Friday, March 28, 2014

Suplemen itu sangat mahal harganya

Baru - baru ni ex-ofismate saya meluahkan perasaan kepada saya ..

"kak, nak beli vitamin C shaklee....saya dah pergi 2 klinik untuk check up.. Dr kata kencing saya kotor..mahal la kak bayaran check up Dr lepas pergi kedua - dua klinik tu..seratus lebih..."

Kata - kata kawan saya ni mengingatkan saya mengenai pesanan old-timer dalam shaklee ..Suplemen bukan lah ubat untuk merawat penyakit .. Ia hanyalah makanan tambahan untuk memenuhi ruang - ruang kosong dalam badan kita yang tidak dapat dipenuhi dalam diet seharian kita.. Secara logiknya, apabila kesemua nutrien dalam piramid pemakanan seimbang dapat dipenuhi setiap hari, maka tubuh badan kita tentulah dapat berfungsi dengan sempurna ..

Tapi hakikatnya ; bila kita sihat kita tidak menyedari mengenai kepentingan suplemen dalam hidup kita.. malah kita akan rasa suplemen bukanlah perkara yang penting ..

Pengambilan suplemen adalah pilihan diri kita sendiri .. cuma kita saja yang tahu bagaimana diri kita .. dan suplemen bukanlah ubat ajaib...

Alhamdulillah, ex-ofismate saya membuat pilihan yang tepat selepas diuji dengan ujian yang kecil...ketika usianya lebih muda dari saya ; tapi sudah mempunyai kesedaran untuk ambil suplemen semulajadi bagi menjaga kesihatan diri ..

Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.
1 tablet vitamin C shaklee adalah semahal rm0.40 .. kalau ikutkan aturan pemakanan sehari anda hanya perlukan rm0.40 sahaja .. walaubagaimanapun ia terpulang kepada individu ..bagi saya, saya hanya ambil sebiji tablet vita C shaklee hanya pada hari dimana saya kurang mengambil buah dan sayuran.. justeru, ia memang berbaloi kerana 180 tablet yang ada dalam sebotol vitamin C shaklee boleh bertahan lebih dari 6 bulan ..

Saya setuju dengan luahan kawan saya "mengubat itu lebih mahal harganya berbanding mencegah"

Pengedar Sah Shaklee Khas Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat atau menyembuh sebarang penyakit"

Tuesday, March 25, 2014

Dari Allah kita datang dan kepada Nya lah kita kembali

Hari ini seluruh dunia menangisi pengakhiran berita yang tidak ingin kita dengar

"lokasi terakhir mh370 adalah di tengah - tengah lautan Hindi"

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan

Innalillahiwainnailaihirojiun .. dari Allah kita datang, kepada Nya lah kita kembali ..

Alfatihah kepada mangsa yang beragama islam ..

Petikan yang sangat menarik perhatian saya untuk mh370 .. sungguh sedih dan hiba ...

mh370

Bermuhasabahlah diri ini ... diri ini yang sihat, belum ada jaminan akan terus hidup pada keesokan hari .. semoga Allah sentiasa pilih diri ini untuk jadi insan yang bertaqwa .. amin
 

Saturday, March 22, 2014

XXL ke XS

Bagaimana kakak ini menurunkan berat badan

April 2012
------------
ok, time ni saye dh sarat mengandung, badan semakin mengembang sbb saye sgt2 kuat makan..hihi tgk tangan tu, kembang aje..smpai nk genggam tangan pun tak boleh, terlalu gemuk..overweight.. dari berat 50KG, jadi 80KG

August 2012
---------------
time ni hari raya tahun lepas, berat tak timbang plak brape KG, tapi yang pasti, pakai jubat tu, sangat ketat..leh nampak tummy lapis2..satu perkataan saja MALU..orang tegur, bertanya..tapi nak buat macam mana, saya bersalin secara cesarean..tak boleh bertungku, berbedung, mengurut pun takleh usik bahagian perut..time ni jeans saye pakai size 32..huhu



kurus,80kg,gemuk

January 2013
---------------
start bulan September, saya bertekad dengan diri sendiri..i have to do something..bermula lah misi..sebelum2 ni, saya makan gak shaklee, amek esp, bcomp, vitamin c, set berpantang shaklee..tp start september, saya mula amek set slimming alhamdulillah dari size 32 inch, dah jadi 29 inch

February 2013
-----------------
jengjeng..ni latest me !! time g bercuti dekat gold coast sepang, dengan family husband time celebrate birthday 3 generation (tokabah,husband(anak), adam(cucu))..hihi..alhamdulillah guess what, now jeans dah size 27 !! yeay !! dah boleh pakai jeans zaman study dulu..terus laju2 bukak robok lame, cari seluar2 lame, basuh before gi bercuti alhamdulillah dari beli saje2 je makan, sampaila sekarang saye dah join jadi independent distributer shaklee ..sambil2 menjana pendapatan, dapat gak mencantikkan diri..hihi *perasan seketika*..hihi


Pengedar Sah Shaklee Khas Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, March 21, 2014

Lagi 100 hari menuju ramadhan

Ketika saya tengok ramai kawan - kawan di FB post status ini pada 20 Mac yang lalu

"Ramadhan 100 hari lagi"

tetiba je rasa, eh ! dah nak ramadhan .. cepatnya masa berlalu ...ada puasa yang belum diganti ke belum ye? .. emmm, teringat tahun lepas saya berpuasa penuh .. cuma tahun - tahun yang lalu masih ada yang belum berganti .. cumanya tak ingat berapa hari .. emm kena lah ganti lebih la macam ni...anda bagaimana? ..dah habis ganti puasa ?

ramadhan, 100 hari

Ibu yang masih breastfeeding dan sedang berusaha menganti puasa, boleh cuba suplemen ini .. highly recommend ..

ganti puasa, ESP, PD, menyusukan, bayi, ramadhan, 100 hari

Boleh dapatkan ESP dengan tawaran harga yang menarik bulan ini dari saya.. :-)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Sihat itu cantik, sihat itu mahal

Cantikkan diri sebelum usia 40 tahun

Semalam, semasa saya menggantikan ketua jabatan untuk menghadiri meeting bersama pengarah - pengarah dan DO Muar, saya ditegur oleh seorang pengarah..

"U ni dari mana ye? baru posting eh ?

Saya senyum je .. dalam hati berkata.. "nak kata baru tak jugaklah..saya lagi 4 bulan officially sudah 5 tahun dalam profession ni"... kalau tengok rupa memang macam student baru grad ..he he he .. adakah saya memuji diri sendiri?  :-P

Personally saya suka berpewatakan seperti budak - budak .. kalau boleh nak pakai warna pakaian yang ceria - ceria setiap hari..tapi kadang - kadang saya pilih untuk pakai juga warna - warna yang nampak tua dan dull....sebenarnya dah tua dah saya ni .. cuma pemilihan warna tu saya memang suka kaler yang terang - terang....untuk nampak macam budak - budak... :-)


Pada awalnya saya consume shaklee sebab saya melahirkan anak saya secara ceaseran..masa ni dah tak fikir lah nak cantik - cantik..as long as luka cepat pulih dah rasa bersyukur sangat dah...

Kemudian, bila saya dapati ia membantu penyusuan pada anak kedua saya ..saya teruskan pengambilan suplemen shaklee sehinggalah anak saya habis fasa 2 tahun penyusuan susu ibu .. masa tu pernah juga terfikir, lepas zafirah 2 tahun ni macam nak stop lah pengambilan supplemen..lagipun zafirah mesti dah tak menyusu (badan tak lah letih sangat nak terjaga waktu malam) ..jadi malas lah lepas ni nak consume vitamin..

Tapi bila saya berjumpa dengan mentor saya (15 tahun consume shaklee) .. ada anak 2 orang dah ..kakak ni 4 kali mengalami ceaseran (2 kali sebab bersalin dan 2 kali sebab pembedahan cyst) .. masa ni dalam hati saya ..emmmm, cantiklah kakak ni .. macam lagi muda dari saya ..

kakak ni pun bagi talk kat kami..banyak juga yang kakak ni tekankan untuk berjaya dalam shaklee...salah satunya "mesti pandai jaga suami"..kata - kata kakak ni yang saya masih ingat semasa dalam class ;

"isteri kena pandai jaga suami..kena masak makanan yang disukai suami..jangan masak makanan yang kita suka..nanti kita gemuk..bila suami pandang isteri lain, mulalah kita ni cubit suami kita dan kata : gatal la awak ni!..hish hish ..sambil tambah lagi kuasa cubitan"

"isteri kena masak yang suami suka..biar suami gemuk..tak pe...asalkan jangan kita yang gemuk"

emmm ... masa ni persepsi saya terus berubah...saya kena jaga suami baik - baik, jaga diri cantik - cantik untuk suami ...yang penting sihat..bila kita sihat automatik kita akan cantik..bila kita tak sihat (badan lesu), terus nampak tak cantik ...

penutup entry hari ni, jom tengok kakak ni ; yang juga consume suplemen berbelas tahun yang lalu .. sihat itu cantik...


video

Para isteri, meh cantik - cantik untuk suami masing - masing ...

i'm your shaklee independent distributor ..
feel free to sms @ whatsapp : 0137669176 for shaklee product and consultation

Thursday, March 20, 2014

Shaklee pilihan Tun Dr Mahathir

"Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”)."

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!

sumber : klik link ini

Ketika saya membaca artikel penulis ini saya teringat nyaie (panggilan bagi nenek untuk orang jawa) yang masih hidup tapi tidak mengambil vitamin .. kitaran usianya adalah sama seperti Tun Mahathir .. secara fizikalnya nenek saya masih mampu berjalan walaupun perlahan - lahan, cuma dari segi pemikiran nenek saya dah jadi seorang yang pelupa dan selalu menangis ..faktor usia dengan emosi yang tidak stabil...

nyaie,shaklee,multivitamin,tua,kesihatan
nenek saya berusia 8+ ..

Hakikatnya, vitamin membantu memenuhi ruang - ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dalam diet pemakanan kita seharian .. agar, in sha allah, apabila dimamah usia kita memperoleh kesihatan dan mungkin pemikiran yang lebih baik supaya kita dapat beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna  

p/s : teringat husband cerita pasal Tun Mahathir, walapun sudah tidak menjadi perdana menteri tapi ideanya masih bernas dan menjadi rujukan ramai pihak. ketika harga elektrik semakin meningkat dan meningkat akibat kos meninggi, Tun bagi cadangan agar labur sedikit dana untuk buat penggantian lampu jalan kepada lampu jenis LED..supaya dalam jangka masa panjang kos dapat dikurangkan.. pelaburan itu salah satu option yang baik selain meningkatkan taraf elektrik kepada pengguna

emmm ...bernas idea tu

nenek saya yang bermula dengan kehidupan dan persekitaran yang belum tercemar dahulu masih dikurniakan kesihatan yang baik cuma sering lupa .. agaknya bagaimana kita pada usia tua dengan kehidupan dan persekitaran yang banyak pencemaran, fast food dan sebagainya...

Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar)

multivitamin,pertama,dunia
Vita-lea Shaklee .. multivitamin dan mineral PERTAMA dicipta didunia sejak tahun 1915

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, March 19, 2014

Semua nak cepat !

2 last week, memang fasa yang sangat kritikal .. ketika itu, nak makan memang tak tenang.. rasa macam tak de hari esok .. 24 jam memang rasa tak cukup..banyak sangat dokumen kerja yang perlu disubmit dalam tempoh yang sangat singkat

masa ni saya teringat kata - kata mentor shaklee saya ..

"sebenarnya tiada manusia di dunia ini diberikan masa lebih dari 24 jam sehari .. semua orang sama .. cuma nya masa 24 jam itu akan jadi tidak cukup sebab kita spend banyak masa untuk merehatkan badan yang letih dan penat..."

eh, betullah ..kalau lah dimanfaatkan 24 jam sehari tu betul - betul..tolak masa untuk tidur katakanlah 7 jam sehari, cukup untuk jalankan banyak perkara pada 17 jam tu..

Tapi, ia jadi tidak cukup..kalau kita maksimakan tenaga katakanlah 8 jam..pastu kita rasa sangat penat dan letih..kemudian kita rehat lama lebih kurang 5 jam..bakinya memang tinggal sikit.. ketika itu kita akan rasa kenapa saya tidak diberi masa lebih!

emmm, ketika saya lalui masa kritikal, saya memang banyak skip waktu makan...tapi bila lapar otak tak boleh berfikir dengan baik..jadi sepanjang fasa kritikal ni, supplemen ni memang banyak membantu saya...


tenaga, 24 jam, letih, masa
saya ambil breakfast dengan makanan yang berat..dan makanan tengahari saya adalah segelas ESP (energizing soy protein) sahaja..alhamdulillah memberi tenaga dan rasa kenyang yang lama

masa fasa kritikal ni saya rasa nak jalan ke kafe untuk beli makanan tengahari serta nak guna masa untuk makan tengahari pun rasa macam membazir masa

betul - betul manfaatkan masa

Jadi, jika anda sedang melakukan proses kerja yang memerlukan due date yang singkat..jangan skip makan, unless u akan guna masa dengan lebih banyak untuk recover keletihan dan otak tidak dapat berfikir dengan sempurna...

Boleh cuba ESP .. anda pasti sukainya

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Saturday, March 15, 2014

Fasa Kritikal


Ya Allah ..

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

After all effort was done ... i left it all to Allah .. saya serahkan sepenuhnya kepada Allah yang maha kuasa .. Allah maha mengetahui atas segala yang berlaku.. everthing will happen is design by Allah with full of hikmah

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com 

Wednesday, March 5, 2014

Nutrisi yang hilang

 Sebagaimana artikel yang pernah saya tulis sebelum ini ;

"Soya adalah makanan paling tinggi diambil dalam masyarakat Jepun setiap hari selain daripada Yakult .. Jika diperhatikan masyarakat Jepun mempunyai jangka hayat yang tinggi di DUNIA dengan kesihatan yang baik dan kadar obesiti pun jarang dilihat dalam masyarakat Jepun"

"Di Malaysia, soya bukanlah makanan yang asing ... kita dah terbiasa makan makanan yang berasaskan tempe, air soya dan tau fu fah sejak dari kecil lagi.."

"Sebenarnya hari ini saya nak share dengan anda semua mengenai nutrisi yang hilang dalam makanan daripada buku Khasiat Makanan Segar, di tulis oleh Dr. Made Antawan tentang peratusan gizi yang hilang dengan kaedah memasak. Secara puratanya 50% zat makanan kita hilang dalam proses memasak itu sendiri "



Gizi nutrien dalam soya hilang sebanyak 44 hingga 77 % selepas dimasak. Emmm ... Jadi jika anda tertanya-tanya mengapakah anda sering tidak sihat, badan sering letih-letih dan sering di serang selsema, ini mungkin jawapannya.. Jadi, secara konsep formulanya kita memang memerlukan vitamin/suplemen untuk mengisi ruang - ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dalam diet seharian kita ..

Jom perolehi 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan banyak lagi khasiat dalam satu canister Energizing Soy Protein (ESP) .. 


Nak kurus? - ESP mengawal selera makan

Nak puasa? - ESP salah satu sumber protein memberi rasa kenyang lebih lama, membekalkan tenaga sepanjang hari

Nak tambah susu ibu ? - ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu

Nak cantik ? - ESP memberi kesan menjadikan kulit gebu, licin dan menganjalkan kulit (boleh lihat kesannya dalam tempoh 21 hari jika diambil secara konsisten)

Nak sihat ? - ESP menyihatkan tubuh secara keseluruhannya

Nak pregnant ? -  ESP membantu memelihara rahim dan memberikan tenaga

Jika dah pregnant ? - ESP menguatkan rahim dan membantu pembentukan otot baby

Nak cepat baik selepas pembedahan ? - ESP membantu mempercepatkan pemulihan luka bersalin

Dapatkan ESP dengan harga PROMOSI bulan mac ini


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Sunday, March 2, 2014

Alhamdulillah

 Alhamdulillah, jika dihitung setiap nikmat yang diperolehi setiap hari .. rasa terharu dan sebak .. alhamdulillah ya allah .. terima kasih atas segala nikmat yang telah Kamu berikan kepada ku ..semoga daku jadi orang yang lebih bersyukur lagi ...

Hari ini saya belajar sesuatu dari alam sekeliling ...

Petang tadi lepas ambil anak - anak dari taska, mama memang plan nak cuci kereta .. memandangkan papa tak habis lagi meeting, jadi mama decide untuk bawa anak - anak saja ..

Anak - anak pun sangat behave , bila kami bertiga duduk dikerusi sambil tunggu kereta siap di cuci ..

pandangan petang hari disajikan dengan panaurama kisah sekeluarga yang terdiri daripada ibu , bapa dan anak kecil ...

Bapa, cuci kereta .. ibu bantu bapa vacum bahagian dalam kereta.... anak kecil bermain - main dicelah kereta tanpa berselipar ..

tiba - tiba rasa sebak ..

sementara ibu dan bapa sibuk menguruskan kereta yang hendak dicuci .. anak terbiar, mengutip makanan di tanah .. tanpa berselipar ..sedangkan banyak paku kecil ditepi - tepi ..

Disatu sudut, ada tilam usang yang dikelilingi penghadang besi dan mainan yang sudah buruk, lusuh dan hitam ..

Masa ni , terus pandang anak - anak saya.. beruntungnya kamu nak .. kamu berdua sungguh comel, bersih ..semua kamu ada ...

Disatu sudut, terbit rasa bangga sebab kedua ibu dan bapa berusaha mencari rezeki yang halal ..

Disatu sudut, rasa bersyukur .. sebab allah memilih saya untuk 'sedikit mampu' untuk bantu mereka yang memerlukan ..alhamdulillah, syukur .. feeling blessed sebab dapat jadi insan pilihan ..

Alhamdulilah .. semoga pilihan bisness ini memberi tambah nilai supaya diri ini jadi insan yang lebih banyak memberi .. amin

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...