Wednesday, October 29, 2014

Energizing Soy Protein [ESP] bantu masalah Gastrik saya

Pertama kali dalam hidup saya di serang gastrik masa usia saya yang tak berapa muda ni [tahun 2013 pertama kali saya kena] .. kawan saya kata "gastrik ni serang kita akibat cara makan kita yang dulu - dulu, kesannya bila usia dan meningkat" .. rasanya macam betul juga .. sebab masa zaman saya belajar dulu "saya suka skip sarapan pagi, rela makan jajan kat kedai pak cik sebelah rumah berbanding jalan kaki 10 minit ke kedai makan berdekatan"

dan bila dah kerja ni ; kadang - kadang jadual makan lari bila time ada kerja yang banyak ..selalunya makan tengahari akan jadi makan petang ..bila makan tengahari jadi makan petang ; maka malam tu bermula lah episod simptom macam ibu mengandung "angin naik ke kepala, makan tak lalu, rasa nak muntah - muntah, badan lesu memanjang, perut rasa semacam" ....[simptom ni ambil masa yang lama nak baik : pernah cecah 2 minggu]

Jadi dalam fasa selera makan tak ada, Energizing Soy Protein [ESP] memang membantu masalah Gastrik saya. Sebab masa ni, cuma makanan yang berbentuk cecair je yang boleh lalu pada tekak saya .. Alhamdulillah, selain mudah nak telan, ia beri kesan kenyang dalam tempoh yang lama disamping membantu masalah gastrik saya ..

gastrik
Anda pun ada masalah gastrik macam saya? boleh cuba tips di atas .. dan yang paling best mai la cuba tips no. 7 iaitu dengan mengambil makanan tambahan ESP, b complex, ostematrik dan vitalea

Jom cuba
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Masih teragak - agak untuk mengambil supplement?


 PERLU atau TIDAK? Ia adalah satu perbahasan yang paling kerap berbangkit apabila berbicara soal makanan tambahan. Hal ini kerana bukan semua orang memerlukan makanan tambahan, namun ia sebenarnya mungkin memberi kebaikan dalam kehidupan seharian.

Justeru disenaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu mempertimbangkan pengambilan makanan tambahan [supplement / vitamin]

Sebab yang PERTAMA : Kualiti Tanah dan Tanaman

"Proses penanaman semula berulang - ulang kali sayuran dan buah - buahan pada tanah yang sama menjejaskan kandungan beberapa nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan"

Sebab yang KEDUA : Baja moden, racun perosak dan racun tanaman

"Apabila badan kita menghadamkan sayuran dan tumbuhan yang mengandungi racun perosak ia akan memberi kesan toksik pada badan kita sekaligus mengurangkan nutrien dalam tubuh badan kita"

"Racun perosak memburukkan keadaan tanah dan membunuh mikroorganisma. Sedangkan mikoorganisma adalah perlu dalam membantu menghasilkan mineral dan nutrien"

makanan-tambahan-supplement-vitamin

Sebab yang KETIGA : Penyaluran dan pemprosesan tambahan

"Pemprosesan makanan mengakibatkan banyak nutrien terutamanya mineral hilang"

Sebab yang KEEMPAT : Gaya hidup yang tidak sihat

"Kesibukan dan tekanan merangsang pengurangan nutrien, merangsang saraf simpatetik [menyebabkan masalah penghadaman dan kesukaran penyerapan nutrien]"

 Mengapa makanan tambahan Shaklee menjadi pilihan saya?

"Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesa. Tetapi di Shaklee, kami punyai BUKTI .. Berpandukan sains, bukannya dakwaan dan ikutan semata"

saya pilih Shaklee kerana ia produk hasil penyelidikan bertahun - tahun siap dengan ujikaji farmasitikal [untuk sahkan keberkesanan] sebelum ia di perkenalkan ..

Dapatkan makanan tambahan Shaklee dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Saturday, October 18, 2014

Terpaksa menerima hakikat akibat ambil Vivix Shaklee

She is my mum ..

Kisah mak dalam blog ni bermula selepas mak mengalami diabetes ..masa tu juga sebenarnya telinga mak hampir tak dengar ..serius ..sebelum ni memang mak kata telinga mak memang tak berapa dengar..cuma sejak mak kena diabetes ia menjadi sangat teruk..sampai bila nak bercakap dengan mak kami kena pekik kan suara (baru mak dengar) .. bila kami concern pasal telinga mak ..mak akan cakap "kalau cakap kat telefon mak masih dengar lah" .. itu lah nama nya mak kan ..

untuk kes mak ni ; kami (anak - anak mak, menantu - menantu mak) memang refer kes mak dengan doktor .. [masa tu doktor letak antibiotik pada telinga mak : kata doktor jangkitan kuman ni ].. masa kejadian tu sampai doktor suggestkan mak pakai alat pendengaran .. mak cakap "malulah nak pakai" .. doktor kata "tak pelah mak cik ; mak cik kan pakai tudung"

tunggu mak buat keputusan untuk pakai alat pendengaran sangat lah lama .. dan memandangkan masa tu diabetes mak yang perlu diutamakan ; jadi kes telinga mak ni jadi pending sekejap ..

masa mak saya menghidapi diabetes (selain mak ambil ubat doktor) .. saya berikan mak vivix Shaklee [baca kisah diabetes mak di sini]..alhamdulillah turun sikit - sikit dari 25 kepada 10 dan officially masa hari raya hari tu diabetes mak dah turun kepada angka 6 .. alhamdulillah...

dan tak sangka pula .. masa balik kampung hari tu .. mak cakap kat saya "telinga mak dah dengar sikit - sikit la..." .. alhamdulillah walaupun belum pulih 100 peratus ..tapi at least perubahan 40 peratus ni dah buat saya bersyukur ... alhamdulillah .. jika konsisten : in sha allah mungkin boleh bertambah baik lagi ..


my mak dan adik - adik saya : mak saya lagi cantik dari saya ..

ini lah hakikatnya bila ambil vivix Shaklee ..selain membantu mengatasi masalah diabetes pada masa yang sama maslah pendengaran mak bertambah pulih...alhamdulillah...syukur ..

"vivix mengandungi nutrien yang sangat kecil yang boleh ditemui dibawah tumbuh - tumbuhan : yang mampu membekalkan antioksidan yang sangat kuat (kuasanya 40 kali ganda berbanding buah - buahan yang lain)"

Dapatkan vivix dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Pesan Datin Norjuma bagi ibu berpantang

Bagi ibu yang bakal melahirkan anak, pasangan yang sudah berkahwin dan bakal mengandung serta melahirkan anak satu masa nanti, yang sedang dalam berpantang ; saya nak kongsi dengan anda tips Datin Norjuma semasa berpantang



2 minggu pertama ambil lebih sedikit protein : [Protein memang membantu luka bersalin cepat pulih : sebab ia penyumbang utama penghasilan sel].. tapi makanan seimbang lain jangan diabaikan juga tau (sebab vitamin yang lain tu membantu usaha protein)


Teringat saya sesi perbualan singkat masa berjumpa dengan ex-ofismate saya masa ambil anugerah APC hari tu

saya : anak kedua ko pun ceaser eh?
kawan saya : haah .. dah cuba juga bersalin normal .. tapi tak boleh
saya : sama macam saya lah ..
kawan saya : lepas bersalin hari tu, doktor cakap ngan saya awak ada makan gamat eh lepas bersalin .. saya ckplah haah..doktor cakap kulit dalaman awak ni tak cantik..melekat lekat antara satu sama lain..bukan tak boleh makan..tapi awak ambil cepat sangat..luka awak memang cepat baik ..tapi pemulihannya tak cantik..
saya : oyeke.. dalam hati [dulu masa doktor bedah aku ; doktor tak kata apa - apa plak..seingat saya doktor kata "no 3 nanti ceaser pastu ikat .." ] .. 

emmm kalau dah melekat - lekat tu susah juga doktor nak bedah kan .. ok ; jangan imagine..

masa bersalin anak pertama saya tak kenal Shaklee lagi .. masa bersalin anak kedua saya ada ambil ESP tapi selepas beberapa bulan bersalin .. anak ketiga nanti akan masuk dalam checklist untuk ambil ESP ni.. hi hi .. tak pregnant anak ke 3 pun saya memang consume ESP ni [saya ambil masa menyusukan anak kedua sampai sekarang anak saya tak menyusu pun saya consume juga]

ESP Shaklee merupakan salah satu sumber protein yang baik..dihasilkan pada tahun 1961 .. masa ni saya belum ada lagi .... emmm, memang mantap lah .. ia masih kekal dan jadi pilihan .. 

lagi pun ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO.
Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention.

credit :www.lifefit.com

ESP Shaklee sumber protein yang baik , selamat dan diyakini .

Dapatkan ESP dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, October 9, 2014

Menemukan KHUSYUK yang hilang ..

Tertarik untuk berkongsi artikel ini dalam blog saya .. Muhasabah untuk diri sendiri .. Semoga saya dapat berubah sikit demi sedikit setiap hari untuk menjadi muslimah yang lebih baik ..in sha allah ..

Bismillahirrahmanirrahim
===============
Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.
1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.
2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat)dan saya ingin berterima kasih pada Nya.
3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.
4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemuAllah tidak saya lepaskan.
5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.
6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.
7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.
8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)
Tunjukanlah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.
9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.
10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.
11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.
12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.
13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang
daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.

Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus
hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat
solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa

hasil perkongsian dari mommalydzar.blogspot.com


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, October 8, 2014

Formula Best : Kurangkan Berat Badan Tanpa Berdiet

Bila sahabat saya berkongsi tentang tips ni, saya rasa impress sebab walaupun ada sesetengah tips yang saya pernah baca ; tapi rupanya ada lagi tips yang memang saya baru belajar..sekarang masa nak apply tips yang saya baru belajar ni .. jom kita
  • Tips Pertama : Drink more water [minum banyak air]
Minum air segelas atau 2 gelas sebelum makan akan buang toksin dalam badan dan MEMBUNUH SELERA MAKAN

ok, bagus tips ni ..sebelum ni saya memang tahu minum air selepas makan tak elok sebab boleh mengakibatkan proses penghadaman berlaku dengan lambat.. oh rupa - rupanya minum 2 gelas air sebelum makan boleh membunuh selera makan ..jom try minum 2 gelas air pasni.. 2 gelas tau

  • Tips Kedua : Makan 'Omega 3 Fatty Acids' setiap hari
Kenapa?

Omega 3 Fatty Acids akan menterbalikkan rintangan insulin dan membolehkan sel - sel bertindakbalas dan berkomunikasi dengan betul pada hormon. Jadi bila badan kita sensitif dengan insulin, maka mudahlah kita kurangkan berat badan.

Kalau anda nak tahu, Omega 3 Fatty Acids tidak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi kita perlu ambil daripada makanan. Salah satu sumber Omega 3 Fatty Acids terbaik adalah daripada Omega Guard Shaklee [sebab ia disaring berulang - ulang kali untuk dapatkan ketulenan minyak ikan] .. Ketulenan ni penting, takut  - takut kita ambil minyak ikan yang mengandungi bendasing seperti merkuri dan chemical lain yang berbahaya dalam tubuh badan kita


 kredit pada : ohalfalfa
  • Tips Ketiga : Elakkan Stress
Emosi yang tertekan akan menyebabkan penghalang kepada leptin. Leptin ni hormon yang mengawal selera makan. Jadi kena kawal tekanan jika tak homon leptin ni jadi tak stabil dan buat kita nak makan je tak henti - henti.


  • Tips Keempat : Makan seperti Blender
Blender? .. ya makan seperti mesin blender..isi perut dengan air dulu sebelum makan, lepas tu mula makan sayuran dengan protein .. kemudian baru makan karbohaidrat .. supaya badan kita dapat proses makan dengan mudah..macam blender je kan konsepnya.. [simple formula eating] .. cara nak makan pun ada formula..

in sha allah, lepas ni berat kita akan turun sedikit demi sedikit


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, October 2, 2014

Shaklee Advanced Joint Health Tablet : FORMULA SAYURAN 100% untuk SENDI

Bagi jutaan individu yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan dirasakan begitu mencabar. Bukan itu saja, ia juga boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari.Untuk itu, jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif.

Tahukah anda, pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi anda sihat biarpun di usia yang semakin meningkat."Sama ada kita menghidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi mengambil nutrien yang tepat bagi menjaga sendi"

Shaklee Advanced Joint Health Tablet membantu meningkatkan keselesaan sendi lebih kuat, fleksibel dan anda mampu bergerak dengan lebih mudah.

Menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah FORMULA SAYUR - SAYURAN 100%

Tablet terhadap sendi boleh dilihat dalam 3 cara iaitu :
  • Menyokong keselesaan sendi dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswella [menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya dan berfungsi sebagai anti-radang secara semulajadi]
  • Bertindak sebagai kusyen (estrak jagung) bagi membantu mengekalkan tulang rawan. estrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat : sebagai nutrien penting dalam kesihatan sendi.
100% BEBAS KONDROITIN : Kondroitin akan mengganggu penyeapan ekstrak jagung & glukosamina

Dapatkan AJHT dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...