Saturday, August 24, 2013

Kerana beraya sakan

Oleh kerana saya hanya dok fokuskan untuk maintain berat badan sendiri, akhirnya saya terlupa hal yang penting untuk anak - anak.

Haih ! macamana lah jadi mama macam ni

Ceritanya bermula begini;

Selalunya hari raya, kami memang pulang berhari hari dan tinggal dikampung. Jadi saya ni packing lah supplement shaklee untuk dibawa bersama. Memandangkan baju raya yang dah dipacking pun sudah mengambil space yang banyak. Jadi saya pilih - pilih saja supplement. Tak bawa semua. Saya ni dok fikirkan hari raya mesti saya makan tak ingat lemang, rendang dan makanan berlemak yang kita semua dah maklum; makanan ni mengandungi kolestrol yang tinggi. Jadi supplement yang saya fokus ialah supplement untuk pecahkan lemak lemak dalam badan saya. Anda pun akan berfikir macam tu kan?

Maka, lebaran syawal pun melabuhkan tirainya.. Hari raya yang sungguh menggembirakan, bertemu dengan adik beradik dan sanak saudara yang dah lama tak berjumpa. Menikmati dentam dentum mercun dan bunga api di kampung halaman. sungguh bahagia dan membahagiakan

Kemudian pada hari raya ke 4, saya perasan ada bintik - bintik berair pada tangan anak kedua saya. Otak terus bagi jawapan . Oh! anak kedua saya sudah dijangkiti chicken pox (ketika ini jarak anak sulung saya menghidapi chicken pox sudah 14 hari). Baru saya tahu, chicken pox ni boleh berjangkit dalam sela masa 7 hingga 14 hari. Terus saya teringat "alaaaaa ; mama lupa bawa nutriferon"

Masa ni; saya fikir positif dulu. Tak pelah, mama kan suka bereksperimen. Baru boleh dapat result kajian yang berbeza. Beza antara anak kena chicken pox yang diberi nutriferon dan beza anak kena chicken pox dan tidak diberi nutriferon.

Kajian jenis experimental ni menggunakan 2 orang responden. Kaedah pemerhatian dipilih dalam kajian ini berbanding pemberian borang soal selidik dan temubual responden. Persampelan kajian saya adalah jenis purposive sampling yang terdiri daripada 2 orang anak - anak saya yang dijangkiti virus variecella (chicken pox)

Ini adalah dapatan kajian eksperimen saya :

Anak sulung (diberi nutriferon pada hari pertama disahkan dijangkiti chicken pox)
  1. rileks je anak saya walapun badan ada bintik - bintik berair (macam tak sakit)
  2. dekat muka tumbuh 5 ketul chicken pox, kat badan ada dalam 8 ketul, kat kaki tak de langsung
  3. tak demam, tak merengek dan tak de masalah
  4. hari ke3 sudah kering, hari ke 5 luka luaran bintik bintik pulih 100%
Anak kedua (tidak diberi nutriferon dahulu)
  1. hari pertama masih rileks
  2. malamya jam 3 pagi sudah merengek - merengek 
  3. esok paginya sudah demam, merengek dan menangis .. chicken pox sudah keluar dengan banyak dimuka, dibadan, dikaki , bawah tapak kaki dan yang paling tragis di kawasan tertutup (celah - celah peha, punggung sebab pakai pampes)
  4. hari ketiga ; oh ! cukupla 3 hari eksperimen ini. saya bergegas - gegas balik rumah terus bagi nutriferon
  5. alhamdulillah, malam tu walaupun dia x mo pakai pampes sebab bintik - bintik tu sakit bila bergesel dengan pampes;tapi nampak aktif dan tak merengek - merengek
  6. hari ke 8, hampir 90% dah pulih (tinggal 3, 4 chicken pox yang masih berkuping) ; mujur nursery terima untuk menjaga anak saya walaupun belum pulih 100% (kalau tidak mungkin saya perlu extend cuti emergency). maka cuti keseluruhan saya ialah 3 minggu  (cuti anak sulung kena chicken pox 1 minggu (anak pulih 100%), cuti hari raya 1 minggu, cuti zafirah kena chicken pox 1 minggu (anak pulih 90% sahaja)) *kalau tak berusaha secara zahir dengan pemberian nutriferon mungkin cuti cecah 1 bulan setengah atau lebih lagi
*untuk bahagian luaran mama letak daun semambu yang di tumbuk lumat ;

bahagian 10% yang paling lambat baik ialah bahagian kat pipi ni dan celah peha. kulit yang dah kering dan berkuping ni la 10% terakhir pulih. oleh kerana tidak serius, pengasuh izinkan anak saya dihantar di taska. Hari ke 11 pulih 100% (cantik)...alhamdulillah ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...