Amalan sedekah tidak mengurangi harta. Mendidik jiwa supaya selalu bersedekah itu sememangnya bukan mudah. Menjadikan tabiat suka bersedekah itu memerlukan masa. Hari ini saya ingin memberi pandangan mengenai isu Pusat Tahfiz Amal. Ramai penulis - penulis di Blog dan FB yang merasa kecewa kerana tertipu dengan Pusat Tahfiz ini. Institusi ini dikatakan menipu ramai orang dengan cara memohon sedekah untuk kegunaan Pusat Tahfiz. Sedangkan Pusat Tahfiz ni tak wujud.
Kepada mereka yang belum tertipu ; hindarkan pusat tahfiz ini. Kepada meraka yang dah tertipu usahlah berduka. Ini adalah ilmu yang saya dapat dari buku ini mengenai penipuan sedekah. Baik untuk dikongsi bersama
M/s 154 :
Soalan : Bagaimana sekiranya datang seorang budak meminta duit dalam keadaan saya ragu - ragu kepadanya. Adakah dia peminta sedekah suruhan ataupun berhajat kepada duit. Apa patut saya buat sama ada memberi duit kepadanya ataupun tidak ?
Jawapan : Sekiranya kita tidak yakin sama ada peminta derma itu benar atapun menipu, maka harus kita beri kepadanya. Sekiranya dia sebenarnya memang berhajat, maka kita dapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kena tipu.
Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak - anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain.
*semoga thread ini dapat jadi ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain
Jom like FB saya : Independent Distributor 877261
1) sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak - anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain.
*semoga thread ini dapat jadi ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain
Jom like FB saya : Independent Distributor 877261
Wassalam
No comments:
Post a Comment