Showing posts with label mudahnya menjemput rezeki. Show all posts
Showing posts with label mudahnya menjemput rezeki. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

 Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak review buku yang saya baca ni

mudahnya menjemput rezeki

 Alhamdulillah…sebenarnya saya masih terketar – ketar untuk membuat ulasan mengenai buku ini. Kandungannya sungguh terkesan dijiwa saya. Mesej yang ingin disampaikan dapat menerusi segenap lapisan tubuh saya.
Betullah kata rakan bisness Shaklee yang memperkenalkan buku ini. Buku ini ibarat pisang goreng panas. Habis dan laris di kedai buku. Komen – komen dari penulis internet pun turut memberangsangkan. Membuatkan saya teruja untuk memilikinya 1. oh sungguh touching

Kronologi buku ini sungguh mudah. 

PERTAMA : Ia menjelaskan kepada kita erti rezeki yang sebenar. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah ayat ini. ”Setiap yang berlaku sama ada baik atau buruk pada diri kita adalah rezeki dalam hidup kita”. Ya betul (sambil berfikir mengenai diri sendiri).

“Allah bagi ujian untuk saya lahirkan anak secara ceaser adalah rezeki bagi saya. Kerana pada hari ini saya boleh menulis mengenai pengalaman saya melahirkan anak secara ceaser dan cara saya menangani selepas pembedahan : hasilnya ada hamba Allah beli vitamin Shaklee dari saya untuk set vitamin selepas pembedahan“

Banyak lagi erti rezeki yang dihuraikan oleh penulis dalam buku ini. Erti rezeki yang sebenar - benarnya.
Milik kita belum tentu rezeki kita..

KEDUA : “Mencari Rezeki vs Menjemput Rezeki” . Hari ini ramai orang mencari – cari rezeki dengan kerja berhempas pulas. Membanting tulang empat kerat. Menggunakan kudrat 4 kerat. Tapi tak ramai orang yang faham menjemput rezeki. Apa perbezaan mencari rezeki dan menjemput rezeki

Senang saja. Contohnya begini, katakan suatu hari kita ingin bertandang kerumah orang lain. Kita mesti fikir “emm...boleh ke ek? Tak menyusahkan dia ke? Takut dia tgh tidur? Takut menganggu dia ke?.. Tapi berbeza kalau orang datang menjemput kita datang kerumah. “Jemputlah datang ke rumah terbuka saya esok”. “Saya baru pindah rumah jemputlah ke kenduri housewarming dirumah saya esok”. Kita berasa senang hati nak datang kerumah tersebut. 

Tapi cara kita menjemput orang datang kepada kita perlulah betul. Takut orang yang kita jemput hanya berkata “In Sha Allah” saja tapi tak datang. Mudahkan nak faham.
Begitulah konsep rezeki. Berpegang kepada 1 ayat iaitu pemberi rezeki hanya Allah.  Jemputla rezeki itu dengan amalan – amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Ingat the point is "Menjemput dengan senang hatinya rezeki itu datang kepada kita bukan mencari rezeki saja". (mudahnya menjemput rezeki)

Tapi macamana pula kalau ada yang berkata. ”Rezeki tu memang datang dari Allah. Tapi kita sebagai manusia kenalah berusaha” : Dalam buku ini dapat menjawab semua kenyataan itu (memang menarik)

KETIGA: “STRATEGI MESTI BUAT UNTUK MENJEMPUT REZEKI. Emm .. tak sangka strategi mesti buat dalam buku ni sama macam ”list perkara kena buat setiap hari oleh leader shaklee saya. List yang belum mampu saya penuhi semuanya SETIAP HARI”.  
Dalam buku ini banyak ilmu yang saya dapat dan anda semua mampu buat. Islam itu indah. Islam mengajar kita banyak perkara. Dalam bab ini juga menceritakan mengenai perbezaan zakat dan sedekah. Zakat itu sebenarnya membersihkan harta. Tapi sedekah itu menambahkan harta. Sedekah bukan saja menambah harta, tapi menolak bala malah menyembuhkan penyakit ! 

KEEMPAT : MATLAMAT .. Tak sangka buku ini ada cerita pasal matlamat dan impian. Betul. Saya tak rasa buku ini akan terkesan dihati sekiranya saya tiada impian dan matlamat. Kerana saya duduk dalam zon selamat dan selesa. Dan tak rasa amalan menjemput rezeki tu penting

kata – kata yang menarik perhatian saya : 
"Jika hari ni kita Kaya, Allah boleh jadikan kita miskin esok nya. Jika hari ini kita miskin, Allah boleh jadi kita kaya esoknya. Semuanya ditangan Allah"

Bagaimana pula jika ada yang berkata. "Alah sipolan tu tak sembahyang pun tapi kaya jerr... Dalam buku ini boleh menjelaskan kenyataan itu (memang menarik) 

"Sesungguhnya Kaya itu adalah satu Ujian. Miskin juga adalah satu Ujian"

KELIMA : Cerita pedoman mengenai rezeki. Bagus juga untuk dibaca kerana sangat memberi motivasi dan inspirasi

Mutiara kata oleh penulis yang membuatkan saya tersentuh:
“Saya berazam agar setiap mata yang pernah memandang al-quran diberi peluang memandang buku ini”

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan. Saya pun sedang dalam usaha mendidik diri saya melakukan amalan – amalan menjemput rezeki. Doakan agar saya berjaya melakukannya secara ISTIQAMAH.  

Kawan - kawan, jom miliki buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini. Bagus untuk anda
semua. * promo (walaupun sebenarnya saya tak dapat apa - apa komisyen pun dari buku ini : cuma berharap saham akhirat j)

Tuesday, April 23, 2013

Umpama Seekor Burung Yang Mencari Rezeki

Bacaan yang menarik perhatian saya pada petang ini. Info ni sangat menarik untuk dikongsi bersama. Huraiannya sungguh jelas dan mudah difahami. Dipetik dari penulisan di www.sabreehussin.com

Sabda Rasullullah SAW
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung di mana ia keluar dengan perut yang kosong pada waktu pagi dan kembali dengan perut yang kenyang pada waktu petang.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kenapa burung? Kenapa rezeki selalu sangat dikaitkan dengan burung. Rezeki burung dan lain-lain istilah lagi.
Jika kita fahami, ungkapan penuh hikmah Nabi Muhamamad s.a.w diatas itu tadi, maka dapatlah kita ketahui betapa Allah s.w.t yang memberikan rezeki kepada burung. Allah swt yang mengatur alam ini supaya burung sentiasa mendapat makanan. Walaubagaimanapun, Allah swt tidak memberi makan kepada burung tersebut disarangnya.
Masih tetap si burung itu tadi perlu keluar dari sarangnya. Ada harinya, rezeki burung ada di tepi kolam. Ada hari tertentu rezeki burung ada di sebalik pokok, dan ada juga hari-hari lain, rezeki burung berada jauh nun di atas gunung.
Walaupun ada ketikanya rezekinya kelihatan sukar, namun jarang sekali ia akan pulang dengan tangan kosong.
mencari rezeki

There is so many that we, as a human can learn from birds. Masya Allah.

1. Bangun Awal Pagi

Burung bangun diwaktu awal pagi. Setelah bangkit dari tidurnya, burung tadi berkicauan dengan riang sekali, seolah-olah memanggil seisi keluarga dan rakan-rakan yang lain untuk sama-sama bangkit bagi mencari rezeki.

2. Terbang Melawan Graviti dan Keluar Dari Sarangnya

Graviti sifatnya adalah menarik kita kebawah.
Begitu juga dengan hidup kita. Graviti ada dimana-mana. Waktu pagi, terasa katil kita sungguh berat tarikan gravitinya. Orang-orang disekeliling kita sungguh banyaknya yang tak mahu kita jadi seorang yang extra ordinary, dan mereka lebih suka menarik kita untuk jadi sama macam mereka, dan menarik kita untuk jatuh ke bawah.
Orang disekeliling kita adakalanya tak suka lihat kita lebih berjaya dan lebih sukses berbanding diri mereka.
Kita kena keluar dari sarang kita. Keluarlah kita dari rumah kita, kerana setiap hari yang kita bakal lalui pastinya menjanjikan pengalaman-pengalaman baru yang berbeza-beza. Saksikanlah kebesaran tuhan dengan menyaksikan keindahan alam. Semua ini kita tak akan dapat hargai dan bayangkan jika kita asyik terperap diruang lingkup kita yang sempit semata-mata.

3. Bergerak ke hadapan dengan yakin tanpa ada rasa ragu

Yakinlah bahawa dihadapan kita menanti rezeki tuhan yang maha luas tersedia untuk kita.
Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita nak kutip rezeki-rezeki tersebut, atau kita lebih cenderung untuk biarkan segalanya berlalu begitu sahaja tanpa ada siapa yang ambil peduli.

4. Kunjungi Kawasan yang Subur dan Berpotensi Untuk Dapat Rezeki

Burung terbang ke sesuatu kawasan dengan bantuan naluri. Naluri yang dianugerahi tuhan bagi membantu si burung itu tadi untuk mencari makanan.
Berbeza dengan kita, seorang insan yang diberi akal fikiran. Sudah tentu proses untuk kita menentukan tempat mana yang strategik untuk kita cari rezeki melalui proses yang lebih kompleks berbanding naluri semata-mata. Gunakan kelebihan, dan segalanya yang kita ada.

5. Bawa Pulang Hasil Ke Sarang & Kongsikan Dengan Ahli Keluarga

Sifat burung yang tak lokek, ia bukan sekadar mencari rezeki bagi dirinya semata-mata, malah ia masih lagi membawa sedikit bekalan untuk dikongsikan dengan ahli keluarga yang menunggu disarang.

6. Ambil Sekadar Yang Perlu & Tidak Merosakkan

Burung bukanlah haiwan yang tamak. Ia hanya makan sekadar yang perlu.
Kehadirannya tidak merosakkan tanam-tanaman. Malahan ada sebahagian daripada burung yang terlibat sama dalam proses persenyawaan beberapa jenis tumbuhan.
Itulah dia, kisah haiwan bernama burung. Hidupnya tidak menyusahkan, malah kelakuannya memberi pengajaran yang sangat banyak bagi insan yang memerhatikannya dengan renungan penuh keimanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...