Showing posts with label GLA complex. Show all posts
Showing posts with label GLA complex. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Testimoni Gla Complex Shaklee pada mak saya

 Sebenarnya lama saya nak cerita kisah mak dan Gla Complex Shaklee... hari ni baru saya berpeluang nak share kisah mak saya dengan Gla Complex Shaklee. Alkisahnya Gla Complex Shaklee ni supplement pertama yang saya beri pada mak : memandangkan mak menopause. Lagipun ia bukan sahaja sesuai untuk wanita yang menopause, tapi baik untuk sendi dan kulit mak juga

Sebelum saya nak cerita apa kesan nyata yang saya nampak pada mak saya ; sebenarnya saya suka review mengenai Gla Complex Shaklee ni
Gla Complex Shaklee, menopause, kulit, sendi, senggugut, kesuburanApa itu GLA?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.


Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
Khasiat dan faedah GLA Complex Shaklee
Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.











Apa perubahan yang saya nampak pada mak saya?

Apa yang saya sangat perasan, saya nampak mak sungguh ceria .. nampak perbezaan emosi mak (memandangkan saya memang balik hampir setiap minggu jadi perubahan tu memang ketara)..sebelum ni saya perasan mak macam mengalami emotional menopause (perubahan emosi sebab menopause).. tapi alhamdulillah 'hadiah supplement pertama ni beri satu kegembiraan buat saya bila mak saya dapat jalani fasa menopause dengan tenang'

kemudian, baru saya tanya mak saya 'macamana mak dengan vitamin tu'..

mak cakap : 'sebenarnya kita ni memang kena makan vitamin ek, hari tu mak teman abah pergi pejabat agama untuk uruskan hal kerja abah (mak boleh naik tangga .. padahal tangga tu kalau di tengok memang jauh nak naik smpai ke atas..)

macam nak tergelak dengar luahan perasaan mak .. alhamdulillah .. suka dengan perubahan mak (padahal belum habis 1 botol Gla Complex mak makan)..

Jika anda nak hadiahkan Gla Complex Shaklee untuk mak anda : boleh dapatkan Gla Complex Shaklee dari saya k

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, February 11, 2014

Mengatasi sakit senggugut ketika datang haid

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.


Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

 Ramai yang dah mencuba supplemen Shaklee dan mengakui sangat membantu mengatasi sakit senggugut yang dialaminya.


saya senggugut
Bagaimana setiap vitamin ini membantu?

GLA Complex

'GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. '

B complex
'Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.'

 Ostematrik
'Ostematrik membantu mengurangkan simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan


atasi senggugut

 Jom dapatkan vitamin ini untuk atasi masalah senggugut dengan selamat berbanding mengambil panadol menstrual yang berpanjangan. Tambahan pula, vitamin ni memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan kulit kita cantik tau ..bagaimana? baca untuk next entry ya ..

shaklee bandar penawar desaru
Dengan setiap pembelian produk shaklee dari saya, anda akan diberikan konsultasi secara percuma ...

Friday, September 6, 2013

Gaya hidup punca tidak subur

Memiliki anak adalah pelengkap dalam sesebuah perkahwinan. Namun tidak semua pasangan yang berkahwin bernasib baik berpeluang memilikinya disebabkan pelbagai faktor.

Antaranya masalah ketidaksuburan yang semakin menjadi isu hangat ketika ini. Perubahan gaya hidup dan tekanan antara faktor menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. Ketidaksuburan menghalang seseorang merealisasikan matlamat hidup yang penting iaitu menjadi ibu atau bapa kepada anak, hasil daripada sesuatu hubungan.


"Dianggarkan 9.6 peratus pasangan menghadapi masalah ini."

Di rantau Asia Pasifik, jumlah kadar kesuburan menurun kepada kadar penggantian populasi sebanyak 2.1 %. Di Asia, angka ini lebih rendah disebabkan batasan sosial dan peribadi yang berterusan serta pengetahuan terhad mengenai kesuburan dan akses rawatan.

Bagaimana menambahkan kesuburan ?

Memetik artikel yang sama daripada surat khabar metro bertarikh 1 September 2013, terdapat tips menambahkan kesuburan yang dinyatakan, iaitu :

Wanita : Amalkan pengambilan asid folik, makanan mengandungi Vitamin E dan selenium, L-Arginine, Vitamin B6 dan B12, besi, magnesium dan zink

Lelaki : L-Carnitine, asid ferulic, vitamin C dan E dan selenium, zink dan vitamin B (B6, B12 dan Folate)

Panduan bagi memperkukuhkan kesihatan reproduktif pula :

  • Dapatkan berat badan ideal dengan diet seimbang dan senaman
  • Urus tahap stress secara bijak - bercuti atau lakukan perkara yang menggembirakan
  • Amalkan seks selamat
  • Hindari merokok - kuat merokok boleh menjejaskan kualiti sperma
  • Elakkan pengambilan alkohol
  • Amalkan diet sihat - diet seimbang, makan banyak sayur - sayuran dan buah - buahan setiap hari, kawal pengambilan daging ayam atau ternakan yang disuntik. Cuba beralih kepada ayam organik
  • Amalkan pengambilan makanan yang mempunyai pelbagai vitamin

kesuburan untuk mendapat anak

tingkatkan reproduktif
 *sudah berkeronyok surat khabar ini ku simpan untuk di kongsi bersama pembaca blog ku

Formula khas shaklee bagi tujuan kesuburan adalah terdiri daripada vitamin- vitamin ini iaitu :

Set kesuburan shaklee untuk wanita :

Vitalea, B complex, Vita-C, Alfalfa dan GLA complex

Set kesuburan shaklee untuk lelaki :

Vitamin E dan Zinc Complex (boleh juga kalau nak tambah Vitalea, B complex dan Vita C)


Bagaimana vitamin - vitamin ini berfungsi ?

  1. Multivitamin dan mutimineral (vita lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia memenuhi ruang - ruang kosong dalam tubuh yang tidak dipenuhi oleh vitamin dari diet seharian kita. Jadi bila tubuh badan kita cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap
  2. B complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan diawal kehamilan
  3. Vita-C pula berfungsi untuk pembinaan dan pemulihan sel
  4.  Alfalfa Complex pula membantu dalam hal organ kewanitaan, membantu masalah keputihan dan sebagainya
  5. GLA Complex membantu wanita terutama yang masalah haid tidak teratur, Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "egg white cervical mucus".Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub fallopio dan ke telur (ovum). tambahan pula cecair serviks yang sangat subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur (waktu ovulasi.
  6. Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah,mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
  7. Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. 

    Dari segi fakta medical "Perubahan gaya hidup adalah punca tidak subur". Kerana itulah pengambilan vitamin dan pengamalan gaya hidup yang sihat digalakkan untuk meningkatkan kesuburan dan memperkukuhkan kesihatan reproduktif bagi menimang cahaya mata.

    Dari segi islam "Allah saja pemberi rezeki mutlak"

    Yang penting, kita harus berusaha secara rohani selain usaha zahir melalui pengambilan supplement
      
    *saya sedang tunggu green light sahabat saya untuk berkongsi cerita kegembiraan yang dia dah hamil melalui pengamalan amalan rohani dan usaha zahir dengan pengambilan set kesuburan shaklee

    Friday, July 12, 2013

    Ovarian cysts

    Usaha sebelum memilih jalan untuk pembedahan

    Salah satu punca kegagalan tidak hamil dari segi perubatan adalah berpunca daripada ovarian cyst. This video was download as education programe to help you better understand about ovarian cyst



    Pembedahan merupakan salah satu cara treatment untuk masalah ini. Apakah usaha yang boleh dilakukan sebelum memilih untuk menjalani pembedahan?

    Mungkin anda berminat untuk baca kenyataan ini (pengakuan ikhlas pengguna supplement GLA complex shaklee )

    " kesuburan : jom makan Shaklee GLA

    Oppss .. macam nak promote barang plak kan tajuk tu...ehh..bukanlah..just nak share dengan kawan2 TTC semua..kalau apa yang saya makan ni saya rasa baik, saya nak share dengan kawan2 semua..semoga kita sama@ dapat manfaatnya...

    elehh..dia ni jual Shaklee..mmglah promote lebih2

    Ehh..tak adalah..mmg betul saya dah pun amalkan GLA Shaklee ni...saya start makan bulan 10 yang lepas selepas saya mulakan treatment di Hospital Serdang...masa tu doktor check cyst saya dalam 4cm lebih..terus saya cari ubat apa yang patut saya makan untuk kecutkan cyst saya sebab saya tak nak operate ni...x sanggup dah... "

    boleh baca cerita penuh di sini

    shaklee distributor desaru


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...