Monday, July 7, 2014

Rutab sumber vitamin C yang lebih baik berbanding tamar?

Hari ni saya pelajari ilmu baru dan pertama kali membaca perkataan 'rutab' .. 
Penulisan hari ini saya rujuk daripada penulisan Dr Bahrain Samah : jururunding dan pendidik nutrisi holistik

Saintis mendapati kurma mengandungi gula yang membekal tenaga segera dan dilengkapi dengan pelbagai nutrien lain seperti vitamin, mineral, bioflavonoid, asid amino dan lemak. Ia mengandungi serotonin yang juga dikenali sebagai hormon 'gembira'

Rutab atau kurma masak adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang memilikinya. Pilihan kedua yang juga baik ialah tamar iaitu kurma kering.."Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Magrib) dengan rutab. Jika tiada rutab ; Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air." (riwayat tarmizi)

Rutab ialah kurma basah manakala tamar ialah kurma yang telah dikeringkan. Dari segi jumlah lembapan, rutab mengandungi lembapan atau kandungan air yang tinggi berbanding tamar. Dari segi kalori, dengan hidangan yang sama (dari segi berat) rutab memiliki separuh dariapda kalori tamar.

kurma, rutab, vitamin C


Kandungan makronutrien dalam rutab dan tamar adalah berbeza. Makronutrien merupakan nutrien diperlukan tubuh pada kuantiti tinggi seperti karbohaidrat, lemak dan protein. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi kandungan protein dan lemak apabila dibandingkan rutab dengan tamar. Kandungan karbohaidrat pula adalah dua kali ganda pada tamar berbanding rutab. Tamar memiliki kandungan fiber tinggi.

Dari segi mikronutrien, tamar merupakan sumber kalsium dan zat besi lebih baik berbanding rutab. Mikronutrien merupakan nutrien diperlukan tubuh pada kuantiti rendah seperti vitamin dan mineral. Sebaliknya rutab menawarkan sumber vitamin C lebih baik. Rutab mengandungi 30mg vitamin C manakala tamar mungkin tidak mengandunginya. Vitamin C mudah musnah berpunca daripada pendedahan kepada haba dan kaedah penyimpanan.

Vitamin C adalah vitamin larut air. Tiada data untuk vitamin B yang juga larut air. Besar kemungkinan keputusan analisa makmal untuk kandungan vitamin B dalam tamar juga adalah rendah berpunca daripada faktor pendedahan kepada haba dan kaedah penyimpanan.

'seronoknya kalau berpeluang dapat petik dan makan terus kurma dari pokoknya ...in sha allah satu hari nanti impian ini mesti tercapai'

Anda mungkin ingin baca : Tips tak cepat lapar ketika berpuasa oleh Prof. Dr Muhaya (klik sini)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...