sumber : Majalah IMAN, Bil. No. 5
Pengedar Sah Shaklee, boleh COD di Desaru, Bandar Penawar,Pengerang, Felda Adela, Felda Sening, Felda Tunggal, Sungai Rengit, Bandar Mas, Sungai Mas, Air Tawar 5
Monday, June 24, 2013
Stimulate My Brain (U are what u write)
Abdullah bin Abbas berkata: "saya pernah berada dibelakang Nabi SAW pada suatu hari. baginda bersabda : "Wahai anak, saya hendak mengajarimu beberapa kalimat, jagalah Allah nescaya Allah menjagamu, jagalah Allah nescaya engaku mendapati-Nya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah, jika engkau minta tolong, mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannnya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu.Pena telah diangkat dan lembaran - lembaran telah mengering (tintanya)" (HR Tirmidzi)
Ya Allah, ya rahman ya rahim ... kepada pembaca blog saya, tujuan ayat diatas ini ditulis adalah bertujuan supaya saya mendapat refleks hasil daripada penulisan saya. Mengikut kata - kata yang saya petik dari Prof. Dr Muhaya, sebenarnya apa yang kita tulis akan stimulate otak kita seterusnya merangsang kelakuan kita. Ya Allah, daku ingin berubaha menjadi muslimah yang solehah, ibu yang baik kepada anak - anakku, daku ingin menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapaku, pendidik yang dapat melahirkan pelajar - pelajar yang soleh dan solehah, peniaga yang berjaya mengikut aturan islam, muslimah yang suka menderma dan bersedekah .. Justeru daku ingin berubah. Berubah kearah lebih baik untuk memeliharamu ya Allah ... kerana daku yakin, jika daku memeliharamu ya Allah, Allah akan memeliharaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment