Friday, January 31, 2014

Makan gaji sehingga keakhir hayat

Mari ubah cara kita berfikir, dan menerapkan pemikiran kepada anak - anak....

Jika kita makan gaji, sehingga usia kita lanjut kita akan dinaikkan pangkat..jika ada rezeki mungkin memegang jawatan dalam JUSA C..namun apabila kita pencen, anak - anak kita tidak mewarisi pangkat tersebut..JUSA C itu hanyalah jawatan yang kita sendiri dapat dan akhirnya kita menemui Ilahi..

Berbanding jika kita berusaha membina perniagaan..semakin lama kita menceburi perniagaan tersebut..semakin kita memahami dan mahir dengan selok belok dunia perniagaan..ilmu tersebut kita akan salurkan pada anak - anak kita..hasilnya anak mewarisi perniagaan tersebut daripada kedua orang tuanya..

Jom ubah cara kita berfikir..

perniagaan

Terapkan perniagaan gaya Rasulullah SAW..semoga apabila anak - anak melayu menjadi kaya kerana perniagaan, maka umat islam menjadi satu bangsa yang kuat..kuat kerana ekonomi dipegang oleh orang Melayu..

Jika anda berminat menjana pendapatan bersama Shaklee.. saya juga boleh bantu anda berkongsi dengan segala ilmu yang telah saya serap dari pengamal 15 tahun Shaklee yang juga insan berjaya dalam perniagaan Shaklee...tiru cara orang berjaya, tiru sistem orang berjaya..yang seronoknya..she always behind me and always pray for me...berdoa secara berjemaah..jom bersama team saya dalam susur galur insan yang berjaya..

rahsia perniagaan

Monday, January 27, 2014

Fahami vitamin SEMULAJADI, SINTETIK dan ORGANIK

Saya pernah membaca dalam artikel yang bertajuk 'Obsesi Suplemen : Perlukah?' yang vitamin sebenarnya ada 3 jenis iaitu vitamin semulajadi, sintetik dan organik. Namun begitu saya hanya tahu beza vitamin semulajadi dan vitamin sintetik sahaja. Apa yang saya ingat, vitamin organik tu sama seperti vitamin semulajadi. Tapi rupanya saya silap ..

Jom kita baca apa perbezaan ketiga - tiga vitamin tersebut

 Dalam bahasa mudah

(1) Vitamin Sintetik umpama buah dan sayur plastik

sayur dan buah mainan

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dan jus sayur dalam pek

jus sayur dan buah


(3) Vitamin Semulajadi umpama buah dan sayur sebenar
buah dan sayur dalam vitamin
saya rujuk dari blog mommy lyna (http://vitaminsemulajadi.com/)

Dari segi penjelasan fakta, vitamin semulajadi, sintetik dan organik boleh difahami berdasarkan maklumat berikut :

VITAMIN VSEMULAJADI 
  • Di hasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding sintentik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti
  • kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (Rujuk : A consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
VITAMIN SINTETIK
  • nutrien yang di hasilkan dalam persekitaran makmal
  • bersumberkan tar arang batu
  • paling murah. Komponennya bahan kimia
  • kebanyakkan makanan tambahan adalah dalam jenis ini
  • syarikat yang pentingkan keuntungan gunakan cara ini
  • biasanya di jual di farmasi
  • walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
  • dari label - di labelkan dengan huruf "l" berbanding huruf "d" bagi semulajadi (Rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller).
VITAMIN ORGANIK
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat
  • ia tidak sama dengan semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • semasa pemprosesan, ia melibatkan :
    • haba yang berlebihan
    • produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien
  • ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa di ganti
MENGAPA PERLU PILIH VITAMIN SEMULAJADI?
  1. enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  2. tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  3. penyediaan bahan mentah dai sumber semulajadi yang berkualiti
  4. imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  5. semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintentik
  6. semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya
MENGAPA PERLU ELAKKAN VITAMIN SINTENTIK?
  1. tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh - struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal
  2. percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintentik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri
  3. semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sintentik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.
 BAGAIMANA MENGENAL VITAMIN SEMULAJADI ATAU VITAMIN SINTETIK?
  • melalui pembacaan label - huruf "l" bagi tiruan dan " d" bagi semulajadi
  • melalui kehadiran pad "gel silika" dalam bekas sintetik..uncang gel yang bertulis "do not eat" tu...selalu ada dalam handbag, kasut...gel silika kan untuk menyerap kelembapan....so vitamin yang semulajadi memang tak perlukan gel silika ni ^^
  • dan sudah semestinya anda boleh beli Shaklee dangan yakin ^^ (Rujuk : Shaklee Food Supplement - A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
saya rujuk dari blog (http://beautydaisy.blogspot.com)

Jadi kita nak makan yang mana satu ya,  buah dan sayur plastik, jus buah dan jus sayur dalam pek atau buah dan sayur sebenar?

Sunday, January 26, 2014

Organik atau diubah secara genetik (GMO) ?


Saya tak pernah check pelekat pada buah....perangai saya yang selalu ; bila nampak buah terus target nak pilih buah yang gemuk - gemuk, bersinar - sinar.. kalau dapat rasa free lagilah saya suka...he he he.. :-) ..bergurau je...

ok, lah .. lepas ni mari check code pada sticker buah ...

kod sticker pada buah

 kalau boleh tanam epal dalam pasu seronok juga ..:-)..confirm semulajadi

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
2) Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ini bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).
3) Manakala jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.

saya rujuk di sini 

nak makan buah pun kena pilih yang semulajadi dan organik, apatah lagi vitamin.. tapi ada beza tau vitamin semulajadi dan vitamin organik..

yang pastinya vitamin semulajadi lebih baik dari vitamin organik..macamana tu ye...?.. next entry saya akan share perbezaan vitamin semulajadi, vitamin organik dan vitamin sintetik

Saturday, January 25, 2014

Meroyan selepas bersalin

Masa saya kecil - kecil dulu, saya selalu ikut mak pergi kenduri yassin kumpulan ibu - ibu komuniti felda. Atau orang Johor kata yassinan..rasa rindu pulak dengan suasana masa kecil - kecil dulu dengan aktiviti kemasyarakatan kat kampung..

masa ni mak sungguh sabar layan kami...kami tumpahkan kuah pun mak tak marah, kami tumpahkan air pun mak tak marah...touching plak rasanya ..-__- ..

Masa saya ikut mak pergi yassinan, mak pernah tunjuk kawan mak yang tak berapa sihat..masa tu mak kata dia sakit meroyan lepas bersalin..kesian juga saya tengok....tapi masa tu tak lah saya ambil berat sangat kenapa..kanak - kanak katakan ...

Tak logik pulak kalau time kanak - kanak dah kaji pasal sebab meroyan selepas bersalin ni kan .. he he.. :-)

Ada beberapa info yang saya baca, sebenarnya meroyan selepas bersalin atau gangguan emosi ni berlaku pada 25 - 85% pada wanita selepas bersalin, dan ia memuncak pada hari kelima


Adalah sangat penting bagi ibu berpantang menjaga kesihatan diri untuk mengelakkan risiko gangguan emosi. Minda yang positif, rehat yang mencukupi, sokongan dari ahli keluarga, pemakanan yang seimbang dan amalan berpantang secara tradisional juga membantu mengatasi masalah ini..

Bila bercerita pasal gangguan emosi dan kemurungan ni, sebenarnya saya suka cerita pengalaman saya bersama set berpantang shaklee..apa yang uniknya pada saya, kombinasi vitamin berpantang shaklee adalah menyeluruh..sebab ia bukan sahaja membantu proses pemulihan luka cepat sembuh, tapi ada elemen yang menggembirakan ibu semasa dalam pantang..

'sampaikan saya pelik, kenapa saya rasa gembira sangat ni walaupun perut saya dah kena belah 2 kali'...tak pernah segembira ini (sebab pertama kali saya cuba suplemen shaklee adalah semasa berpantang)..

Dalam set bepantang Shaklee ; ada 4 kombinasi asas yang dicadangkan kepada ibu - ibu.. iaitu vita-lea,b-complex,sustained realease vita-C dan zink

Saya akan cerita bagaimana setiap satu vitamin ini berfungsi, tapi untuk kali ini saya ingin fokuskan mengenai kepentingan vitamin b-complex bagi ibu berpantang dan uniknya vitamin b-complex Shaklee dalam mengurangkan kemurungan & tekanan....

Secara dasarnya ada beberapa maklumat daripada pembantu farmasi hospital yang saya rujuk, mengenai kesan kekurangan vitamin b-complex iaitu :

Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kegelisahan, gangguan tidur, beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung, sakit pada bahagian abdomen,sembelit, gangguan mental atau emosi.

Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut, lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya),gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur), lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental.

Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, pellegra (sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah)

Kekurangan vitamin B5 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, sakit kepala.loya , muntah, sakit abdomen, lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan, kebas dan sesemut pada kaki, kejang otot.

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, kegelisahandepressi ( rasa tertekan)., Penyakit kulit, bibir merekah , bengkak mulut dan lidah, Anemia, sawan, pada bayi.

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, megaloblastic anaemia, sakit mulut dan lidah, kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang, gangguan mental dan emosi..

Kekurangan Biotin boleh menyebabkan : Keletihan dan lemah badan, kurang selera makan, rambut gugur, bengkak lidah, ruam kulit (eczema) dan gangguan emosi.

saya rujuk makluman ini dari artikel pembantu farmasi negeri , klik sini untuk info lain

Selain mengambil pemakanan daripada gandum, kekacang, ikan, sayuran, daging dan lain - lain yang kaya dengan vitamin b-complex. Saya sangat mencadangkan ibu selepas bersalin mengambil vitamin b-complex Shaklee sebagai makanan tambahan untuk memenuhi nutrien yang tidak dapat dipenuhi dalam diet pemakanan ibu berpantang..

Kenapa perlu pilih b-complex Shaklee ?

b-complex mengelak masalah meroyan 
  1.  Ia mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemua perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Ia mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak besar
  4. B-complex shaklee tidak menawakan rumusan larut air (sustain release)
Bagaimana b-complex shaklee bertindak mengawal stress

1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
2) Melawan TekananB Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
3) Membantu TumbesaranB Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
4) Kesihatan Rambut B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 
 5) Kesihatan Mata B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
6) Mengurangkan risiko mendapat anemiaB Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
7) Meredakan Senggugut B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan. 

Dulu masa anak sulung tak rasa pun kepentingan b-complex  semasa berpantang. memang emosi tak stabil sebab tak boleh solat kan...Ibu - ibu yang bakal bersalin, masukkan b-complex dalam checklist keperluan berpantang anda..

Saya adalah pengedar sah shaklee; boleh dapatkannya b-complex shaklee dari saya berserta konsultasi percuma ...

Friday, January 24, 2014

Solat dua rakaat sebelum solat subuh

Lebih baik daripada segala isi dunia

Assalamualaikum, salam jumaat buat pembaca blog saya...ilmu agama hari ini adalah tentang solat dua rakaat sebelum subuh ...banyak ilmu yang sungguh bermanfaat dan menginsafkan saya dalam blog ni..tapi untuk kali ni, saya suka berkongsi dengan anda mengenai solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh....


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
 sumber : detikislam.blogspot.com
"
Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).

Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh."
lebih baik dari segala isi bumi
 Ma sha Allah .. lebih baik dari segala isi bumi .. ma sha allah...mari sama - sama amalkannya ...

Thursday, January 23, 2014

Kerana anak saya lelaki

Sebagai ibu mama rasa, mama kena rancang banyak aktiviti untuk anak - anak. Kalau sebelum ni kami suka penuhkan masa anak - anak ke shopping complex, tapi sejak akhir - akhir ni mama sedar yang aktiviti ke shopping complex dah macam tak relevan dengan anak se aktif arsyad aiman ..

Apa - apapun, mama masih rasa ilmu tentang keibubapaan ni masih perlu ditambah lagi... Jom baca kejap bagaimana mendidik anak lelaki

1. Peranan Bapa
  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) diantara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau 'role-model' kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.
2. Peranan ibu
  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaja. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

sekarang ni mama kena bagi aktiviti fizikal yang banyak untuk anak lelaki mama, supaya tenaganya habis disalurkan dengan aktiviti ni.. mama kena belajar selalu berlemah lembut, selalu berbual dan memuji anak lelaki mama ni


Apakah kaitan antara Alfalfa dan Hulk ?

Baru - baru ni ofismate saya bagitahu pada saya begini ..

"susu yang akak perah jadi hijau lah..memang normal eh bila kita ambil alfalfa susu jadi hijau?"

Hi hi hi ... tetiba rasa kelakar, sebab tetiba je terbayang - bayang kartun animasi Hulk masa tengah cari ilham nak menulis entry ni .. :-)

Adakah dengan minum susu yang pekat dan kehijauan, boleh menjadikan anak kita sekuat Hulk ?

Sebenarnya adalah normal susu perahan kelihatan pekat dan kehijauan selepas pengambilan alfalfa. 

"Susu ibu yang diperah kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain dalam set breastfeeding shaklee juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan susu ibu yang diperah ..."

Ramai ibu - ibu yang mengakui anak mereka montel dan badan berketul - ketul melalui pengambilan set breastfeeding shaklee .. Hakikat sebenarnya, ibu tersebut makan makanan yang berkhasiat, justeru khasiat tersebut disalurkan kepada bayi yang disusui ... Tu yang bayi jadi montel masa kecil ..Tapi nanti bila dah berusia 6 bulan keatas tidaklah jadi obesiti, perkembangannya selaras dengan umurnya ..

 Alfalfa adalah pilihan saya semasa saya menyusukan anak saya. Dan sehingga kini walaupun saya tidak menyusukan anak saya, saya tetap juga consume alfalfa. Sebab khasiat alfalfa ni bukan hanya bertindak sebagai milk booster sahaja. Tapi best tau .. ia bertindak seperti kacip fatimah. Lebih - lebih lagi kalau diambil bersama ESP ... emmmm, berbunga - bunga suami isteri.. :-)

*mereka yang dah consume je akan tersengih - sengih dan mengakui kata - kata di atas .. kan? kan?

Penutup entry kali ni, nak share dengan anda semua apa yang best nya Alfalfa Shaklee
*alfalfa also believed to be a galactagogue, that INDUCES LACTATION. Natural remedy to increase milk 

alfalfa shaklee
Bermula sejak hari itu ..alfalfa dan gabungan set breastfeeding yang lain terus jadi pilihan kawan saya ni ..cepat cepat je sambung order bila alfalfa dia dah nak habis .. kawan saya kata, susu cair la kalau tak ambil supplemen .. lagipun, akak pernah try tak makan supplemen, badan jadi lemah sangat...


Well, kawan saya ibu beranak empat ni dah merasai kebaikan alfalfa yang bertindak sebagai galactagogue, yang merangsang penyusuan. Remedi semulajadi untuk tingkatkan penghasilan susu ibu... :-)

Ibu - ibu menyusu yang lain bila lagi ? Promosi Alfalfa pada bulan januari masih lagi berlangsung .. pm me 0137669176 untuk harga kasih sayang tau .. :-)
 

Wednesday, January 22, 2014

Pilih makan sayur atau ambil vitamin?

Baru - baru ini ada insan yang sangat istimewa menyampaikan ayat ini..

'daripada saya ambil vitamin..lebih baik saya ambil sayur..vitamin ni, makanan terproses..sudah tentunya tidak bagus..sebab ia mesti guna chemical untuk hasilkan vitamin'

tersenyum lebar saya ... :-) ..sayang betul kamu kat saya ye..sungguh concern dengan diri ku yang consume suplement shaklee ... saya sayang kamu ...

2 tahun lebih dah saya consume supplement shaklee .. sebelum saya buat keputusan untuk ambil suplemen, saya cuba penuhkan ilmu didada..walapun sebenarnya ilmu yang ada didada tak lah banyak mana ..

sebenarnya saya suka meminjam kata - kata pengamal 15 tahun suplemen shaklee ;

'sama ada nak ambil suplemen atau tidak itu adalah pilihan kita sendiri ..'

betul .. hanya diri kita yang tahu bagaimana corak pemakanan harian kita ...saya juga menganalisis diri saya sebelum buat keputusan untuk buat pilihan ambil suplemen dalam diet seharian saya

Diri saya kerap kali berada dalam situasi ini ;

* hari ni, kerja ofis banyaklah ; mama tak larat nak masak yang heavy - heavy ... kita makan nasi goreng telur yang dimasak dengan penuh kasih sayang je la ye encik suami dan anak anak tersayang ... :-)

kadang - kadang saya berubah jadi macam ini ;

*wah ..kfc ada keluarkan menu baru lah ; jom papa kita try rasa..mesti sedap.. :-)

macam ni pun selalu juga ;

*hari ni .. mama teringin nak makan sotong masak singgang..jadi menu malam ini adalah nasi putih, sotong singgang, sayur kailan goreng..dan buah oren ...yummy

pernah sekali saya jadi macam ni ;

*alamak...sayur bening kita hari ni dah hampir hangus...tapi masih boleh makan lagi ni, cuma sayurnya terlebih masaklah bang..tak pe, kita jangan membazir..masih boleh makan ni

ada masanya saya begini ;

*hari ni, saya beli stok buah banyak sangat..kalau abang nak, saya ada simpan dalam peti ais..makan buah tau bang, buah ni banyak vitamin

sebulan sekali saya rasa ini ;

*anak - anak semua, jom kita ajak papa balik kampung..rumah atuk ada banyak buah markisa yang ditanam..bagus tau makan buah - buah yang ditanam sendiri ni, sebab kita tak guna racun kimia, penyembur serangga pun kita tak guna..cili, sayuran lain banyak kat rumah atuk..nanti kita boleh bawa balik sikit

zafirah dan markisa
emm, seronoknya duduk kampung..semuanya fresh

yang lebih bestnya saya pun pernah jadi macam ini ;

*abang, jom kita makan kat kedai ABC, sedap la siakap stim kedai makan tuh ..saya yakin, dia tak guna ajinomoto punya ..percaya lah 

Kalau gaya hidup macam saya ni memang saya tak mampu penuhi diet seimbang yang disarankan setiap hari
  • 6-11 sajian roti,bijirin,nasi, pasta dan lain - lain
  • 3-5 sajian sayur - sayuran
  • 2-4 sajian buah - buahan
  • 2-3 sajian susu,yogurt dan keju
  • 2-3 sajian daging,ayam itik,ikan,kacang kering,telur atau kacang
  • lemak,minyak dan gula secara sederhana
Kadang - kadang, saya mampu penuhinya..makan seimbang yang lengkap..tapi selalunya ia menjadi ke laut .. justeru saya ambil vitamin atau suplemen sebagai makanan tambahan untuk mengisi ruang - ruang nutrien yang tidak dapat dipenuhi oleh tubuh badan saya..

Suplemen bukan pengganti sayur .. tak kisahlah sayur kangkung ke, sayur bayam ke, sayur kobis ke.. dan ia juga bukan pengganti buah ... tapi ia makanan tambahan untuk mengisi ruang - ruang nutrien yang tidak dapat dipenuhi oleh tubuh badan kita ... (jangan ambil suplemen sahaja tapi tak makan sayur dan buah tau)

kangkung

jika anda pernah membaca penulisan saya, ada beberapa kesimpulan mengapa kita perlu ambil vitamin dalam diet pemakanan harian kita iaitu :

*buah -buahan dan sayur - sayuran mempunyai nilai pemakanan yang sedikit kerana ditanam dalam tanah yang kurang nutrien, dipetik sebelum ia masak semulajadi, dirawat dengan menggunakan gas dan radiasi dan disimpan berhari - hari sebelum kita memakannya (majalah dara 2013) ..

*janganlah kita yakin sangat kita makan seimbang setiap hari... Dulu punya tanah, mineral sangat bagus... Sekarang tak sama... Mineral dalam tanah yang membekalkan nutrien dalam sayur dah tak sama macam dulu... Sebab itulah, walaupun kita makan sayur, kita perlukan supplement..." (prof. Dr muhaya)

*pengambilan suplemen dalam gaya hidup seharian kita sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan ibu bekerja yang terikat dengan masa dan sibuk sehingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan diluar. (majalah iSihat 2013)

*proses penyediaan suatu makanan contohnya memasak terlalu lama kadangkala menyebabkan vitamin dan nutrien didalamnya rosak terutamanya vitamin c yang tidak boleh terdedah dengan haba panas dan lembapan (surat khabar berita harian 2013) 

*We are OVERFED and UNDERNOURISHED because we often choose CONVENIENCE over UNHEALTHY..(shaklee video) 

Vitamin shaklee mengandungi bahan kimia tak ?

Pertama - tamanya, jika saya nak menulis mengenai fakta, mungkin anda akan berkata..elleehh awak distributor shaklee, memang la kata begitu.. tapi bukti paling jelas yang anda boleh lihat, suplemen shaklee tidak mempunyai silica gel..

Silica gel dalam vitamin sintetik ni sebenarnya berfungsi sebagai moisture absorption (bertujuan menyerap lembapan) .. apabila lembapan tidak diserap dalam vitamin yang tidak semulajadi maka Chemical Reaction akan berlaku pada vitamin tersebut ..sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini.. klik sini untuk entry penuh

Suplemen Shaklee adalah peneraju pertama dunia vitamin dan ia sebenarnya suplemen semulajadi yang selamat dengan tubuh kita yang bersifat alami

health and longevity is a personal choices
ia adalah pilihan kita ...hanya kita sendiri yang tahu bagaimana pilihan kita ... :-) .. dan pilihan kita menentukan tahap kesihatan kita ..

Pilih distributor yang boleh memberikan anda konsultasi yang betul supaya supplement memberikan kesan keseluruhan yang baik pada diri kita .. 

Sunday, January 19, 2014

Vitamin ; penting kah pada kanak - kanak?

Assalamualaikum semua ... hari ini saya suka berkongsi dengan anda salah satu artikel dalam majalah PaMa edisi oktober 2013 .. In sha allah, mana - mana artikel yang menarik akan saya kongsikan dengan anda semua dan akan saya nyatakan sumber rujukan bacaan tersebut ..

Artikel hari ini adalah tentang

'Menu penting untuk tumbesaran anak - anak'

Ibu bapa jom baca apa menu penting yang diperlukan oleh anak - anak bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka yang sihat.

Khasiat pemakanan daripada sumber semulajadi

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat yang berbeza. Dengan memberikan anak anda pelbagai makanan dalam satu masa dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka. Bukan itu sahaja, malah kalsium yang cukup juga penting untuk kanak - kanak. Mereka memerlukan kira - kira 800mg kalsium setiap hari. Oleh itu makanan seperti susu, keju, dadih penting untuk mereka. Sayur - sayuran dan buah - buahan pula dapat membekalkan vitamin A dan C. Berikan anak - anak makan daging dan kekacang bagi mendapatkan zat besi dan protein yang secukupnya. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh juga dapat menyumbang kepada peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak - kanak.

Tambah saiz hidangan

Bertambah usia anak anda, maka bertambahlah saiz hidangan yang perlu diberikan kepada mereka. Yang penting setiap hidangan yang diberikan haruslah sihat dan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah disarankan. Kuantiti makanan yang biasanya disediakan untuk mereka adalah 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Galakkan mereka makan setiap waktu dan sediakan snek sihat untuk kudapan mereka

Pentingnya vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu tahu tentang jumlah pengambilan vitamin dan mineral yang diperlukan. Pakar pemakanan mencadangkan kanak - kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50mikrogram folat setiap hari

Jangan sekat anak makan

Kanak - kanak perlukan lemak secukupnya untuk memberikan mereka tenaga pada tahap yang tinggi. Secara umumnya, kanak - kanak mendapat 30 peratus kalori lemak. Antara saranan keperluan khasiat pemakanan kanak - kanak menggariskan bahawa kanak - kanak berusia 1 - 3 tahun perlu ambil 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Malah pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak - kanak mendapat 16mg atau lebih protein setiap hari untuk tumbesaran mereka. Namun ia bergantung kepada saiz badan anak - anak, sama ada terlalu kurus atau berlebihan berat badan

Bahaya kurang khasiat pemakanan

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak - kanak mudah mendapat anemia sekiranya kurang zat besi dalam badan. Kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan mereka yang mengakibatkan mereka kurang selera makan. Apa yang perlu anda INGAT adalah rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak - anak yang sihat

Saturday, January 18, 2014

Kuah tumpah

Dimana lagi kuah akan tumpah, jika tidak tumpah ke nasi kan?

masa saya balik kampung sebelum ni, saya bekalkan abah omega guard ..sebab abah menghidapi sakit gout..masa saya kecil - kecil dulu, kesian saya tengok abah bila sakit gout ni menyerang pada kaki abah .. jalan terhencut - hencut, kaki membengkak...buku lali timbul ketara sangat..macam nak terkeluar..

kemudian, bila saya dah masuk universiti , saya tengok sakit gout abah dah tak menyerang sangat...cuma kadangkala saja bila abah salah makan..pada masa tu saya pun tak pasti sangat macamana sakit abah dah kurang sikit..

yela, masa kita belajar ..mak abah suruh fokus dengan study..dan saya pun tak terfikir perkara perkara tentang kesihatan ni..yang penting mesti belajar betul - betul, kasi mak abah gembira .. itu saja

lama kelamaan..terutamanya bila usia saya meningkat dan masuk ke siri 3..allah, tujukan saya dengan channel berkaitan kesihatan..makanan tambahan..vitamin..suplemen..

alhamdulilllah, sekurang - kurangnya saya masih belum terlambat untuk lebih concern tentang kesihatan..

jadi apa kaitannya dengan kuah tumpah dengan kisah abah? .. sebenarnya saya pun tak menyangka, yang abah dulu pun pernah terlibat dengan bidang berkaitan vitamin..

 emmm, terus saya teringat..dulu masa kami kecil - kecil, abah pernah bagi makan minyak ikan dan vitamin..vitamin tu jenama fortune.. tapi abah kata abah sekejap je bagi kami suplemen jenama fortune tu..

emmm ..betul betul kuah sudah tumpah ke nasi.. sekarang anak - anak abah plak terlibat dengan suplemen..vitamin..tapi kali ini, vitamin yang saya terlibat adalah vitamin semulajadi yang sudah dikaji kualiti dan terbukti selamat


akan datang .. adakah kuah mama ni akan tumpah ke nasi anak anak mama .. :-)

cawangan shaklee johor
anak - anak mama ni, kecil kecil lagi dah teman mama di cwangan shaklee.. semoga niat mama nak bantu orang lain sihat dengan vitamin semulajadi akan direstui oleh Allah .. pilih vitamin semulajadi berbanding vitamin sintetik .. vitamin sintetik ni tak selamat dengan tubuh badan kita
 

Bila saya perlu kumpul stok susu ibu?

Pagi ini, tetiba saya rasa nak membaca mengenai breastfeeding. Dan seperti biasa, apa - apa saja ilmu yang baik yang saya dapat, saya akan kongsikan di blog ini .. :-)

Bagi ibu yang sedang mencari bahan bacaan berkaitan tentang bagaimana nak bermula buat stok susu ibu, jom baca dulu sedikit informasi kat bawah ni .. :-)

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Friday, January 17, 2014

Produk bantu kejayaan penyusuan susu ibu yang mana patut saya pilih?

Bila bulan ini shaklee tawarkan promosi beli 6 percuma 1 alfalfa, terus saya teringatkan pengalaman saya menyusukan Liya Zafirah..

Terbayang - bayang, badan zafirah yang sungguh montel, tak banyak ragam, senang tidur, sihat .. alalalalaaalaaa

Ni zafirah masa 3 bulan ..
zafirah breastfeeding

zafirah 3 bulan, mama dah bawa naik bot laju kat langkawi...
zafirah breastfeeding

Alhamdulillah, senang bawa bayi yang fullybreastfeed. Travel sepanjang hari pun zafirah tak demam, tak selsema, tak meragam. Alhamdulillah...

Set breastfeeding shaklee yang mula - mula saya consume adalah set nombor 1 yang terdiri daripada b-complex, sustainable vita-c,vitalea dan alfalfa. Sebelum berkenalan dengan shaklee, masa saya breastfeed anak sulung, macam - macam juga petua banyakkan susu badan saya dah cuba. Tapi perkenalan dengan set breastfeeding shaklee sangat berbeza. Bukan sahaja susu badan yang Allah kurniakan untuk anak saya melimpah - limpah (sampai bengkak - bengkak susu) tapi badan rasa cergas, tak letih. Zafirah pun minum susu sikit tapi kenyang lama. Jadi nya mama tak lah sakit pinggang sebab zafirah tak mengempeng lama - lama .. :-)

Sebelum berkenalan dengan shaklee, saya tengok macam - macam petua untuk membanyakkan susu ibu. Dan ramai juga ibu - ibu yang search keyword petua meningkatkan susu ibu ni. Alhamdulillah, ibu - ibu zaman kini mempunyai niat yang cukup baik. Suka saya tengok perubahan ini. Tahniah ibu - ibu semua. Semoga terdidiknya wanita, maka terdidiklah generasi ..


Kalau sebelum ini, ada ibu yang memilih untuk buat keputusan beli susu formula dan beri anak susu formula bila badan kita penat sebab tak larat anak mengempeng lama - lama. Apa kata kita pilih untuk laburkan sedikit duit untuk beli suplemen yang boleh membantu kejayaan penyusuan susu ibu.

Itu pilihan yang baik kan?

Tapi, mesti ada yang tidak bersetuju, Mesti ada yang berkata .. Dalam konsep kejayaan susu ibu, suplemen bukan perkara utama. Tapi ada fakta lain yang lebih penting dari suplemen. Kalau saya diajukan dengan pertanya ini.. Saya akan berkata, saya bukanlah ibu yang patuh dengan pemakanan seimbang .. Dan kalau ibu juga banyak membaca, sokongan suami, ahli keluarga adalah penting dalam kejayaan susu ibu .. Tapi tak semua suami punya ciri dan situasi yang sama... Ada suami bidang tugasnya selalu outstation... tak punya banyak masa untuk selalu membantu isteri.. ada suami lain pula situasi nya lain pula .. jadi tak semua ibu punya situasi cara hidup yang sama

kalau anda seorang suami yang membaca entry ini.. saya sarankan anda membaca salah satu artikel yang pernah saya sisipkan dalam blog ini. Klik sini

Kalau anda tanya saya, sekarang ni dah macam - macam produk yang bantu tingkatkan penghasilan susu ibu. Mana satu pilihan yang patut saya buat?. Kalau anda tanya saya. Saya akan pilih produk yang memang terbukti secara klinikal selamat dan kualitinya bagus. Jika anda ambil produk meningkatkan susu ibu yang berasaskan protein, pastikan badan anda tidak menerima protein secara berlebihan (terlebih protein dalam badan tak bagus sebab ia akan datangkan kesan lain yang tidak bagus pada badan) ..*fakta ni adalah berdasarkan kata - kata adik saya yang juga Dr perubatan

Jika anda mengambil produk untuk meningkatkan susu ibu, adalah lebih baik produk itu bukan sahaja membantu meningkatkan susu ibu tapi memberi nutrisi pada badan kita untuk memberi kesihatan tubuh badan kita sebagai ibu.

Baca dulu tentang produk itu, buat penilaian terbaik .. anda ibu yang hebat !

Jika anda ingin bertanya kan kepada saya tentang suplemen shaklee yang membantu kejayaan penyusuan susu ibu, boleh whatsapp nombor ini ya .. 0137669176

Tuesday, January 14, 2014

Sajian rasulullah

Salam maulidurrasul buat semua pembaca blog saya. Bila hari ini adalah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya saya teringat satu forum perdana yang saya pernah tonton. Forum perdana ehwal islam TV1; Moderator Us. Rizal Ramli dan tetamu panelis Dr. Hj. Zaharuddin Hj. Abd. Rahman + Us. Izhar Ariff Mohd Kashim tentang topik

'Sajian Rasulullah'

Sebelum entry menjadi lebih panjang, marilah kita berselawat kepada nabi Muhammad SAW sebagai pembuka entry hari ini

selawat nabi

Dalam slot forum ini, banyak perkara berkaitan pemakanan rasulullah diceritakan. Walaubagaimanapun sebenarnya ada beberapa bait - bait perkataan yang sangat menarik perhatian saya iaitu :

1. "Jangan kita sempitkan skop pemakanan sunnah dengan hanya berfikir makanan sunnah adalah hanya madu, habbatussauda dan etc sahaja. Tetapi makanan sunnah adalah makanan yang baik kualitinya dan halal"

Justeru, komen dariku untuk para sahabatku ; mari kita ambil makanan sunnah seperti madu, delima dll dan jangan pertikaikan dan mempersoalkan makanan - makanan lain yang sudah dijamin baik kualitinya dan yang pastinya ia halal

allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia - sia
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia - sia

2. "Makanan segera itu tidak jatuh hukum haram dimakan jika kualiti makanan segera itu adalah dijamin baik kualitinya ... jika makanan segera itu dapat memberi kita masa yang singkat supaya mudah kita nak melakukan tanggungjawab kita kepada Allah SWT, maka makanan segera itu adalah lebih baik"

Moral of the story here ; pokok pangkalnya apa jua makanan..makanan segera atau makanan tak segera , basic rule nya ia mesti mempunyai jaminan kualiti yang baik.


3. "Nabi Muhammad makan koktel (buah bersama susu).. buah tamar yang dicampur dengan susu dan madu.. sebenarnya boleh makan buah bersama susu.. yang tidak boleh adalah berlebih - lebihan.. Nabi minum sikit je.. yang jadi larangannya orang kita kalau makan koktel, makan sampai satu jug...

Contohnya makan kambing.. ada sesetengah kata ia high cholesterol..ada sesetengah kata bagus kita makan, sebab Nabi Muhammad makan kambing.. sebenarnya tiada kesalahan makan kambing, cumanya masyarakat hari ini kalau makan kambing dalam kuantiti yang banyak..

emm,betul juga..kalau saya tengok rancangan 'Spices Route'..orang arab kalau makan kambing seekor tu 4 orang.. memang berlebih - lebihan...

Intipati disini yang perlu kita ambil ialah ; jangan berlebih - lebihan dengan apa jua makanan yang kita ambil

4. "Ada satu makanan segera yang Nabi Muhammad suka buat.. ia sunnah rasullullah yang jarang orang highlightkan.. apakah dia ? .. iaitu minum air sejuk sebelum makan apa - apa pada waktu pagi ..ia juga dikategorikan sebagai makanan segera ..

Mari amalkan, minum air sejuk sebelum makan apa - apa pada waktu pagi

Salam maulidurrasul

Saturday, January 11, 2014

Meeting atas katil?

Ini bukan entry 18sx

Apabila tajuk entry ini ditulis oleh upline saya. Saya terus sengih.. hi hi hi.. bukan sengih bukan - bukan ye.. Tapi sengih sebab saya dah dapat idea nak menulis pada blog saya malam ni. Terbaiklah kak N. Tajuk ni memang catchy dan pada firasat saya memang ramai yang akan klik dan mahu tahu isi kandungannya.. :-) ..

termasuklah kamu kan ..teeetttttttt...  :-p

Meeting atas katil ni adalah ilmu yang baru je saya belajar semalam pukul 11.15malam. Kelas malam yang dibuat oleh upline saya kepada semua anak - anak didik dia. Kalau anda nak tahu upline saya tinggal kat miri sarawak nunnnn. Dan saya sebenarnya ketika itu masih berada di AEON, bukit indah !.Tapi kelas berjalan dengan lancar .. macam mana ye kami datang kelas ni ?

Ceritanya bermula begini ..

Bila wassap group shaklee saya berbunyi macam ini

beep beep beep beep:  ".. Anak - anak semua ... ; kelas akan bermula jam 10.00 malam ini .. sila bersedia di laptop atau di hp pada jam 9.45 malam"

Lepas terima informasi ni, saya terus ajak suami saya balik. "Bang, jom masuk dalam kereta" ...tanpa berlengah - lengah, kami dan anak - anak terus masuk dalam kereta.

Mujurlah, askar berdua ni batery dah tinggal 2 bar. Jadi kedua - dua anak saya ni masuk kereta terus diam - diam tertidur.

Dan kelas pun bermula dengan nyamannya secara alam maya

Kelas shaklee ni menggunakan sistem online atau dalam bahasa famousnya orang jawa kata webinar.

 Webinar is : short form Web-based seminar, a presentation, lecture, workshop or seminar that is transmitted over the Web.

Meeting dengan menggunakan sistem online. Walapun saya di Johor, upline saya di Sarawak, tapi kami ramai - ramai akan datang meeting ni dengar sharing ilmu yang diberi oleh upline kami. Hebat kan, sampai quota terhad pada 100orang peserta saja. Yang kelakarnya, ada yang sambil lipat kain dengar kelas. Mungkin juga, ada yang sedang mengempengkan anak atas katil sambil dengar kelas. 

*hebat lah ibu - ibu zaman sekarang ; memang menggunakan semua deria dengan serentak la .. :-)

Sambil buat kerja lain, mata pandang laptop atau hp untuk dengar dan lihat satu - satu slide power point diselak. Teruja kan? Dalam satu malam sahaja 2 topik disampaikan, iaitu topik basic dalam shaklee. Dan topik bagaimana meletakkan blog dalam google list

Jadi, dalam keadaan semua serba naik dan mahal ni. Minyak naik, tol naik.... Ada satu perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk selalu pergi travel kesana sini pergi kelas (jimat duit taww). Pada masa yang sama anak - anak dan suami semua dicelah ketiak anda.

kenaikan harga barang naik

Ni kelas pertama yang saya join ..lama dah sebelum ni...best sangat tajuk ni (SEO pada blog untuk optimize kan blog kita pada pencarian google).. nampak tak upline saya kat bahagian kamera sebelah kanan video tu.


Kelas kedua yang saya baru je attend adalah semalam..guna handphone je dalam kereta

Walau dimana anda berada, tidak menjadi suatu masalah perniagaan ni. Sekarang ni kan zaman dunia tanpa sempadan. Jom jadi sebahagian dalam team saya. Hanya rm75 sahaja yuran keahlian seumur hidup untuk jalankan bisness best ni. Kemudian, anda pun boleh join datang kelas sambil baring - baring atas katil dengar sharing ilmu dari pengamal 15 tahun shaklee.  :-)

Friday, January 10, 2014

Multivitamin boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada bayi ?

Oh! takutnya saya .. macamana mutivitamin boleh jadi racun dan menyebabkan bayi cacat ni?

Untuk entry kali ni, sebenarnya saya nak share tentang vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu mengandung. 

Jika saya mengandung perluke saya ambil sebarang vitamin tambahan?

 *jika anda ingin tahu sebenarnya wanita hamil yang mabuk sebenarnya adalah disebabkan pemakanannya tidak seimbang. Dan sebenarnya kita perlu vitamin untuk membantu memenuhi nutrien yang tidak dapat dipenuhi dalam pemakanan seimbang

Petikan artikel dari babycenter :
"Dalam sebuah dunia yang ideal yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda"
 sumber :babycenter

justeru, jangan abaikan pengambilan vitamin sekiranya anda mengandung. Jom baca artikel  yang sempat saya selitkan dalam entry kali ini tentang keperluan vitamin bagi ibu yang mengandung.

vitamin ibu mengandung

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.
sumber :babycenter

 Adakah multivitamin dari Shaklee selamat ?

Multi-vitamin dari shaklee dikenali juga sebagai vita-lea. Tablet vitalea menagndungi 30 nutrisi lengkap. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Bahagian luarnya disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina

Jom tengok keratan rentas vitamin vita-lea diantara brand S
vitalea dan spirulina
 kredit gambar pada satu nutrition

Fakta nutrisi yang terdapat dalam vita-lea terdiri daripada kombinasi vitamin - vitamin ini :

fakta nutrisi vitalea

 Vitalea juga mengandungi vitamin A dalam membantu memberi kesihatan mata, kulit, anti -oksida, melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat

Walaubagaimanapun vitamin A yang terdapat didalam vitalea adalah diekstrak daripada sayuran dan buah. Dimana dalam tablet vitalea terdapat 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA

Shaklee adalah peneraju pertama vitamin ; ia selamat, berkesan dan mesra alam

Shaklee bermula dengan alam semulajadi. Shaklee mencari diseluruh dunia untuk sumber bahan - bahan semulajadi yang terbaik. Lebih 350 ujian keatas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana - mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya telah diuji terlebih dahulu. Dan shaklee juga terus menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.

Secara teknikal, produk shaklee tiada bahan - bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah pembungkusan produk shaklee adalah selamat dan bebas daripada biophenol toksin - phthalates dan dakwat toksik.

Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan

Tambahan maklumat daripada babycenter juga kepada ibu yang mengandung dan ingin membeli suplemen ..

Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:
  • seorang vegetarian tegar;
  • menghidap kencing manis atau diabetes gestasi;
  • mengalami praeklampsia;
  • menghidap anaemia;
  • pernah melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yang rendah.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan multivitamin pranatal?

 

Anda boleh membeli suplemen pranatal di farmasi, pasar raya dan kedai dalam talian. Doktor anda akan mengesyorkan suplemen kepada anda jika beliau berpendapat anda memerlukannya atas sebab-sebab kesihatan. Selain itu, anda boleh berjimat dengan membeli suplemen jenama sendiri (jenama yang dikeluarkan oleh pasar raya atau kedai itu sendiri). Ramai doktor dan bidan yang setuju bahawa jenama sendiri berkesan, sama dengan jenama terkenal.

Sebelum membeli suplemen pranatal, baca labelnya dan pastikan anda faham apa kandungan setiap suplemen itu.
sumber : babycenter

Jom, pilih vitamin semulajadi ; yang disahkan 100% selamat

Sebagai penutup entry hari ini ; saya suka berkongsi testimoni ibu yang mengandung dan mengambil vitamin shaklee dalam diet seimbang ibu hamil. Jom tengok apa kata mereka ;

mutivitamin ibu mengandung


Melalui pembelian produk shaklee daripada saya, kamu akan diberi consultation secara percuma. Penting tau consultation ni, sebab ada sesetengah customer hb nya tetap rendah semasa mengandung walaupun dah ambil suplemen. Cara pengambilan yang tidak betul punca suplemen tidak dapat memberi kebaikan yang menyeluruh pada badan kita.

Jangan segan - segan nak whatsapp nombor ini ya

pengedar sah shaklee desaru johor

Thursday, January 9, 2014

Saya demam selepas consume Shaklee

Krisis Pemulihan

Semalam pengasuh anak saya maklumkan pada saya begini ;

"adik akak demam teruk la lepas makan Shaklee.. pastu dia terus berhenti sekejap..bila berhenti terus demam dia baik ...."

Demam selepas consume suplemen Shaklee adalah salah satu tanda krisis pemulihan. Tak semua orang alami simptom yang sama..

Untuk makluman semua ; adik pengasuh saya ni makan suplemen shaklee sebab mengalami masalah dah lama tak datang period.. dan tidak pernah ambil apa apa suplemen sebelum ni..

Sebenarnya memang logik..bila tubuh badan kita tidak berfungsi dengan baik, darah kotor (period) tidak keluar dengan teratur..dan tambahan pula tidak pernah mengambil apa apa suplemen ; adalah logik badan kita mengalami krisis pemulihan

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietry. Simptom - simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan  tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan terjadi

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit - penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Sisa - sia makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat - ubatan. Suplemen dietry membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ - organ kita

Pada wakti detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman, cirit - birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain - lain. Simptom - simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu sehingga 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

krisis pemulihan shaklee
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

healing crisis
Pengambilan suplemen mengikut saranan yang betul dan berterusan akan memberikan kebaikan yang menyeluruh pada tubuh badan kita. Jika tidak, mungkin kita akan rasa suplemen langsung tidak memberi kesan yang bagus

Boleh dapatkan suplemen shaklee beserta konsultation percuma dari saya juga ..

Saya adalah pengedar sah shaklee anda :-)

Wednesday, January 8, 2014

Suplemen untuk ibu bekerja

Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen dan keperluan untuk mengambilnya

Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen ; boleh kurus, lebih sihat, cantik dan awet muda tanpa perlu bersenam dan makan

Sebab utama suplemen perlu diambil ialah untuk menangani masalah pencemaran dan pengambilan makanan segera dan pemakanan yang tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.

Sebenarnya setiap hari, kita harus makan :
  • 6 - 11 sajian roti, bijirin, nasi dan pasta lain
  • 3 - 5 sajian sayur - sayuran
  • 2 - 4 sajian buah - buahan
  • 2 -3 sajian jika susu, yogurt dan keju
  • 2 - 3 sajian daging, ayam, itik, ikan, kacang kering, telur atau kacang
  • lemak, minyak dan gula secara sederhana
 Memetik kata - kata pengarang buku terlaris 'The Nutrition Guarantee" dan pakar pemakanan bertauliah (Dr Bruce Miller)


"Walaupun kita mematuhi saranan pemakanan diatas; tapi .. sebenarnya kita mungkin menghadapi tiga masalah iaitu : "


1. Sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada pemakanan tersebut 
*vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang dan perlu diperbaharui setiap hari

2. Jumlah vitamin yang diperlukan seperti vitamin E (vitamin E diperlukan untuk perlindungan daripada beberapa penyakit) dalah mustahil daripada diet biasa

3. Sesetengah nutrien (seperti minyak daripada ikan air sejuk) sukar untuk kita perolehi kerana ia bukan pemakanan utama dalam diet biasa kita



suplemen untuk ibu bekerja

Justeru, pengambilan suplemen dalam gaya hidup seharian kita sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan ibu bekerja yang terikat dengan masa dan sibuk sehingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan diluar.

emmm .. besar sungguh pengaruh seorang ibu ye.. pengaruh dari segi lifestyle, pemakanan dan kehidupan keluarga

patutlah Prof Dr Muhaya suka berdakwah kepada kaum wanita, kaum ibu dan kaum isteri, sebab besarnya pengaruh ibu itu dalam sesebuah keluarga ..

Yelah, yang memasak untuk keluarga ialah ibu .. yang banyak menjaga , mendidik anak anak selalunya 70% adalah ibu ..

 sampaikan wujudnya perkataan ini "terdidik wanita, terdidiklah generasi"

Ibu - ibu ; mari beri makanan yang berkhasiat kepada keluarga kita.. dan tambahan suplemen untuk memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan seharian kita....

semoga terdidiknya wanita berdasarkan kepentingan makanan berkhasiat maka terdidiklah generasi yang sihat

Pilih suplemen semulajadi ; kerana hanya suplemen/vitamin semulajadi saja yang sesuai dengan tubuh manusia yang bersifat alami

Friday, January 3, 2014

Hari suai kenal

Pertama kali hantar anak kesekolah

Hari ni pertama kali we as a parent hantar anak ke sekolah. Sekolah tadika 5 tahun je pun. Sebenarnya kami yang lebih excited. Sebab nak tengok gelagat anak sendiri. Dalam hati, tak percaya sungguh anak saya dah besar. While mama rasa, mama masih macam budak budak .. :-) ... sebenarnya dah tua dah cuma perangai je macam budak budak lagi :-) ...

Sampai dewan sekolah, semua budak sekolah kecik kecik ditemani ibu bapa masing masing. Comel, kelakar pun ada. Macam - macam aksi. Mama rasa macam tonton kartun upin ipin live giteww..

Ada watak ehsan : budak montel sambil makan donut duduk sebelah ibu bapa dia

Ada watak yaya : budak perempuan ayu, comel, duduk diam diam sebelah mak dia

ada yang diam - diam tengah korek hidung ..

While semua ni adalah saat saat yang paling berharga .. bila dapat menikmati perkembangan anak - anak depan mata .. ia datang sekali bagi setiap anak .. dan setiap anak juga adalah berbeza

suai kenal tadika
Hari suai kenal : comel nya anak mama (arsyad aiman pakai baju merah)

Dan yang ini, betul betul hari pertama arsyad aiman ke sekolah

perhimpunan tadika
Dan mama rasa "feeling blessed" for the first time ...
'sesi mengucap 2 kalimah syahadah, membaca fatihah, surah an - nas, doa ibu bapa dan doa penerang hati'

Wah : anak mama dah baca doa untuk mama dan papa

Semoga kamu jadi anak yang soleh ; berjaya di dunia di akhirat .. amin

Ending cerita sekolah hari ini ;

arsyad aiman masih bawa botol susu .. he he he .. for the first day , tak mau sarapan ; mama bawa bekal botol susu add on meal shake shaklee .. sarapan penting.. jadi kalau anak anda terbangun lambat, atau tak suka sarapan (boleh try sekurang - kurangnya beri meal shake) .. sebab meal shake ni boleh dijadikan sarapan bernutrisi tinggi .. pilihan yang paling cepat kita nak beri pada anak - anak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...