Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyak
anastain"
- yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon
pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait
dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan
semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya,
memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah
untuk menjaganya.
2.
Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak)
jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna
kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha
mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah
hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan
dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita
sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki
yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu
Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan
setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak
jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan
merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia
sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan
belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak
sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun
perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan
yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan
perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana
kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf
padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia
buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang
dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa
tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika
tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik
tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku
sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham
agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke
neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh
beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad
S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah
selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com