Wednesday, June 26, 2013

Penyusuan susu ibu : "Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum"


"Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda.  

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels."

sumber diambil dari :  babycenter.com.my

Berdasarkan artikel ini, kita boleh rumuskan bahawa apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi kita melalui susu ibu. 

Semasa kita mengandung, secara puratanya si ibu akan berusaha menjaga pemakanan, mengambil vitamin supaya baby terus membesar dengan sihat dan kesihatan si ibu turut terjaga. Rata-rata ibu yang saya kenal, mereka concern dengan apa yang mereka makan, amalkan, cara hidup sihat supaya anak dalam kandungan itu membesar dengan baik dan sihat. Tapi juga ada sesetengah kaum ibu pada mulanya tidak mengambil endah dengan pengambilan vitamin tetapi terpaksa akur akhirnya dan memaksa diri makan vitamin (terutamanya bila dah kena marah dengan nurse bila bacaan HB semakin rendah dan rendah).

Apabila bayi lahir, hampir kebanyakan ibu sejak kebelakangan ini sudah prihatin dengan keperluan pembesaran anak maka dengan ini mereka nekad untuk memberi yang terbaik iaitu dengan susuibu.

Namun begitu, hanya segelintir sahaja ibu yang menyusu dengan susu ibu prihatin tentang pemakanan mereka. Hakikatnya apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi kita melalui susu ibu. Justeru itu, makanan yang bagus, makanan yang baik, makan yang berkhasiat adalah penting agar anak dapat membesar dengan sihat dan baik seterusnya membentuk anak - anak yang pintar. Tetapi malangnya pada hari ini, kita semakin kurang pilihan apabila kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat meluas di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. Kandungan pestisid, pada buah - buahan dan sayur - sayuran itu akan menjadi berbahaya jika diambil secara berlebihan.

Walaupun kita masih ada buah - buahan dan sayur - sayuran organik, tapi berapa ramai yang mampu makan buah - buahan dan sayuran organik setiap hari? Berapa ramai yang masih makan dari hasil tanaman sendiri sayur - sayuran dan buah - buhan?

Jadi apalah pilihan kita kan ? .
  

  shaklee bandar penawar desaru

 Saya ibu yang consume vitamin shaklee dan ini anak dara saya Liya Zafirah

pengedar shaklee bandar penawar desaru
Anak ofismate saya yang juga consume vitamin shaklee (beza sebulan jer adreena berbaju merah dengan kawan sebelah dia tu)


Anak sifu shaklee saya (sampai digelar baby michelin)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...