Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Solat dua rakaat sebelum solat subuh

Lebih baik daripada segala isi dunia

Assalamualaikum, salam jumaat buat pembaca blog saya...ilmu agama hari ini adalah tentang solat dua rakaat sebelum subuh ...banyak ilmu yang sungguh bermanfaat dan menginsafkan saya dalam blog ni..tapi untuk kali ni, saya suka berkongsi dengan anda mengenai solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh....


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
 sumber : detikislam.blogspot.com
"
Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).

Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh."
lebih baik dari segala isi bumi
 Ma sha Allah .. lebih baik dari segala isi bumi .. ma sha allah...mari sama - sama amalkannya ...

Friday, October 11, 2013

Wahai wanita

Usah Persiakan satu pertiga Malam

artikel yang sangat menarik oleh Shahrul Zaman Lukman yang saya petik dari Majalah ANIS Bil 193, September 2013

Jam didinding menunjukkan angka lima... Langit masih lagi menggelap... Suasana berkeadaan tenang sunyi... Hanya kedengaran bunyian cengkerik... Mata yang berpisat - pisat dibuka perlahan - lahan... Selimut yang menutupi tubuh dikesampingkan.... Meninggalkan pembaringan menuju ke kama mandi. Pili dibuka, lalu mengalirlah air perlahan - lahan turun kelantai.....

sejuk..... ya memang sejuk ...

Tangan mula membasah... Disusuli muka dan anggota wuduk yang lain... Badan terasa segar. Hilang rasa mengantuk yang menemani dua pertiga malam tadi.....

sejadah yang berlipat dihamparkan....telekung yang tergantung dipakai......

lalu 

*
*
*
*
*
*
*
Lalu tangan diangkat bertakbir.. Allahu Akbar. Menunaikan solat malam mencari satu pengharapan dan pengampunan daripada Allah Azza Wajalla...

Bangunlah Berdoa

Solat malam pada satu pertiga malam, sesuatu yang perlu dilazimi. banyak kelebihan dan keberkatan saat ini. Waktu yang mustajab doa. 

"Tidak banyak manusia yang mampu melakukannya lantaran tiada kesedaran dan beranggapan tidak prioriti dalam kehidupan..."

Solat satu pertiga malam yang tersisa adalah sunnah Rasullullah. Waktu yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk beribadah. Waktu ini adalah waktu berhadapan dengan Tuhan yang menciptakan abdi. Langsung berbicara dengan Allah tanpa manusia lain menyedarinya. 

Mereka masih enak dibuai tidur di hamparan empuk

Wahai wanita, gagahi diri untuk bingkas dari tidurmu. Mengadu, merintih, memohon dan berdoa kepada Allah pada saat satu pertiga malammu. Setiap doa, kata - kata dan ungkapan yang diluncukan daripada mulutmu pasti didengari. Selagi permintaanmu adalah benar, pasti diperkenankan Rabbul Jalil.

Kamu berasa susah dengan keluargamu, bangkit mengadu kepada Tuhanmu. Kamu berasa beban dengan tanggungjawab menjadi ibu kepada anak - anak, bangkit memohon petunjuk daripada tuhanmu. Kamu berasa disisihkan oleh teman - temanmu, bangkit berdoa kepada Tuhanmu. Dan sekiranya kamu berasa sering melakukan dosa dan noda, maka bangkit merintih, merayu dan memohon keampunan kepada Tuhanmu yang Maha Pengampun.Biarkan lelehan air matamu membasahi pipimu. Rembesan yang menjadi saksi pada hari akhirat. Biarkan sujudmu lama mencari hakikat diri. Supaya dirimu tahu bahawa dirimu hamba kepada Tuhan yang satu.

Janji Allah

Allah menjanjikan sesuatu yang gembira buat kita. Fiman Allah SWT :"Dan apabila hamba - hambaKu bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah) : sesungguhnya Aku amat hampir ; Aku perkenankan pemohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beiman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul." (al-baqarah 2:186)

sepotong hadis nabi untuk direnungi :

"Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu berfirman : Sesiapa yang berdoa kepadaKu , nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepadaKu nescaya Aku akan ampunkan dosanya." (riwayat abu dawud dan at tarmizi)

Hiasi satu pertiga malammu untuk Allah. Tanda kasih dan cinta kepada Nya. Setiap perkataan yang diadukan pasti didengari. Dan yakinlah, Allah pasti perkenankan..

solat satu pertiga malam
Ya, Allah ... pilihlah daku ya Allah.. pilihlah daku jadi orang yang bangun sepertiga malam setiap hari untuk sujud kepadaMu

Saturday, September 14, 2013

Keberkatan dalam mencari rezeki

Lagi artikel mengenai pintu rezeki daripada berniaga...orang islam digalakkan berniaga tetapi kesibukan dan keasyikan peniaga melayan pelanggan, ada kalanya menyebabkan terleka menunaikan tanggungjawab menunaikan ibadah fardhu..Islam menekankan kepada umatnya supaya urusan jual beli bukan sekadar memburu keuntungan semata - mata, tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya, bahkan perniagaan yang dijalankan itu mampu mendekatkan diri dengan Allah..

solat penting untuk mendapat keberkatan dalam mencari rezeki

Sebenarnya dalam artikel ni memberi nasihat kepada peniaga beragama islam yang berjualan semasa dibulan ramadhan. Adakalanya sibuk melayan pelanggan, sehingga meninggalkan solat fardhu..


Dalam artikel ini turut juga memberi nasihat kepada pembeli agar membuat pilihan yang bijak dan tepat..kita disarankan agar mencari peniaga - peniaga yang benar berkualiti dari aspek peribadi selain daripada makanan yang disediakan..

Ayat dalam artikel ini. "Apakah puasa kita mampu mencapai status puasa diberkati jika kita mengambil makanan daripada hasil tangan mereka yang tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat"

Nasihat ini sungguh general pada apa jenis perniagaan pun..tak kiralah peniaga pasar ramadhan ke..peniaga kedai makan ke..mahupun peniaga online..

"Banyak perkara yang saya sedang berjuang untuk memperbaiki diri dengan lebih baik...semuanya tentang solat..bukan kerana saya tak solat..tapi saya mahu solat awal waktu....solat yang dibuat segera bila azan dah berkumandang..bukan lagi 5 minit la..10 minit la..

Bak kata Prof Dr Muhaya :

"Kenapa masih menaip bila azan sudah berkumandang...bila azan sedang berkumandang semuanya hanya untuk Allah sahaja...tiada lagi urusan dunia langsung....berhenti buat urusan dunia serta merta"

sumber : reset minda Prof Dr Muhaya

~ semoga Allah pilih saya jadi hambanya yang solat di awal waktu

dan supaya kita memperoleh keberkatan dalam mencari rezeki ~ Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...