Showing posts with label sedekah jariah. Show all posts
Showing posts with label sedekah jariah. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Rasulullah Pemimpin Ummah : Ustaz Kazim Elias

Siapa yang belum tengok ceramah Ustaz Kazim Elias "Rasulullah Pemimpin Ummah" saya cadangkan sila lah tonton .. :-)

Kompilasi ceramah - ceramah ustaz kazim memang sangat menghiburkan...hilang segala stress..banyak ilmu yang sangat bermanfaat...mesej yang nak disampaikan senang nak faham..

Dalam banyak - banyak ceramah (walaupun belum tengok semua) .. saya suka berkongsi bait - bait kata ini..

"Dalam neraka ramai kaum perempuan .. kaum perempuan ramai masuk neraka disebabkan mulut mereka....dan tidak taat kepada suami..."  

"rasulullah berkata ada satu amalan yang mampu menyelamatkan kaum perempuan .. iaitu bersedekah...bersedekahlah wahai kaum isteri... ketika itu, semua orang perempuan membaling barang kemas keatas kain berwarna putih dan nabi muhammad menggunakan harta tersebut untuk berjihad... "

emmm, sebab masih rasa belum jadi isteri yang solehah .. kata - kata ini sangat terkesan dalam diri saya .. in sha allah, akan berusaha beramal dengan segala ilmu yang diperoleh . aminn..

Good reflection untuk muhasabah diri sebagai seorang isteri
 isteri yang baik
 My husband .. thanks, you are a good husband ...

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms @ whatsapp : 0137669176
Fb page : Secret of Suplement
Email :puteri.awam@gmail.com

Thursday, December 26, 2013

8 Pelaburan Akhirat

Merongyeh - merongyeh juga .. tapi yang penting mesti beramal dengan Allah SWT..

Kadang - kadang entry dalam blog ni berbaur gembira - gembira .. sebelum ni, saya perasan kenapalah penulisan saya ni macam stress je .. tegak je .. tapi bila lama lama saya blogwalking, saya rasa bila baca blog orang lain yang menggembirakan, saya akan jadi happy dan ceria sepanjang hari..

Jadi, saya selit selitkan unsur unsu cerita yang gembira dan saya juga kongsikan manfaat manfaat agama apa yang saya baca .. bak kata salah seorang peserta 'Pencetus Ummah' : 'merongyeh - merongyeh juga tapi mesti beramal dengan Allah SWT..

Oklah, malam ni sebenarnya saya nak share 8 pelaburan akhirat yang saya petik dari majalah IMAN no 2 :

1. Berdoa ; ia senjata orang muslim ... sentiasalah berdoa .. jom kita selalu berdoa semoga allah kuatkan dan pelihara iman kita .. aminn

2. Memperbanyakkan amalan - amalan sunat

3. Membaca al-quran

4. Melakukan sembahyang malam

5. Sentiasalah berzikir ; zikir adalah terapi .. terapi ketenangan jiwa dan fikiran .. jom berzikir sekejap ;
                                                  La ila ha illallah , La ila ha illallah , La ila ha illallah
                                                                 (ha kan kamu dah berzikir ..)

6. Bersedekah ; rezeki bertambah berkat bila bersedekah

7. Menghadiri majlis ilmu

8. Zuriat yang soleh dan solehah

gapai pahala dengan teknologi
jom guna internet untuk sebar - sebarkan ilmu Allah ..

Sunday, September 22, 2013

Formula Matematik Sedekah

artikel ini saya petik dari majalah SOLUSI, April 2013

Setiap wang atau harta yang kita sedekahkan akan diganti semula oleh Allah. Bahkan Allah melipatgandakan sehingga 700 kali ganda daripada jumlah asal. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 261 :

"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap - tiap tangkai mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

Sedekah Satu-Dibalas Berganda - ganda

Bagaimana?

Begini...katakan saya mempunyai wang sebanyak RM10. Sewaktu ingin pulang kerumah, saya terserempak dengan seorang anak kecil yang kelaparan kerana belum makan. Kemudian, saya memberikan dia sebanyak RM1. Nilai yang saya gunakan untuk bersedekah akan diganti semula oleh Allah. Bukan sahaja digantikan, malah Allah menggandakan jumlahnya sehingga 700 kali ganda. Lihatlah betapa Allah Maha Pemurah. Inilah kuasa sedekah dalam menjemput rezeki.

Apabila berbicara soal rezeki, kita perlu faham bahawa rezeki bukan sesuatu yang bersifat kebendaan semata - mata. Rezeki adalah perkara yang mendatangkan manfaat buat kita.

Jika hari ini kita mempunyai banyak wang namun kedekut untuk bersedekah, maka duit itu bukanlah satu rezeki.

Sedekah terbaik

Malang sekali apabila sebahagian besar masyarakat pada hari ini menilai sedekah sebagai satu pemberian semata - mata. Contohnya memberi baju - baju lama yang kadangkala sudah koyak dan menghantarnya kerumah orang - orang susah. Mereka mengatakan pemberian itu sebagai satu sedekah. Sedangkan mereka mampu memberikan pakaian baru.

Renungi firman Allah yang bermaksud. "Wahai orang beriman, belanjakan (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik - baik, dan sebahagian daripada apa - apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

"Janganlah kamu sengaja memilih sesuatu yang buruk (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sedniri tidak sekali - kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha kaya dan Maha terpuji." (surah al baqarah 2: 267)

Formula matematik sedekah

*bayangkan jika nilai pahala itu boleh diketahui dari segi ringgit atau kilo, pasti semua orang berlumba - lumba untuk mengejar ganjaran yang tiada tandingan ini.

formula matematik sedekah

Thursday, July 11, 2013

Formula Sedekah

Amalan yang dituntut terutamanya di bulan ramadhan

Baru hari kedua berpuasa.. bukan menghitung hari nak berhari raya. Tapi masih ligat berfikir, apa amalan - amalan sunat lain yang ingin saya capai pada bulan ini. Selain KPI meningkatkan kualiti perkara wajib, salah satunya saya nak bersedekah dengan lebih banyak pada bulan ini. Entry sedekah pada bulan ramadhan akan saya tulis setiap hari dalam blog saya. Pertamanya kerana saya ingin mengingatkan diri saya. Keduanya saya yakin, apa yang saya tulis akan merangsang kelakuan saya melalui kata - kata yang saya petik dari Prof. Dr Muhaya.

Jadi hari ini, ada hamba Allah share tentang penulisan sedekah iaitu ; "Formula Sedekah". Ayat ini sungguh menarik perhatian saya ;

"Mereka yang sudah bersedekah, tetapi merasakan rezekinya masih tidak bertambah - tambah dan masih tidak mencukupi... hakikat sebenarnya, sedekah mereka itu masih belum mencukupi."

Ramai orang yang bersedekah sangat sedikit, hanya 2.5% sahaja (berdasarkan kiraan nilaian zakat) dari apa yang diperolehi. Bersedekah sebanyak 2.5% itu cukup sekiranya ianya disertakan dengan amalan - amalan lain seperti solat dhuha, zikir, solat tahajjud, solat hajat, solat taubah dan sebagainya "

Di dalam formula sedekah, setiap 1 sedekah akan dibalas dengan 10 ganda balasan" 
sumber : mohdsuhaimy.com

Matematik Allah berbeza dengan matematik manusia

Matematik Manusia 10 - 1 = 9
Matematik Allah      10 - 1 = 11

1 sedekah yang kita beri 10 kali ganda yang Allah balas pada kita

sumber : mudahnya menjemput rezeki

Rasulullah bersabda : "Sebaik - baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR. Tirmidzi)

Mari kita kejar bersedekah, tinggal 28 hari lagi ..

amalan di bulan puasa

Thursday, July 4, 2013

Tak sabar nak tunggu ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Kali ni, semangat saya membara - bara nak tunggu bulan ramadhan. Saya akan pastikan kali ni saya nak buat lebih banyak kebaikan terutamanya berkaitan sedekah.

sedekah di bualn ramadhan
Yang seronoknya, tentulah kerana saya dah ada supplement yang membantu saya bertenaga untuk bulan ramadhan kali ni. Jadi, in sha Allah tiada lagi sesi tidur ditengahari kerana letih seperti tahun tahun yang lalu.

Supplement apa yang seronok sangat tu ye, inilah dia. Salah satunya ialah ESP.

apa bestnya ESP
Jom miliki sekurang - kurangnya ESP shaklee ni time berpuasa nanti, agar kita kekal cergas dan dapat buat amalan - amalan lain dengan lebih sempurna

Friday, June 21, 2013

Saya masih terkesima


Semalam masa berbuka puasa di pasir gudang, datang sorang budak minta derma (tengok - tengok dia pegang resit Pusat Tahfiz amal) ;

Respon pertama :


“Sengih memanjang je saya (sebab saya dah tau pusat tahfiz ni menipu ; banyak dah keluar internet. Boleh baca di sini ulasan Mazidul)

Respon kedua :

Saya :  “dik, sapa yang suruh minta derma ni? Cikgu yang suruh ye?”
Adik tu : tak lah, cikgu tak suruh pun, x de sapa – sapa yang suruh
Saya : adik dari mana?
Adik tu: saya dari negeri Sembilan, pusat tahfiz ni di Kedah
Saya : dah lama belajar kat situ?
Adik tu : dah 3 tahun
Saya : Boleh baca surah al-quran tak?
Adik tu : Eh! Saya sebenarnya baru je lagi bersekolah kat sana
“-‘ (cakap berdolak dalik lah adik ni, janganlah menipu. Tak baik dosa)

Respon ketiga :

Ambil gambar dia dulu . Snap 2 kali, rilek je budak ni, macam tak de rasa bersalahpun dia. 
Hairan betul lah saya, motivasi apa yang cikgu dia bagi sampai dia sanggup buat semua ni.


*Masa ni suami saya dah hulurkan RM5 (alaaa… penat bagi signal kat suami nak bgtau pusat tahfiz ni menipu)

Saya teruskan dengan Respon keempat :
Saya : Mmmm, x pela suami saya dah bagi. Tapi saya nak bgtau, dik dah ramai kata pusat tahfiz ni menipu. Sebenarnya pusat tahfiz ni tak wujud. Dah keluar banyak kat internet
Adik tu : Tak lah, kalau tak percaya cuba tengok gambar ni. Sambil menunjukkan saya gambar tembok pusat tahfiz, gambar sekolah dan sekumpulan pelajar bertudung sedang baca al-quran
Saya : Kalau macam ni semua orang boleh buat.
Adik tu : tetap tak puas hati, nak menegakkan benang yang basah sambil beri resit ni, dan berlalu pergi
Saya : kirim salam sama cikgu awak ye

Adik tadi terus hilang dari pandangan …




Dalam kotak fikiran saya:

Pertama : *sebenarnya, saya tak menyangka saya pernah buat ulasan pasal pusat tahfiz ni (klik sini pasal ulasan tu) tetiba ia betul – betul hadir dalam hidup saya.

Kedua : *saya berfikir, apakah mesej yang Allah nak beri pada saya : saya masih terkesima

Ketiga : Boleh tak anda semua bantu saya ? saya teringin nak tahu. Adakah ada kaitan apa yang kita tulis sehari – harian dalam hidup kita ni akan jadi sebenar – benarnya ?

Monday, June 17, 2013

Sedekah dapat menyelamatkan seksa kubur

Setiap yang hidup akan mati. Itulah hakikat makhluk ciptaan Allah yang fana. Kita seterusnya akan tinggal ke alam barzakh, sebelum berhimpun diakhirat. Begitulah iktikad ahli sunnah wal jamaah. Dalam hadis riwayat Imam al- Tarmizi, Rasulullah s.a.w bersabda. "sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaanya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas daripada seksaanya, maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar."

Atas kesedaran itu, beramalllah dengan amalan - amalan yang baik agar kubur menjadi tempat yang selamat bagi kita. Abu Laits as-Samarqandi pula berkata, kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur, dia hendaklah melakukan 4 perkara iaitu :

  • Menjaga solatnya
  • Bersedekah
  • Membaca alquran
  • Memperbanyakkan tasbih kerana ia dapat menerangi dan melapangkan kubur
 sumber : majalah IMAN (bil. no 2)

Dahulukan 6 golongan bila Bersedekah


Andainya kita berkemampuan dan dianugerahi rezeki lebih, alangkah baik jika ia dibahagikan kepada mereka yang memerlukan. Lebih - lebih dikalangan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Selain mengeratkan silaturahim, ia juga dapat dimanfaat untuk pelbagai tujuan kebajikan. Malah amalan bersedekah amat digalakkan oleh Allah SWT. 


Terdapat 6 golongan yang dituntut oleh agama islam untuk diberikan sedekah iaitu :

1 Orang - orang yang soleh dan bertakwa kepada Allah

Ini kerena mereka dapat menggunakan wang atau barang yang disedekahkan itu kejalan yang diredhai Allah.

2 Golongan alim ulama dan orang yang berpengetahuan dalam ilmu agama

Memberi sedekah kepada golongan ini samalah dengan membantu mengembangkan agama

3 Pastikan penerima sedekah benar - benar seorang yang bertakwa

Orang seperti ini akan menghargai pemberian orang dan menganggapnya datang dari Allah dan anda adalah pengantaranya.

4 Penerima usah merayu atau mengadu untuk mendapatkan derma

Penderma dinasihatkan supaya memberi sedekah kepada mereka yang beriman walau dimana sahaja mereka berada, berbanding mereka yang meminta - minta

5 Memberikan sedekah kepada mereka yang mempunyai banyak tanggungjawab

Pilihla golongan yang mempunyai banyak tanggung jawab sama ada yang terpaksa menanggung iba bapa yang sudah tua dan uzur, memiliki anak ramai, yang terlantar sakit atau sebab - sebab lain. Kita digalakkan untuk membantu golongan ini bagi meringankan beban mereka

6 Utamakan sedekah kepada keluarga terdekat

Selain sedekah, pemberian juga dapat menyambung silaturahim akan memperoleh pahala yang besar disisi Allah. Walaupun nilainya tidak seberapa, tetapi ia amat bermakna buat mereka. Saiyidina Ali pernah berkata. "Jika aku mempererat perhubungan dengan salah seorang daripada saudara mara dengan memberinya satu dirham sahaja, adalah lebih bermakna berbanding jika aku memberi 20 dirham kepada orang lain"

Ungkapan itu menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan sehingga ia perlu diberi keutamaan dalam pelbagai aspek termasuk pemberian sedekah. Selain daripada ahli keluarga, pemberian sedekah kepada sahabat dan kawan - kawan seperjuangan juga harus diberi keutamaan.


sumber ini dipetik dari majalah IMAN (bil. no. 2)




sedekah jariah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...