D



Hi nuraida,

Tahu tak sebenarnya usus bayi di bawah umur sebulan ni macam jaring. Ia menyerap apa saja yang melaluinya termasuklah segala kuman dan bacteria; baik ke jahat semua pun dia sapu.

Yang bahayanya, ia mudah bocor! Hanya satu cara saja untuk 'menampal' jaring-jaring itu & mengelakkan kebocoran.

Susu Ibu!

Susu ibu mengandungi "sIgA" yang boleh melapisi usus bayi baru lahir ni sampailah ususnya matang. Kemudian ia menyediakan "pH" atau tahap keasidan yang optimum dalam usus untuk pembiakan bakteria baik spt "Lactobacillus bifidus" yg dapat hidup dengan aman tanpa gangguan bakteria jahat.

Mesti anda pernah dengar nama "Bifidus" dalam satu iklan susu formula kan? Itu kita tak tahu bagaimana dia formulasikan bifidus tu, tapi dengan susu ibu, bifidus yang asli dan tulen sahaja diterima!

Yang bertugas menghalang penjajahan bakteria jahat tu pula namanya "Oligosakarida" dalam susu ibu. Mesti anda pernah dengar juga nama Oligo.. Oligo ni kan.

Jika anda memberinya formula, maka hilanglah lapisan perlindungan dalam ususnya. Tentunya kita tak mahu beri yang second best kepada anak kesayangan kita kan?

Happy Breastfeeding!

Luv,
Mommy Lyna
Founder & CEO SusuSihat.com

 _________________________________________________________________________

Ini adalah shortlist berdasarkan pengalaman saya . Harap ibu - ibu diluar sana timbalah ilmu sebanyak mungkin supaya persediaan diri mantap dan memperjuangkan penyusuan susu ibu





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...