Sunday, July 21, 2013

Perlu ke kita menjadi kaya ?

Dari perspektif islam, perniagaan adalah bidang pekerjaan yang utama.

Firman Allah SWT: "Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing - masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak - banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)." (surah al-Jumaat, ayat 10)

Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai usaha paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab :"Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal`." (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim)

Nabi SAW bersabda, sembilan per sepuluh pintu rezeki datangnya daripada perniagaan. Malah, menelusuri sunnah, baginda SAW sendiri pernah berniaga. Malah perniagaan yang diusahakan itu memperoleh keuntungan banyak sehingga disukai majikan baginda, Saidatina Khadijah binti Khuwailid.

(dipetik daripada Berita Harian 15 Julai 2013,ruangan Agama)

Berniagalah jika ingin menjadi kaya ..

Perlu ke kita menjadi Kaya ?

memetik perbualan diantara Jutawan Muda, Irfan Khairi dan Dato Dr Fadzilah Kamsah

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFK : ”Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.

sumber : akuajak.blogspot.com

Pandangan peribadi saya :

Islam itu indah, setiap aturannya telah dijelaskan didalam al-quran. Berniagalah sekiranya ingin kaya. Saya pernah menghadiri satu seminar, dimana speaker utamanya ialah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah; beliau pernah menyatakan hal ini

"saya kesian dengan orang Melayu, selalu kena tipu... orang melayu suka didik anak dah besar kerja dengan kerajaan..orang islam terutamanya orang Melayu kena kaya..'masa depan anak bangsa terletak di tangan kita'..."

Semua orang suka kaya, dengan banyak harta kita boleh tambah amalan kita dengan bersedekah dengan lebih banyak pada jalan Allah...supaya kita boleh beri ahli keluarga kita pergi umrah dan haji setiap tahun...kita boleh bantu anak bangsa kita dengan lebih baik.. banyak lagi kebaikan yang kita boleh buat sekiranya kaya

"Ya Allah ya tuhanku, semoga diriku terdidik menjadi jutawan muslimah yang dermawan sekiranya daku kaya suatu masa nanti.... aminn

* gambar ofismate saya semasa selepas seminar bersama Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah; saya tak sempat nak bergambar bersama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...