CABARAN PERTAMA :
Susu ibu banyak. Stok susu ibu melambak - lambak dalam deep freezer, tapi malangnya baby refuse untuk minum susu frozen
CABARAN KEDUA :
Susu ibu merudum. Stok susu perahan dah tak banyak. Tapi baby menangis - nangis nak susu ibu je
CABARAN KETIGA :
Stok susu ibu berkoyan - koyan dalam deep freezer. Tapi susu rosak sebab tiada elektrik
CABARAN KEEMPAT :
Ibu masih mampu menyusukan anak. Anak pun tiada masalah dengan penyusuan. Tapi Allah uji ibu dengan sakit hingga tidak berdaya menyusukan anaknya
CABARAN KELIMA :
Ibu masih mampu menyusukan anak. Tapi Allah uji hingga anak menolak breast ibunya
CABARAN KEENAM :
Susu ibu banyak. Stok susu ibu pun banyak. Anak pun tiada masalah dalam penyusuan. Tapi cara pengasuh anak menguruskan pemberian susu ibu tu salah (*akhirnya anak tu ibarat minum air kosong je : tiada vitamin atau antibodi yang anak dapat)
CABARAN KETUJUH :
Susu ibu banyak. Sekali pam dapat 20oz. Tapi ibu terlupa simpan susu perahan dalam peti ais
CABARAN KELAPAN :
Susu ibu banyak. Tapi Allah uji dengan masalah bayi keliru puting
CABARAN KESEMBILAN :
Ibu masih mampu menyusukan anak. Anak pun tiada masalah dengan penyusuan. Tapi Allah uji breastpump rosak
CABARAN KESEPULUH :
Susu ibu banyak. Tapi Allah tarik masa kita (*kerja banyak, ada saja urusan yang tak selesai dan sebagainya) hingga sesi pam susu terganggu. Kesannya susu ibu merudum
Jadi persoalannya : cukupkah konsep SUPPLY vs DEMAND saja memberikan hasil penyusuan yang berjaya selama 2 tahun ?
Matematik Allah itu sungguh jelas. Alangkah bagusnya segala usaha yang kita buat adalah berdasarkan formula ini :
BERUSAHA + BERDOA = BERTAWAKAL
Ibu - ibu yang menyusukan, jangan lupa mendekatkan diri dengan pemberi rezeki susu dan berdoa agar penyusuan ini berjaya sehingga 2 tahun. *Pesanan ini juga ditujukan untuk diri saya sendiri (doakan saya juga ya)
Sekiranya anda memerlukan suppliment untuk membantu anda cergas semasa menyusukan bayi, boleh call/wassap 0137669176 atau pm di FB Independent Distributor 877261
No comments:
Post a Comment