Tuesday, May 28, 2013

Rahsia Kejayaan

Alhamdulillah .. bersyukur kerana dipertemukan dengan shaklee .. Bukan kelebihan supplement yang saya nak cerita, tapi bersyukur kerana Allah letakkan saya didalam kelompok manusia yang menetapkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama .. Ya, sebab itulah turunnya surah An- Nas. Kerana manusia itu sifatnya sering lupa dan kerana itulah manusia perlu selalu diingatkan.

Setiap hari, kami didalam group shaklee akan diingatkan mengenai amalan - amalan kerohanian. Perkara yang sangat ditegaskan SETIAP HARI ya. Sedikit sebanyak saya sebagai manusia sering AUDIT diri saya sendiri. Cukup tak list wajib KEROHANIAN perlu buat setiap hari dalam diri saya. Sejujurnya saya masih merangkak - rangkak. Doakan saya ISTIQAMAH dalam memperbaiki diri saya. Kerana saya manusia biasa yang tidak terlepas dari hasutan syaitan yang tidak suka kepada manusia yang ingin berubah kearah kebaikan.

Bercerita mengenai amalan KEROHANIAN, setiap kali saya baca kejayaan manusia sebenarnya saya mencari RAHSIA kejayaan individu tersebut. Dan inilah salah satu majalah yang saya baru baca mengenai kejayaan the leaders (Mohd Hasnizam Bin Hj Muda) dalam Public Gold. Satu ayat yang menarik perhatian saya "terima kasih kepada mentor saya selaku guru mursyid Tariqat Syattariyah Nufusiah Syeikh Hj Wan Ismail Al-Fakir Ila Liah yang banyak membedah hati saya sehingga saya dapat menyelami hakikat kehambaan dan hakikat ketuhanan".



Sungguh terkesan dihati saya. Jelas bukan, Rahsia Kejayaan Seseorang itu adalah amalan kerohaniaannya kepada Allah SWT.

Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak - anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain.

*semoga thread ini dapat jadi  ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...