Sunday, June 30, 2013

Apakah hukum menggunakan elektrik ofis untuk mengepam susu ibu?

Adakah ibu - ibu pernah terfikirkan perkara ini?

Hai, hari ini saya nak share hukum menggunakan elektrik ofis untuk mengepam susu ibu oleh Ustaz Azhar Idrus

video

*Jika penggunaannya sedikit, hukumnya harus . Jika banyak kali ? Sudah minta izin majikan anda ?

Adakah anda termasuk didalam kategori ini ?

"Hasil perahan sedikit walaupun si ibu minum 2-3 liter dan pam yang konsisten setiap 2-3 jam. Satu sesi perahan seharusnya dilakukan dalam 10-20 minit tetapi tidak lebih dari itu kerana ia boleh menyebabkan si ibu tertekan dan puting susu melecet.

Sekiranya anda memerlukan supplemen untuk membantu anda cergas semasa menyusukan bayi, boleh call/wassap 0137669176 atau pm di FB Secret of Supplement

Breastpump apa yang Wardina Saffiyah gunakan?

Review saya pasal breastpump

Sebelum cerita pasal Wardina, saya nak cerita breastpump yang kebanyakan ofismate saya gunakan. Salah satu breastpump yang saya tengok ramai ofismate saya guna adalah breastpump ini,

Breastpump jenama spectra. Anggaran harga RM500 ke atas. Rasanya, semua ibu - ibu mampu miliki breastpump jenis ini. Saya tengok bagus je kawan - kawan saya guna. Cuma kita kena bergantung kepada power supply ketika mengepam. Kalau tiada elektrik, maka aktiviti mengepam tidak boleh dilakukan. Kalau nak mengepam dalam kereta, ibu ibu kena beli extension supaya boleh supply power pada breastpump ni. Jadi yang paling utama bagi breastpump jenis ini adalah POWER SUPPLY.

Bagi muslim, teringin tak nak tahu "hukum guna elektrik ofis untuk mengepam susu ibu?". Kalau anda teringin nak tahu, boleh la tengok video itu di sini

Ok, berbalik kepada tajuk asal iaitu breastpump apa yang Wardina Saffiyah gunakan. Tapi sebelum tu, mehla baca artikel Wardina ni dulu ;

Pentingkan pemilihan pam yang elok untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu?. Terutamanya ibu - ibu bekerjaya.Kalau ibu - ibu nak tahu, breastpump yang Wardina Saffiyah gunakan, adalah dari jenama spectra. Tapi tak berapa pasti siri keberapa. Breastpump spectra ni banyak siri, ada siri 3 ada siri 5. 

Eh! macamana saya tau Wardina pakai spectra breastpump ? Cerita ni sahabat saya anis mardhiyah yang beritahu pada saya ketika dia berjumpa Wardina. Boleh baca cerita penuh tu di sini.

Breastpump murah atau breastpump mahal ? ; part 3

Breastpump pilihan hatiku

*cerita pasal breastpump lagi untuk siri yang ke 3

Ketika saya menghadiri kursus, saya berjumpa kawan lama saya "anis mardhiyah". Ketika itu beliau membawa anaknya bersama untuk disusukan. Kemudian, saya terpandang breastpump yang kawan saya ni guna. Masa ni perasaan saya adalah macam dalam gambar ni :

breastpump murah atau mahal
Perasaan yang berbaur - baur, teruja, berbunga, gembira, sayang ... semuanya ada. Sebabnya saya ada juga explore breastpump ni di internet tapi tak berpeluang nak tengok secara live. Bila saya dapat sentuh, perhati saya mula jatuh cinta pada breastpump ni. Saya terus bertekad, masa mengandung anak kedua nanti saya mesti dapatkannya. SAYA MESTI DAPATKANNYA, WITHOUT ANY COMPROMY.

Kerana apa saya jatuh cinta;

SEBAB PERTAMA
*breast shield nya sangat lembut. Ia boleh melengkok - lengkok ikut fizikal breast kita. Jadi breast kita tak sakit bila suction berlaku. Material plasticnya tak sama macam breastpump yang lain.
SEBAB KEDUA
*Tambahan pula, pam ini ada 2 fasa ketika ia beroperasi. iaitu fasa stimulate dan fasa expression. Ketika fasa stimulate, dia akan membuat rangsangan agar susu ibu keluar. Rhythm suctionnya sangat lembut, seolah - olah bayi yang menghisap.
medela freestyle
 SEBAB KETIGA
*Breastpump ini bersifat hands free. Sambil menyapu, sambil memasak, sambil ber FB, even semasa didalam kereta pun ibu - ibu boleh mengepam. Sifat fizikalnya macam handset, boleh dibawa kemana - mana. Ia mempunyai rechargeable batery, ada tali pinggang dan aksesori yang membolehkan kita menggantungnya dibadan kita. Jadi anda dapat mengurangkan kebergantungan kepada elektrik ofis.  (bagi ibu - ibu yang bekerjaya)

Bagi muslim, teringin tak nak tahu "hukum guna elektrik ofis untuk mengepam susu ibu?". Kalau anda teringin nak tahu, boleh la tengok video itu di sini

*********************************************************************************


Saya rasa, ramai dah tahu breastpump apa yang saya guna. Tak perlu rasanya nak mention nama breastpump ni. Takut sebenarnya, sebab iman saya ni hanya setebal kulit bawang. Takut timbul perasaan riak. Takut mengecilkan hati ibu - ibu yang tak mampu nak beli breastpump ni. Breastpump ni memang mahal sikit. Tapi pada saya, apalah salahnya demi anak kan? sedangkan handfon yang mahal kita mampu beli, tak kan tak mampu beli breastpump ni. Kumpul duit sikit sikit setiap bulan mesti dapat beli akhirnya. Tujuan saya menulis entry ni, agar bakal - bakal ibu dapat membuat pilihan dan berfikir sebelum buat keputusan beli pam yang sesuai. Sebenarnya, selain pam jenis ni, ada lagi breastpump yang bagus juga. Ramai ofismate saya pakai breastpump jenis yang lagi satu ni dan saya tengok bagus juga. Breastpumpa apa ye ?

Next entry, saya nak cerita breastpump apa yang ofismate saya guna dan breastpump apa yang Wardina Saffiyah gunakan.


Breastpump murah atau breastpump mahal ? ; part 2

Breastpump apa jadi pilihan hati

Hai, bersambung semula untuk cerita tentang breastpump siri ke 2

breastpump murah
Lepas je dapat breastpump ni, saya teruja sangat. Ye lah, pertama kali dapat breastpump yang berharga ratus - ratus. Terujala kan, sebab masa ni saya belum bekerja, seronok sangat sebab encik suami sudi sponsored. Maka, sesi pam pun bermula. Pam pam dan pam. Hasilnya ..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Saya masih gagal, gagal untuk dapat susu banyak yang menjadi impian setiap ibu. Masa ini, saya terus give up dan memberhentikan aktiviti mengepam. Kalau anak saya nak susu ibu, saya hanya bagi direct feeding sahaja. Keadaan bertambah parah, bila saya mula bekerja dan tidak mengepam. Akhirnya, perjalanan susu ibu untuk anak pertama saya berakhir ketika dia berumur 7 bulan. Masa ni, anak saya sendiri yang refuse untuk breastfeeding. (mungkin kerana pengaliran susu dah berkurang kerana tidak mengepam). Jadi breastpump apa yang saya guna lepas tu ? Next episod ; saya nak cerita breastpump saya yang ke EMPAT, yang menjadi pilihan hati saya selamanya.

Breastpump murah atau breastpump mahal? ; part 1

Breastpump mana yang perlu saya beli ?

 

Ketika saya mengandungkan anak pertama saya, pemilihan pam tidaklah saya ambil begitu serius. Kerana ketika itu, saya YAKIN saya mampu menyusukan anak saya dengan baik. Pada saya, pam semuanya itu tidak penting. *masa tu mind set kata : tujuan menyusukan anak tu kan untuk menjimatkan wang. Perlu ke beli pam yang mahal, makan supplement ke, minum susu ke ? lagipun mak saya dulu susukan adik adik saya senang je saya tengok.

Jadi ketika itu, pam pertama yang saya beli adalah pam manual jenama OK baby yang berharga RM20.00. (* tak de plak gambar di google untul saya attach)

Apabila, anak pertama saya lahir ; saya mengalami saat saat getir PROLONGE JAUNDICE , ketika itulah saat pertama saya mengalami kesukaran dengan perjalanan susu ibu. Anak sulung saya hanya pandai latch pada sebelah breast je. Kerana nipple sebelah lagi sedikit tenggelam.

Kerana situasi itu, kemudian, saya bertukar kepada pam ini, yang berharga RM100.00 :
breastpump pilihan hati
Pengalaman saya menggunakan pam ini, tuhan sajalah yang tahu. Sakit tapi kerana azam nak breastfeeding, ku tahankan jua. Susu keluar paling lama perah pun dapat 1oz sahaja. Memang sangat berputus asa.Stress dan sedih. Tak de pilihan lain, akhirnya ku campur dengan susu formula.

Kemudian, saya search internet, pelbagai pilihan pam yang terjual untuk breasfeeding. Ada yang mahal, ada yang murah. Masa ini pujuklah encik suami belikan. Jadi, akhirnya inilah pam ketiga saya miliki berharga RM200.00 :
breastpump pilihan hati
breastpump pilihan hati
Pam ni jenis manual. Masa memula dapat pam ni excited sangat, dan bermulalah sesi mengepam. Bagaimana feedback saya mengenai pam ini ? emm, panjang ceritanya. Saya cerita untuk next entry k.

Thursday, June 27, 2013

Anak Cerdik (Ubat dan Doa)



Oleh Ustaz Sharhan Shafie, diletak didalam blog ini untuk rujukan saya. Ibu - ibu pun boleh amalkan juga


video



Ustaz Sharhan Shafie, Tanyalah Ustaz - Ubat dan Doa
Paling AFDHAL mulakan dengan membaca:
1) Al Fatihah
2) Ayat Qursi
3) Selawat Nabi

Kemudian disusuli doa/ayat quran yang diberi.

Sebaiknya berdoa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kemudian akan disusuli dengan kesembuhan Insya Allah. Jika tidak dimakbulkan, bermuhasabahlah diri sendiri,
jika ada kesalahan dengan manusia atau dengan Allah. Berbuat baik dan bertaubat nasuha.

Sebagai ibu, apalagi yang kegembiraan yang kita ingin dambakan selain anak - anak yang soleh dan solehah kan?

Jangan bersedih

Ibu - ibu jangan bersedih lagi

Seronok tengok video ini, yang juga menjadi video kegemaran anak saya. Video ni juga ibarat memberi rangsangan kepada anak saya. Sebabnya, bila lepas dia tengok video ni, mesti dia kata :"mama nak t****" (anak saya yang dah berusia 1 tahun 9 bulan ketika ini, dan masih breastfeed)

Ibu - ibu yang hampir down dengan penyusuan susu ibu, saya dedikasikan video ini khas untuk anda semua.
video




Bagaimana shaklee membantu ibu - ibu menjayakan penyusuan susu ibu?
ESP shaklee



Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien. 
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan. Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol. Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.
Memadai 2-3 sudu besar ESP*sehari sangat membantu ibu - ibu sepanjang penyusuan.


set A shaklee



Vitalea *: Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex
* : lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.

Vitamin C*
: perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.
  ostematrik shaklee 


Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit. Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.
sumber : anakkuwiraku blog

Saya adalah pengedar sah shaklee. Boleh dapatkan dari saya k. Call/WhatsApp/sms 0137669176 atau pm di FB pages saya di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...