Sunday, August 18, 2013

phD in breastfeeding

phD in breastfeeding? apa tu? .. phD in breastfeeding adalah istilah yang selalu mak mak gunakan sekiranya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. Award yang diberi kerana ketabahan mengharungi pahit manis menyusukan anak sendiri sehingga mencapai tempoh sempurna dalam islam iaitu selama 2 tahun.

Sebenarnya banyak lagi istilah mak mak pasal award - award dalam breastfeeding iaitu:
  1. Tahap degree : Penyusuan susu ibu sahaja sehingga 6 bulan
  2. Tahap master : Penyusuan susu ibu sehingga 1 tahun
  3. Tahap phD : Penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun
Hari ni bukan saya nak cerita saya dah dapat award phD in breastfeeding kerana berjaya menyusukan anak kedua saya Liya Zafirah (*entry  penyusuan 2 tahun liya zafirah akan saya tulis pada 28/8/2013 nanti). Tapi nak share dengan anda semua, saya baru baca jurnal penyelidikan oleh orang Barat ni. Saya seorang ibu yang passionate dengan ilmu pasal breastfeeding ni. Banyak juga jurnal jurnal yang saya baca sampaikan rasanya boleh graduate dalam bidang Phylosophy of Doctorate in Breastfeeding ..ahahahah (tukar bidang dari engineering ke breastfeeding)

Masa anak sulung dulu, bukan saya tidak mencari ilmu..husband turut menyokong membelikan buku mengenai penyusuan susu ibu.. Tapi, itulah (usaha dan doa tak cukup kuat ketika itu) : arsyad aiman berjaya susu ibu sehingga 6 bulan (while masa ni mama sedang gigih menjaga kamu seorang diri kerana kami husband and wife tinggal berjauhan akibat tempat kerja yang berbeza sejak arsyad aiman berusia 6 bulan).. Apa pun mama bangga dengan diri sendiri sebab walau sukar mana pun, tangan mama yang menjaga kamu ; bukan orang lain.

*siapa yang ada pengalaman jaga anak sendirian masa tinggal berjauhan dengan keluarga dan suami mesti faham situasi ini

Eh ! termasuk sesi touching - touching pulak. Berbalik kepada jurnal yang saya baru baca ni, kajian barat mendapati bahawa terdapat perbezaan mengenai adult intelligence mengikut tempoh penyusuan susu ibu.

Duration of breastfeeding untuk (7 to 9 month) dan (more than 9 month) mencatatkan nilai bacaan skor mean paling tinggi berbanding penyusuan susu ibu untuk (1 month), (2 to 3 month) dan (4 to 6 month).*macam mengulas penulisan untuk buat technical paper plak ..eheheh

Attachment ; rujukan jurnal tersebut
duration of breastfeeding and agult intelligence
 *klik untuk besarkan imej

Sebenarnya, islam sendiri sudah menyatakan kehebatan susu ibu dalam al-quran. Idola kita nabi muhammad S.A.W pun disusui dengan susu ibu walaupun bukan dari susu ibu kandungnya sendiri. Tak perlu buat rujukan di barat pun kita sudah sedia maklum bagusnya breastfeeding ni untuk kecerdasan dan IQ anak - anak. Kerana itulah kita disaran menyusukan dengan sempurna selama 2 tahun. 2 tahun .. ingat 2 tahun ..

Agaknya jika dikaji kenapa 2 tahun mesti banyak lagi penemuan - penemuan hebat dalam bentuk numerical statistik

Dalam islam, hikmah breastfeeding bukan sahaja makanan terbaik untuk tumbesaran fizikal bayi tetapi susu ibu adalah pembentuk akhlak yang merupakan makanan rohani pada bayi. Lepas ni sesape yang buat phD dalam breastfeeding boleh la buktikan dalam bentuk numerical akhlak anak yang menyusu dengan susu ibu dan akhlak anak yang tidak disusui dengan susu ibu

2 comments:

  1. so akak ni setakat master je lah yek.
    moga termakbul impian utk anak ketiga.

    ReplyDelete
  2. kak; x sangka u nak baca blog i...syukur alhamdulillah dapat tahap master... semua ni kan izin Allah... alhamdulillah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...