Wednesday, September 18, 2013

Mama tak pernah rasa menyesal ....

Alhamdulillah, 28 . 8 . 2013 adalah hari kelahiran liya zafirah yang ke 2 .

" Happy 2 years old anakku ...

2 tahun liya zafirah bermakna sudah 2 tahun saya dah consume supplement shaklee. Ya, saya memang consume supplement shaklee sejak hari pertama Liya zafirah dilahirkan dan sepanjang penyusuan Liya Zafirah, .

Pada awalnya, saya memang berahsia kerana saya tidak suka dan tidak selesa dibanding - bandingkan dengan ibu menyusu yang lain yang tidak mengambil supplement tetapi mampu menyusukan anak mereka.

Ada juga sesetengah ibu yang membandingkan perbezaan zaman dahulu dan sekarang dengan nada yang sangat ketat ;

"ibu zaman dulu tak ambil supplement pun untuk menyusukan bayi. kesian dengan ibu - ibu zaman sekarang yang terpaksa menghabiskan duit semata - mata dengan supplement untuk menyusukan bayi mereka"

Semakin hari ke hari akhirnya, saya dah tak berahsia lagi yang saya consume supplement shaklee sepanjang breastfeed liya zafirah. Kerana, semakin saya banyak membaca dari sumber rujukan yang betul, saya menyedari banyak hal adakalanya kita tidak boleh menyamakan perbezaan zaman dahulu dengan zaman sekarang dengan terlalu rigid ..... walaupun saya makan sayur dan buah setiap hari, tapi itu belum menjamin yang semua makanan yang saya makan mengandungi khasiat sebenarnya yang mencukupi .

Bak kata Prof Dr Muhaya :

."Janganlah kita yakin sangat kita makan seimbang setiap hari... Dulu punya tanah, mineral sangat bagus... Sekarang tak sama... Mineral dalam tanah yang membekalkan nutrien dalam sayur dah tak sama macam dulu... Sebab itulah, walaupun kita makan sayur, kita perlukan supplement..."
Rancangan Nasi Lemak, Kopi O : Kesejahteraan Fizikal

Perjalanan susu ibu Liya Zafirah sangat berwarna warni. Liya zafirah disusui secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan penyusuan susu ibu diteruskan selepas 6 bulan. Liya zafirah minum susu perahan semasa saya bekerja sehinggalah dia berusia 1 tahun 3 bulan. Walaupun pada usia 1 tahun 4 bulan, liya zafirah dah mula belajar minum susu formula semasa di nursery, tetapi Liya zafirah fully breastfeed dirumah dan dikala hujung minggu. Alhamdulillah, syukur ... pencapaian yang terbaik dalam diri saya.

"menurut pakar laktasi, penyusuan susu ibu pada usia 1 - 2 tahun adalah pelengkap sahaja, pemakanan seimbang adalah perkara utama"

Syukur ya Allah kerana Allah beri saya izin untuk menyusukannya secara sempurna selama 2 tahun untuk anak kedua ini.


Sepanjang pemerhatian saya semasa mengambil supplement shaklee, pada awalnya saya memang teruja dengan kuantiti susu yang Allah beri pada saya setiap hari melalui sesi pengepaman yang konsisten, tetapi lama kelamaan saya menyedari satu perkara yang lebih mengujakan "perkembangan Liya Zafirah sangat cepat". Adakah ini satu kebetulan ?

Jadi betullah ye, anak dapat apa saja yang ibu makan semasa penyusuan susu ibu. Oh sebab itulah, pemakanan seimbang amat ditekankan bagi ibu - ibu yang menyusukan bayi.

Untuk statement diatas, saya bukan nak tekankan ibu menyusu yang tidak mengambil supplement akan menghasilkan susu yang tidak berkualiti. Susu ibu tetap berkualiti mengikut apa jenis makanan pun yang di ambil oleh ibu. Tetapi pengambilan pemakanan yang seimbang adalah hadiah kepada kesihatan ibu dan mungkin kepada anak juga.

Selain itu,jika kita ingat kembali kata - kata Prof Dr Muhaya, ibu ibu zaman kini adalah mustahil untuk memenuhi pemakanan seimbang setiap hari. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu dalam pemakanan setiap hari.

Pengambilan supplement bagi ibu menyusu sebenarnya, bukan saja hadiah kepada kesihatan ibu dan kebaikan yang diperolehi kepada anak. Tetapi jika dilihat dari konteks yang lebih luas, sebenarnya kita menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah supaya menjaga tubuh badan kita dengan lebih baik. Bak kata Prof Muhaya

"saya suka ingatkan wanita diluar sana, jika nak beli barang branded dengan supplement... pilih supplement..barang branded kita akan tinggalkan..tetapi supplement,in sha allah badan kita akan sihat apabila usia semakin meningkat..menjaga tubuh badan yang telah dianugerahkan Allah ini adalah amanah yang Allah beri pada kita"
Rancangan Nasi Lemak, Kopi O : Kesejahteraan Fizikal

Hasil anak dapat apa yang ibu makan semasa menyusukan bayi, mama dapat lihat perkembangan psikomotor dan kognitif liya zafirah dalam skala pembesarannya sangat cepat.. (* ini adalah pengalaman peribadi saya sahaja, bukan fakta saintifik)

While zafirah 3 bulan, mama tak sangka kemahiran psikomotor anak mama ni memang cepat..zafirah dah boleh meniarap dengan usaha sendiri.. perkara ni mama sedar masa family day di langkawi


Apabila menginjak usia 4 bulan, zafirah dah pandai eksyen - eksyen ngan mama yang dia dah pandai mengesot. mengesot means dah boleh angkat bontot untuk merangkak. Tapi masih gear reverse. orang kata lesen L lagi

bayi merangkak

Kemudian perkembangan liya zafirah, turut disedari oleh pengasuh anak mama ... mama tak percaya, tapi papa sempat snap ketika percubaan boleh duduk kali pertama Liya Zafirah adalah pada usia 6 bulan
bayi duduk
*abaikan rumah yang bersepah sepah itu ye..

Apabila masuk usia 7 bulan, mama sedar yang kamu selalu hilang dimana - mana.... Kadang - kadang rupanya dibawah meja... Masa ni tak usah kata la, memang laju jer anak mama ni merangkak .. zafirah dah dapat Lesen P..
12 april bermakna, anak mama ni dah menginjak usia 8 bulan ... zafirah dah boleh walking with support .. bangun sendiri, pegang something dan tawaf keliling meja ni..
bayi berdiri

Yang sungguh indahnya dikala usia 9 bulan, zafirah dah mampu berjalan ... ya allah, terima kasih ya allah ...mama la yang seronok, sebab mama tak perlu selalu dokong kamu lagi. Kamu dah pandai berdikari


Dan yang paling syahdunya, ketika dipenghujung masuk ke alam umur 2 tahun, saya menyedari perkembangan berdikari zafirah sangat menyentuh jiwa kalbu ku sebagai seorang ibu ..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



zafirah dah pandai masak .. he he.. idak lah sampai begini

Tapi zafirah dah petah berkata - kata dan mampu menghafal penuh surah al -fatihah ..alhamdulillah ...

Selamat hari lahir yang ke 2 Liya Zafirah.. semoga kamu jadi anak yang solehah yang akan selalu mendoakan papa dan mama semasa kami tiada dunia nanti

kebolehan zafirah yang tidak dapat direkod sepenuhnya sebab time concerntration yang sangat singkat.. walaubagaimanapun kebolehan zafirah adalah milik Allah yang hanya dipinjamkan kepada anak saya....kalau Allah tak bagi, zafirah tak punya apa - apa..terima kasih Allah...Allah maha hebat..


Zafirah dilahirkan secara ceaseran dan sejak itulah saya mula bersama shaklee dengan set berpantang .. walaupun saya dah 2 kali ceaser, saya tak mengalami sakit ngilu - ngilu pembedahan untuk anak kedua berbanding dengan anak pertama. In sha allah, meskipun zafirah dah 2 tahun pengambilan supplement akan diteruskan, untuk jadi ibu yang sihat demi anak - anak dan suami sehingga keakhir hayatku.

"Mama tak pernah rasa menyesal makan supplement shaklee sejak hari pertama kamu dilahirkan" 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...