Saturday, May 31, 2014

Ke mana perginya berat badan berlebihan semasa hamil?

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? 


Walaupun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

• Berat bayi : 2.5 - 3 kg
• Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
• Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
• Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
• Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
• Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
• Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
• Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg


Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza.

gemuk semasa hamil
ibu hamil gemuk berisiko lahirkan bayi obesiti
 
Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Paling penting adalah untuk anda makan dengan sederhana dan seimbang supaya anda dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat.

Info berikut mungkin membantu anda dalam mendapatkan khasiat secukupnya sewaktu hamil:

Protein - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protein tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi
Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi
Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang
Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin
Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung
Air - Amalkan meminum air masak 2-3L sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

sumber : website penerangan.gov.my  

anda mungkin ingin baca juga : Bagaimana pengalaman sahabat saya selepas bereksperimen dengan 2 jenama vitamin yang terkemuka ketika kehamilannya yang ke 3.. klik sini


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, May 29, 2014

Testimoni Gla Complex Shaklee pada mak saya

 Sebenarnya lama saya nak cerita kisah mak dan Gla Complex Shaklee... hari ni baru saya berpeluang nak share kisah mak saya dengan Gla Complex Shaklee. Alkisahnya Gla Complex Shaklee ni supplement pertama yang saya beri pada mak : memandangkan mak menopause. Lagipun ia bukan sahaja sesuai untuk wanita yang menopause, tapi baik untuk sendi dan kulit mak juga

Sebelum saya nak cerita apa kesan nyata yang saya nampak pada mak saya ; sebenarnya saya suka review mengenai Gla Complex Shaklee ni
Gla Complex Shaklee, menopause, kulit, sendi, senggugut, kesuburanApa itu GLA?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.


Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
Khasiat dan faedah GLA Complex Shaklee
Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.











Apa perubahan yang saya nampak pada mak saya?

Apa yang saya sangat perasan, saya nampak mak sungguh ceria .. nampak perbezaan emosi mak (memandangkan saya memang balik hampir setiap minggu jadi perubahan tu memang ketara)..sebelum ni saya perasan mak macam mengalami emotional menopause (perubahan emosi sebab menopause).. tapi alhamdulillah 'hadiah supplement pertama ni beri satu kegembiraan buat saya bila mak saya dapat jalani fasa menopause dengan tenang'

kemudian, baru saya tanya mak saya 'macamana mak dengan vitamin tu'..

mak cakap : 'sebenarnya kita ni memang kena makan vitamin ek, hari tu mak teman abah pergi pejabat agama untuk uruskan hal kerja abah (mak boleh naik tangga .. padahal tangga tu kalau di tengok memang jauh nak naik smpai ke atas..)

macam nak tergelak dengar luahan perasaan mak .. alhamdulillah .. suka dengan perubahan mak (padahal belum habis 1 botol Gla Complex mak makan)..

Jika anda nak hadiahkan Gla Complex Shaklee untuk mak anda : boleh dapatkan Gla Complex Shaklee dari saya k

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, May 23, 2014

Saya salah coaching ke?


alhamdulillah .. dalam buat secara part time dan suka - suka sahaja, allah izinkan saya dengan 8 orang rakan kongsi (downline) dibawah saya dan sudah sedikit berkembang dengan 1 orang cucu (anak kepada rakan kongsi)

in sha allah, kerajaan Shaklee saya akan berkembang sebagaimana anak benih pokok yang kecil menjadi serumpun pokok yang besar yang menghasilkan buah dan anak - anak pokok yang lain .. ameen

bak kata mentor saya (15 tahun berjaya dalam Shaklee) : 'sebab dari soranglah akan berkembang jadi ramai bukan?' .. yup, apa - apa pun ia bermula dari SATU

Hari ini sebenarnya saya nak wish tahniah buat sahabat baik saya merangkap rakan kongsi Shaklee saya..

tahniah sahabatku ; penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 yang baru berkhidmat selama 4 tahun jagung

syukur ; apa yang saya perhatikan ... murah rezeki anak - anak downline saya ..rezeki datang dalam 360 darjah ..rezeki dari Shaklee..malah rezeki dari bidang kerja utama juga melimpah ruah datangnya

kadang - kadang saya terfikir :

saya salah coaching anak - anak downline saya ke? :-)

Syukurlah .. bila kita usaha mencari keredhaan Nya macam - macam yang Allah beri pada kita

alhamdulillah , ini semua adalah usaha kamu dan kerana sifat kasih sayang Allah kepada kamu ..


pengedar shaklee tanjung malim
Rakan baik saya ni, walaupun bekerja 8 - 5 petang ... ibu yang gigih menjaga anak sendiri (sebab perkahwinan jarak jauh) ..sambil belajar part time phD ..tapi sangat pandai menjalankan perniagaan Shaklee


Jika anda berada sekitar Tanjung Malim atau sesiapa sahaja yang ingin belajar tips menjalankan perniagaan Shaklee secara part time macam kawan saya ni, boleh hubungi sahabat saya ni ..


in sha allah, manakan tahu (nanti ada ilmu eksklusif lain yang kamu dapat selepas menjadi sebahagian dalam kumpulan sahabat saya ni)


pm sahabat saya di FB nya : Azilla





pembentangan, penyelidikan, seminar
Shaklee buat ukhuwah saya semakin rapat .. mungkin kesan beberapa amalan yang mana rohnya sampai dalam jiwa antara kami..gambar ni semasa kami membentang paper penyelidikan antarabangsa di Indonesia yang menyumbang merit yang besar sehingga kami dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang;;

Saya menyangka kita sama - sama naik pentas yang sama untuk ambil anugerah ..tapi tak sangka celebration untuk kami adalah berasingan..

In sha allah .. saya akan doakan lepas ni kita sama - sama naik pentas dan rangkul award untuk celebration : NC Shaklee ..amin .. ayuh kita teruskan misi bantu ramai orang...

Saya Master!
Anda Master!
Kita Master!

Be our team
sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Impian saya

Semalam semasa saya berkursus di Melaka, saya berpeluang bertemu dengan rakan baik saya semasa mengambil ijazah bersama - sama..

khairul bariyah, jusmine

kami memang kawan yang sangat rapat ..sepanjang 5 tahun semasa belajar kami akan bersama - sama walau dimana - mana..cuma kami terpisah semasa menyambung pengajian master dan akhirnya kami masing - masing membawa haluan bekerja di tempat yang berasingan

ketika baru bermula memulakan kerjaya, masing - masing memang sibuk atas urusan sendiri .. tapi walaupun tak berjumpa ; kami masih berhubungan melalui facebook ..sehinggalah satu hari saya mendengar khabar berita sahabat rapat saya ni memeluk islam .. alhamdulillah .. kalau sebelum ni (ketika kami belajar) sahabat saya ni beragama kristian dan sangat aktif dengan aktiviti churh .. dan saya tidak sangka, dia menerima hidayah Allah...

masa tu memang saya rasa sangat terharu ..

pertemuan semalam sangat merapatkan ukhuwah, disamping menggamit memori lalu .. saya mendengar pengalamannya mengenai penerimaan keluarganya.. saya kagum dengan dia ...lebih awal menziarahi tanah suci Mekah dan mengkhatamkan al-quran disana .. syukur, alhamdulillah ...

tanah suci mekah
sahabat saya saudara baru ketika di tanah suci


in sha allah .. impian saya sungguh besar ... semoga allah permudahkan impian saya untuk membawa seluruh ahli keluarga saya pergi umrah bersama - sama .. amin

impian,umrah,kaabah
pinjam gambar ini daripada gallery album kawan saya

alhamdulillah...entry ini ditulis untuk mengaplikasikan tips jutawan daripada salah satu buku yang ditulis oleh penulis tersohor (seorang jutawan hartanah: Azizi Ali) yang diperkenalkan oleh cikgu Shaklee saya kepada kami

Alhamdulillah ... bukan ilmu vitamin saja yang saya terima sejak berada dalam kumpulan ini .. everything we share...

Be our team in Shaklee ! banyak ilmu yang akan kami kongsikan ... dan berjaya bersama kami


Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, May 22, 2014

Adakah ini hasil berShaklee?

Sehari sebelum saya menghadiri kursus di Melaka, saya didatangi oleh 2 orang pelajar saya. Dalam keadaan tergesa - gesa mereka meminta saya membantu menyiapkan assignment project..Sebenarnya saya memang pelik, sebab kalau diikutkan mereka ni dah habis pengajian..dan part assignment project saya mereka dah submit siap - siap..

rupa - rupanya assignment project pensyarah lain .. hai la student.. student .. jangan tangguh buat kerja dan buat kerja last - last minit..kalau nak berjaya jangan amalkan sikap macam ni..syukurlah pensyarah yang mengajar kamu baik dan lembut orangnya .. kalau kena yang garang macamana lah nasib kamu..

saya tanyalah apa yang saya boleh bantu .. rupanya mereka ingin menemubual saya berkaitan perniagaan..emmm, jadi sebelum sesi temubual, saya minta 5 minit untuk bersedia..

saya tak de penyata kira - kira untuk perniagaan ..jadi rujukan yang paling cepat saya nak refer adalah income statement yang di email oleh Shaklee

saya semak jumlah bonus tahunan yang Shaklee beri pada saya bagi tahun 2013..ma sha allah, tak sangka juga ye (dalam buat part time ada rezeki dari sumber lain).. bonus ni tak termasuk untung runcit setiap vitamin yang terjual..

alhamdulillah ..


'buat mereka yang masih baru mengenali Shaklee : Shaklee tawarkan 3C iaitu Cash (duit bonus yang diberi terus, apabila membeli dengan kadar yang tertentu), Car (bonus kereta) dan Convention (trip percutian)'

baca lebih lanjut mengenai kelebihan jika menjadi ahli Shaklee

emmm, hasil berShaklee untuk C yang pertama iaitu Cash bonus ni dah sangat balik modal..sebab modal berniaga cuma rm65 sahaja iaitu dengan menjadi ahli

Kebanyakan media perniagaan yang saya gunakan adalah internet ..salah satunya facebook..

status facebook saya memang dimonopoli oleh Shaklee .. semua cerita pasal Shaklee ..alhamdulillah ;sekurang - kurangnya saya tak update status yang berunsur keluhan dan apa - apa saja yang tidak memberi manfaat kepada orang lain .. dalam masa yang sama datang rezeki dari bisness Shaklee

Kelebihan yang paling best dalam bisness ni yang buat ramai orang pilih selain company mantap (bisness MLM melebihi 57 tahun)..tapi ia bukan sistem piramid

 Jom jadi sebahagian daripada kumpulan kami ; sebab UTAMA yang tidak ada pada mana - mana kumpulan Shaklee yang lain ialah anda akan turut dibantu oleh super upline yang sangat berjaya (15 tahun dalam Shaklee)
 hanya ada dalam kumpulan kami : ia sangat eksklusif

kelebihan Shaklee

sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, May 21, 2014

Tips menurunkan berat badan daripada Dr Hamid Arshat

Dr Hamid Arshat .. siapa tak kenal (pakar bidan sakit puan). Saya suka baca artikel dan perkongsian dari blog dan facebook nya ..banyak sangat info terutamanya hal yang berkaitan dengan kaum wanita..

Ini salah satu status facebook Dr Hamid Arshat yang saya menarik perhatian saya


Pesanan Dr Hamid Arshat ni kalau kita fokus, ada 2 kenyataan dan saranan yang penting kepada mereka yang berusaha untuk mendapat zuriat selepas berusaha berdoa kepada Allah yang maha Esa.

iaitu

1. berusaha kuruskan berat badan dengan dieting 2. buat exercise 30 minit

'berat badan mempengaruhi tahap kesuburan suami dan isteri untuk mendapat zuriat'

Baru - baru ini, 2 orang sahabat saya berpeluang mendapatkan rawatan dari pakar bidan sakit puan ni. mereka bertemu 4 mata dengan Dr Hamid Arshat. Apa yang dikhabarkan kepada saya (Dr Hamid Arshat sangat baik dan konsultasi darinya penuh dengan penerangan)...

Dan mereka berkongsi tips dengan saya, bagaimana ingin menurunkan berat badan. Alhamdulillah, ini ilmu baru yang saya dapat dari seorang pakar melalui kawan saya. Dan sebenarnya, saya sedikit terkejut dengan tips tersebut.

Manakan tidak, melalui tips Dr ini, Dr syorkan dalam dietnya: 'makan nasi disarankan pada waktu makan malam'

Pelik pada saya .. dan ada pemakanan - pemakanan yang disyorkan untuk setiap sesi makan (breakfast, minum pagi, lunch dan dinner)

Satu hari, selepas berkongsi tips ini bersama suami .. saya dan husband cuba praktis untuk satu sesi makan dengan makanan yang disyorkan ..

wah ! tak percaya lah saya sebenarnya ia membantu .. membantu beri kesan kenyang yang lama .. padahal makanan tu adalah makanan yang paling simple (tak perlu masak even nak bancuh dalam air panas pun), ada dijual dimana - mana kedai .. ma sha Allah

saya rasa bertuah kerana berpeluang menerima ilmu eksklusif dari seorang pakar melalui rakan baik saya.

selain itu ; bagi pasangan yang merancang memiliki zuriat, Dr sarankan mengambil vitamin

supplemen, multivitamin, vita E, C dan folic juga disyorkan untuk pasangan yang ingin memiliki zuriat

Saya pernah menulis artikel : bagaimana gaya hidup sebenarnya sangat mempengaruhi.. dan menjadi salah satu punca tidak subur....juga turut dinyatakan tips menambahkan kesuburan dari pandangan Dr Shanker Sigh ..jika anda ingin baca, boleh klik sini

Melalui pembelian vitamin kesuburan dari saya : saya akan kongsikan dengan anda ilmu eksklusif bagaimana menurunkan berat badan oleh Dr Hamid Arshat..khas untuk anda sahaja

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, May 20, 2014

Belajar dari serangga

Dalam satu hadis Qudsi ada menyebut Usah Sembarangan Membunuh Serangga, kerana ia adalah umat yang bertasbih kepada Allah

Hadis Qudsi ini sangat menyentuh perasaan saya ..

sebenarnya setiap haiwan, tumbuhan yang ada di muka bumi ini berzikir kepada Allah

Terima kasih cikgu Shaklee saya yang sering mengingatkan saya :
Khairul Bariyah : Jangan sombong .. semua ni Allah punya ..sedangkan serangga pun bertasbih kepada Allah

Patutlah Allah kurniakan dengan akak kerajaan Shaklee yang hebat .. lebih dari seorang doktor dibawah organisasi akak .. downline - downline akak yang saya kenal adalah engineer, lawyer .. even seorang suri rumah pun sangat berjaya setara dengan profesional yang lain .. yang saya tak kenal, apatah lagi hebatnya ..

ma sha Allah ... akan ku kutip segala pengalaman akak ..

in sha allah selepas ini daku juga ingin menjadi sebaris anak - anak downline akak yang berjaya
kejayaan dunia yang ingin daku kutip adalah untuk menyediakan bekalan akhirat yang banyak sebagaimana downline akak yang berjaya (kalau difikirkan dari sesi seminar bersama mereka ; mereka sudah punya kereta sebelum menyertai organisasi Shaklee, rumah pun sudah sedia ada, gaji mereka sudah sedia cukup sebelum menyertai organisasi Shaklee dibawah pimpinan akak)

'yup ; now i understand tujuan kita semua sebenarnya untuk menambah nilai hidup'
nilai hidup adalah untuk memberi ..

Saya setuju, bila ada dikalangan kami menyatakan keistimewaan selepas menyertai kumpulan ini
  1. Latihan berterusan diberi
  2. Walaupun jauh ; tiada masalah kerana ada kemudahan pembelajaran secara online dan offline
  3. Upline sangat berpengalaman dan berjaya kerana upline adalah Presidental Master (PM) 15 tahun dalam Shaklee
  4. dan yang paling mereka suka ia BUKAN SKIM PIRAMID (skim piramid tidak dibenarkan dalam islam)

semut, serangga, tasbih
'banyak perkara yang saya belajar dari serangga semut'

Alhamdulillah, seronok berShaklee. Kami ada group bisnes yang saling membantu (macam semut). Cikgu Shaklee saya (upline) yang berada 15 tahun dalam Shaklee sangat membantu kami mencapai puncak impian Master coordinator. Mari bersama - sama menjadi sebahagian dalam kumpulan kami


sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Mengidam tanda kurang nutrisi?


 "Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain - lain yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidamkan atau melegakan alahan"
sebenarnya saya baru saja tahu ; mengidam adalah tanda - tanda kurang nutrisi

*walaupun anak dah dua .. tapi masih banyak perkara yang saya baru belajar.. ^_^ ..

penulisan hari ini saya rujuk dari bahan bacaan yang menjadi kegemaran mak - mak yang mengandung (PaMa)

'Menurut Dr. Norintan, kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin didalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang mencetuskan rasa mengidam.' 

 hamil,mengidam,kurang nutrisiSebagai contoh, mengidam makanan laut : keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan sodium. Jika anda mengidam kacang dan bijirin : besar kemungkinan berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh. Sekiranya mengidam ais ataupun air batu : ibu tersebut kekurangan zat besi

Jika anda mengidam makan coklat, berkemungkinan anda kekurangan magnesium. Manakala jika mengidam pasta dan roti, mungkin ibu kekurangan segtonin. Jika mengidam makanan manis dan bergula, berkemungkinan ibu kekurangan vitamin kromium. Dan jika ibu mengidam daging, kemungkinan ibu kekurangan zat besi

Apa nasihat Dr Norintan?
  • Ambil sarapan setiap hari (jika tidak rasa mengidam itu akan menjadi lebih teruk)
  • Kerap melakukan senaman ketika hamil
  • Amalkan diet yang sihat dan makanan pelbagai (amalan pemakanan yang baik perlu dititik beratkan)
 Ibu hamil disarankan mengamalkan diet sihat 

dan vitamin sebagai makanan tambahan untuk mengisi ruang kosong nutrisi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian
Apakah yang menjadikan vitamin untuk set mengandung Shaklee adalah berbeza?

over 50 years : no other company can do quite like Shaklee (naturally safe AND proven effective)

Apakah vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil ?



Vitalea (multivitamin dengan zat besi)
 - Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) dimana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. 
- Anemia ini merbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
- Oleh itu, pengambilan mulivitamin amat penting semasa mengandung.


B Complex  (asid folik)
- B Complex Shaklee ini unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B
- Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
- Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnnya 200@400 mcg (1@2biji)  asid folik sehari.

Vitamin C
- Membantu dalam proses pembinaan kolagen, menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
- Meningkatkan sistem pertahanan dan membantu dalam penghadaman bagi ibu-ibu mengandung.
- Vitamin C juga meningkatkan kadar serapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix (pil kalsium)
 - Membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menganggu kalsium untuk keperluan tubuh si ibu.
- Ia juga membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot bagi ibu-ibu mengandung.
- Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Omega Guard
- Minyak ikan tulen sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
- Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
- Manakala untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

ESP (Protein)
- ESP memberi tenaga ibu mengandung, di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
- Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat serta untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
- Membantu ,membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
- Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu.


Pesanan : kesemua vitamin ini bukan sesuai untuk diambil untuk setiap trimester kehamilan. Justeru, melalui pembelian set mengandung Shaklee dari saya, konsultasi yang terbaik akan diberikan

Pengedar Sah Shaklee Anda
sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Sunday, May 18, 2014

Testimoni diabetes Dyan dengan Shaklee

ada satu kelebihan yang saya nampak pada diri saya selepas terlibat dengan bidang vitamin ni iaitu :

'bersiap sedia dan berjaga - jaga'

apa tu maksudnya ? :-)

Bidang pemakanan tambahan ni buat saya banyak membaca mengenai kesihatan.. dan yang paling terkesan apabila saya membaca mengenai gula ..bagaimana rosaknya tubuh mereka berdarah - darah kerana menghidap diabetes ... nauzubillahiminzalik ..ngeri rasanya

sedar tak sedar, pembacaan mengenai gula ni jadi macam roh plak .. sebab ia meresap dalam jiwa saya ..dalam diam - diam hati saya berkata 'sampai bila saya nak minum air manis tanpa terkawal'...

sebelum ni jika difikirkan memang tinggi juga kadar gula yang saya ambil setiap hari .. pagi tengahari dan malam minum air manis ; belum campur minum air kotak .. kuih muih yang manis .. haih

Prof Dr Muhaya ada mengingatkan : 'nak kawal pengambilan gula sekarang atau nak cucuk insulin tiap tiap hari masa tua nanti..pilih pilih'

diabetes, gula, kaki
diabetes, gula, kaki
takutnya .. kalau kena potong macamana? tengok jari kaki no 4 tu

atau gambar yang paling tragis di sini

alhamdulillah .. sekarang ni saya dah melangkah ke step yang pertama ...dah boleh tak minum air manis dan digantikan dengan air masak .. tapi ; saya bukan tak ambil gula langsung.. sebab gula ni masih perlu dalam tubuh badan kita .. cuma kuantitinya 25g sehari j ..

manis,kata hikmah

Jom baca bagaimana Shaklee beri Dyan nafas baru ketika dilanda masalah kencing manis dengan jari kaki, betis kiri dan kanannya LUKA PARAH

kencing manis, resdung kronik, gatal - gatal
*ini testimoni dan pengalaman Dyan

Dapatkan vitamin Shaklee dari saya :

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Saturday, May 17, 2014

Bagaimana nak bezakan sama ada kita lapar atau haus?

'Tip Langsing cara sihat'

Tip ini sangat menarik perhatian saya. 
sebab saya baru tahu bagaimana nak bezakan sama ada sebenarnya saya lapar atau saya haus. ^-^

penulisan ini dipetik daripada artikel dalam mingguan wanita

Bagaimana ingin langsing cara sihat ?
  •  Pilih menu makanan yang tinggi serat ketika bersarapan. Tidak lupa, minum jus oren (tanpa gula). Jika lebih suka minum teh, pengambilan teh hijau setiap hari dapat membantu membakar 70 kalori setiap hari. Jika lebih suka minum susu pula, pilih yang rendah lemak
jus oren
  • Banyakkan minum air putih. "Ramai yang tidak tahu membezakan rasa lapar dan haus. Kadang - kadang terasa lapar padahal sebenarnya rasa haus.Jadi, cuba minum segelas air dan tunggu hingga 10 minit untuk mengetahui adakah anda masih lapar. Jika ya, bererti anda memang lapar"
air
  •  Makan dengan perlahan. Ini kerana, perut akan lebih cepat terasa kenyang sehingga membantu menekan selera dan kauntiti makan. Bagi yang belum biasa makan perlahan, cuba letakkan sudu atau garpu ketika sedang mengunyah. Kunyah beberapa kali lagi sebelum menelannya.

perut buncit
  •  Kurangkan karbohaidrat dan ambil banyak protein. Makan makanan yang mengandungi karbohaidrat sekali sehari sahaja sudah mencukupi. Pastikan makanan anda lengkap mengandungi protein dan sayur - sayuran. Makanan tinggi protein sangat baik untuk mengawal berat badan kerana protein membuat anda kenyang lebih lama. Jika ingin mengambil karbohaidrat, hindari yang sederhana kerana ia lebih cenderung disimpan sebagai lemak berbanding digunakan sebagai sumber tenaga

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Model meal shake Shaklee saya


arsyad aiman, anak, soleh, meal shake
Sejak, anak sulung saya 'arsyad aiman' dah mula bersekolah, perasaan berbaur - baur dengan peranan cikgu sekolah tadika ni sebenarnya macam  membuak - membuak ...

rasa membuak - buak nak ucapkan terima kasih ... terima kasih cikgu sebab membantu meneruskan mendidik anak saya disekolah 


terima kasih cikgu anak saya (cikgu ROSITA), saya perhatikan banyak surah - surah pendek dan ilmu bahasa arab yang mampu anak saya hafal walaupun baru 2/3 bulan sekolah ..

'saya doakan semoga anak - anak cikgu rosita menjadi anak - anak yang soleh dan solehah'

Ada satu kesan secara tak langsung yang saya perasan, bila abang selalu ucap secara verbal surah - surah pendek ; adik turut serap apa yang abang baca .. alhamdulillah .. betullah teori abah : didik anak sulung betul - betul ..in sha allah, nanti adik - adik akan jadikan anak sulung sebagai idola ..

'abah dan mak saya lah guru paling terbaik saya : terima kasih abah dan mak.. sayang abah dan mak dunia akhirat..banyak ilmu abah dan mak yang belum habis saya tuntut'
'pendidikan yang paling berkesan adalah bermula dari rumah...'

Bersempena hari guru, sebenarnya saya terfikir ada seorang cikgu disekolah yang tersemat dalam fikiran saya .. saya tak ingat namanya, tapi rupanya masih saya kenang .. dia lah guru ku ; ustazah yang mengajar ku solat dhuha ... solat dhuha pertama yang daku buat adalah ketika tingkatan 2 di surau sekolah menengah ..

'alhamdulillah ... banyak pahala yang cikgu kutip ...kesan pengajaran yang berkesan ..'

dan yang tidak dilupa juga tentulah cikgu Shaklee saya ...

cikgu, mentor yang banyak memberi kata - kata semangat ketika saya sedang berduka dan selalu mengingatkan saya ketika saya lalai ..

 patutlah dalam surah al- as kita diminta berpesan - pesan dengan kebenaran, kerana hakikatnya manusia itu memang mudah lupa

saya sayang akak .. semoga usaha akak diberkati dan dikurniakan anak - anak yang soleh

surah al-as

dan .. 

Patut lah Dr Malinda pernah menulis kata - kata ini dalam blog nya
" Shaklee Change my Maturity"

sekarang baru saya faham apa maksud kata - kata Dr Malinda tu ... Yes, Shaklee juga telah mengubah kematangan hidup saya ..atau secara tepat lagi ..cikgu shaklee saya banyak mengubah cara saya berfikir ..

'Khairul Bariyah : Siap sediakan payung sebelum hujan datang mencurah - curah'

Besar dah arsyad aiman (sudah lebih separuh tinggi dari saya) .. dulu masa kecil selalu demam, kurus .. kecik je berbanding rakan - rakan sebayanya ...

anak sulung saya ni adalah model meal shake saya .. supplement yang saya beri sebab selalu demam masa kecik kecik dulu ... kesannya alhamdulillah :-) ... saya pilih meal shake ni sebab ia berbentuk serbuk – mudah nak beri..rasanya pun sedap..

(nak baca : cerita arsyad aiman dulu)

dan bila saya baca testimoni ibu ini mengenai perkembangan anaknya ; saya akuinya kerana perkembangan arsyad aiman juga membanggakan ( saya tengok dari sudut kepandaian nya)


Mari baca apa keistimewaan produk Shaklee yang satu ni.

 Meal shake : Kenapa ia berbeza dengan multivitamin yang lain?

meal shake, model , anak saya
  1. Ianya dalam bentuk serbuk – mudah di hadam oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa (dan sesuai jika anak tak suka makan vitamin berbentuk pil)
  2. Ia turut dilengkapi fiber dan protein
  3. Rasa Vanillanya yang lazat, mudah diterima semua orang.
  4. Ia diperbuat dari bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
  5. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
  6. Ia boleh dijadikan makanan segera sekiranya tak sempat bersarapan di waktu pagi. (bukan bermakna tak perlu sarapan pagi tau .. tapi jika tak sempat)

model meal shake saya ; anak soleh 
jazaka jazaka .. jazakallahu khaira ... walana - walakum .. in sha allah fil jannah ..
assalamualaikum WBT cikgu

selamat hari guru .. #terima kasih cikgu ..boleh dapatkan meal shakes shaklee berserta konsultasi pengambilan yang betul dari saya ..
sms @ whatsapp : 0137669176
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...