Saturday, July 27, 2013

Menyelongkar rahsia kehebatan berzikir

Islam merupakan agama suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kepada semua umat manusia. Terlalu banyak kelebihan yang terdapat dalam Islam hingga tidak terkira jumlahnya. Begitu indahnya Islam jika diselongkar satu persatu rahsia di sebalik suruhan Allah..

Entry blog hari ni nak bercerita pasal Berzikir

Memandangkan amalan berzikir merupakan amalan yang paling susah untuk saya buat dengan istiqamah, jadi entry zikir akan juga selalu saya tulis dalam blog ini agar menjadi sesuatu amalan yang istiqamah dalam diri saya.

Apa kehebatan berzikir ni ?

Otak manusia sebenarnya terdiri daripada 15 bilion sel neuron yang bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. Sungguh hebat ciptaan Allah kerana otak merupakan sumber utama segala aktiviti harian manusia.

Ketika berzikir, sel - sel otak akan bergerak aktif sekali gua menambah tenaga bioelektrik. Perubahan yang dapat dilihat anda akan mudah faham, lebih kreatif dari sudut berbeza setiap masa.

Satu ujian imbasan yang telah dilakukan oleh kajian sebelum ini mendapati otak mampu bertindakbalas apabila mengulangi perkataan yang sama. Peningkatan sel saraf pada otak juga berlaku dan merebak kepada yang lain.

Teruskan berzikir setiap masa kerana Allah pernah berfirman dalam al-quran yang bermaksud; "Maka ingatlah kepada-ku suapaya Aku ingat pula kepadamu." (surah al-baqarah ayat 152)
(Sumber majalah dara.com; mei 2013)

zikir menarik rezeki
La ila ha illallah, muhammadurrasullullah

Friday, July 26, 2013

Makan buah dan sayur saja tak cukup

Semasa membaca majalah dara.com edisi 13 Mei 13, saya terjumpa artikel ini yang saya rasa suka nak kongsi dengan pembaca blog saya. Jom baca artikel yang sempat saya kepilkan untuk entry blog hari ni.

Setiap wanita memang suka dengan CANTIK. Kan? kan?. Saya pun suka cantik. Masa remaja dulu saya banyak bereksperimen dengan macam - macam produk. Ye la nak cantik. Tapi sebenarnya saya terlupa sesuatu untuk jadi cantik. Bila saya semakin banyak membaca, sebenarnya saya menyedari bahawa cantik zahir tu (termasuk cantik kulit dan tubuh badan) sebenarnya berpunca dari pemakanan seharian kita. Patutlah wujudnya perkataan ini

"You are what you eat"

Sebenarnya kaum perempuan zaman sekarang ni lebih kepada OVERFED berbanding UNNOURISHED. Logik - logik..., dengan ada banyaknya fastfood macam cendawan tumbuh lepas hujan, kita lebih senang memilih makanan segera. kan?

Apa kata artikel dara.com edisi Mei 13 ni :

"Wah, cantiknya kulit awak! Apa awak pakai? Awak ada amalkan apa - apa produk makanan ke? Saya teringin nak kulit cantik macam awak. Mesti seronok, kan? Akhir - akhir ni pun saya tengok awak nampak lain. Lebih cergas, badan semakin cantik. Beritahulah rahsia awak."

Perlukah Supplement ? (dipetik dari artikel dara.com dibawah)

Apabila kita bercakap mengenai suplemen atau makanan tambahan, ramai akan memandang kepada suplemen yang menjurus terhadap pemakanan diet dan kesihatan. Ini adalah benar, kerana suplemen bukanlah sejenis ubat tetapi merupakan vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh badan kita. Ya, suplemen sangat perlu untuk seseorang. Bukan hanya untuk berdiet, malah untuk kesihatan tubuh badan.


suplemen untuk cantik 
memetik daripada artikel diatas

Apa itu suplemen?
 Suplemen berbeza dengan ubat. Antara diet yang kita perlu sebenarnya:
  • 6-11 sajian roti,bijirin,nasi, pasta dan lain - lain
  • 3-5 sajian sayur - sayuran
  • 2-4 sajian buah - buahan
  • 2-3 sajian susu,yogurt dan keju
  • 2-3 sajian daging,ayam itik,ikan,kacang kering,telur atau kacang
  • lemak,minyak dan gula secara sederhana
namun tidak semua mampu ikut diet ini, malah bukan semua makanan yang kita makan mengandungi khasiat sebenarnya yang mencukupi .

*buah -buahan dan sayur - sayuran mempunyai nilai pemakanan yang sedikit kerana ditanam dalam tanah yang kurang nutrien, dipetik sebelum ia masak semulajadi,dirawat dengan menggunakan gas dan radiasi dan disimpan berhari - hari sebelum kita memakannya

Apakah Jenis - jenis suplemen yang ada?
Terdapat 3 jenis suplemen yang ada dipasaran iaitu suplemen sintetik, organik dan semulajadi. 

Suplemen yang Mana Lebih Baik ?
Suplemen yang terbaik adalah suplemen daripada bahan semulajadi

Adakah suplemen memberi kesan buruk ?
Ia berlaku apabila seseorang mengambil suplemen jenis sintetik

Shaklee adalah vitamin yang merupakan suplemen semulajadi. Ia sudah dibuktikan dengan lebih 100 laporan saintifik, 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal saintifik bagi rujukan para sanitis.

Next entry saya akan kepilkan jurnal berkaitan yang telah diterbitkan.

*wah ...lebih 50 tahun supplemen ni .. kajian unggul shaklee menunjukkan secara purata setiap pelanggan shaklee telah membeli produk selama lebih 17 tahun...

mereka yang mendapatkan vitamin dari saya ; saya suka consult dengan ilmu .. adik dan kakak ipar saya adalah diantara mereka yang saya rujuk memandangkan mereka adalah Dr perubatan .. :-)

Wednesday, July 24, 2013

Jangan tengok jika anda tak makan pizza

Beri saya 5 minit anda untuk menonton video ini.


Penyakit jantung meningkat sebanyak 10% sejak tahun 1999
 *penyakit jantung merupakan pembunuh utama di US

Penyakit kanser meningkat sebanyak 20% sejak tahun 1999
*penyakit kanser merupakan pembunuh kedua di US

Penyakit diabetes meningkat sebanyak 35% sejak tahun 1999

dan penyakit - penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, stroke dan sebagainya

Pakar meramalkan bahawa 1 daripada 3 kanak - kanak yang lahir pada hari ini hidup lebih singkat berbanding dengan ibu bapa mereka

We are OVERFED and UNDERNOURISHED because we often choose CONVENIENCE over UNHEALTHY

PROPER NUTRITION AND SUPPLEMENT ARE CRITICAL

GIVE YOUR BODY THE NUTRIENTS IT NEEDS, INVEST IN YOUR HEALTH TODAY

shaklee johor

20 Perkara bapa perlu tahu tentang penyusuan

Penyusuan yang berjaya sebenarnya turut disokong oleh suami. Para suami, meh lihat apa yang perlu anda tahu mengenai breastfeeding. Jom sokong isteri - isteri kita agar kita dapat lahirkan anak yang bukan sahaja sihat tapi baik akhlaknya mengikut sunnah nabi Muhammad SAW

bapa dan breastfeeding
klik untuk besarkan imej

bapa dan breastfeeding
klik untuk besarkan imej

"Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik antara vitamin penting yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa menyusukan bayi. "

Jom pilih vitamin shaklee, kerana ia bersifat semulajadi yang sangat sesuai dengan tubuh manusia yang bersifat alami. Berbanding vitamin sintetik.

Ramai ibu - ibu yang telah mendapat kesan baik melalui pengambilan vitamin set breastfeeding shaklee. Salah seorangnya adalah ofismate saya yang berjaya mengumpul 240 oz tak sampai sebulan.. 

shaklee

Kebaikan breastfeeding yang jarang orang tahu

Hampir setiap ibu mengakui bahawa penyusuan ibu adalah cara yang sebaik - baiknya. Malah polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan ekslusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Walaubagaimanapun kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.

Lebih menyedihkan lagi, ada segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. bahkan biasanya ibu - ibu muda berasa malu untuk menyusukan anak mereka dikhalayak ramai sehingga merelakan susu formula menjadi minuman ganti mereka keluar dari rumah.

Dalam Islam turut menganjurkan beberapa amalan yang baik untuk mendapatkan anak yang taat dan soleh antara yang digariskan ialah penyusuan susu ibu. Selain untuk kesihatan bayi itu, ia merupakan makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
sumber : Pa&Ma,2008

* susu ibu membentuk keperibadian akhlak anak juga. Lihatlah bagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW yang disusui dengan 2 orang ibu susuan selama 2 tahun. Ma sha Allah... hebatnya akhlak rasulullah SAW..

kebaikan breastfeeding
*Berdasarkan pembacaan saya, susu ibu diawal kelahiran memang sedikit tetapi melalui pengalaman saya ketika anak kedua, susu ibu banyak sejurus lepas melahirkan zafirah. Eksperimentasi zahir dan pengamalan doa dan ayat pada anak kedua nampaknya memberikan kesan yang baik dengan susu ibu pada anak kedua. Teringin nak kongsi bersama customer - customer saya, nak tak?

Anak ramadhan

Alhamdulillah, tahniah buat ibu - ibu yang melahirkan anak pada bulan ramadhan. Sungguh seronok, lebih - lebih lagi bila time nak beraya nanti banyaklah collection yang dapat dibuat. Eh! lari topik pulak. Ok lah sebenarnya saya nak cerita pengalaman saya mengenai anak ramadhan. Saya pun melahirkan anak kedua saya pada bulan ramadhan. 28 ramadhan 1432H, liya zafirah lahir kedunia ini. Oleh kerana saya melahirkan anak saya secara ceaseran, jadi hari ke 3 baru lah saya keluar wad. Hari ketiga adalah hari raya pertama, dan saya keluar pada petang hari raya. oh sungguh syahdu beraya di Hospital Sultan Ismail bersama mak mak yang lain.

Emm, berbalik kepada anak ramadhan, saya sering kali dengar orang berkata "bila puasa senang terbersalin awal". Bagus ke bersalin awal? . Kalau tempoh kandungan sudah 37 minggu ia memang bagus kerana ketika itu bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan. Yang menjadi masalahnya kalau belum cukup 37 minggu, kerana bayi masih diperingkat pramatang.

Ketika saya mengandungkan liya zafirah, ketika ini usia kandungan saya sudah mencapai 35 minggu dan saya masih berpuasa. Saya mengalami keadaan dimana zafirah mengeras daripada pagi sampai jam 3.30 petang. Mengeras yang tak henti. Masa tu fikir eh! dah nak bersalin ke aku ni? Dalam hati janganlah bersalin dulu, bayi belum capai 37 minggu untuk dilahirkan. Oleh kerana tak sedap hati, nak pergi hospital takut. Takut kena buat macam - macam. Mujurlah dalam kalangan ahli keluarga saya ada 2 orang Dr (adik saya dan kakak ipar saya). Jadi saya bolehlah dapat khidmat nasihat Dr dalam talian saja.

"untunglah customer - customer yang beli shaklee dengan saya selalunya saya beri khidmat tambahan dari Dr dalam talian ; mengikut kesempatan dan kesesuaian"

Masa tu adik saya kata, ko nak kena jangkitan kuman tu sebab kurang minum air (masa ni saya belum kenal shaklee lagi). Apa lagi terus saya minum air sebanyak - banyaknya dan berbaring. Alhamdulillah, syukur..lepas beberapa jam zafirah terus bergolek - golek dalam perut saya, dan tak mengeras tanpa henti ... Syukur, zafirah lahir tepat pada EDD (expected due date).

Walaupun saya tak rasa lapar dan tak rasa haus pun masa tu, tapi hakikat sebenarnya saya kurang air. .Kekurangan air semasa mengandung boleh mengakibatkan bayi kena jangkitan kuman.

Sedikit artikel yang sempat saya selitkan :

"Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah.
"Sebab itu amat penting untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memberitahu doktor sebarang perubahan," ujarnya.

Banyakkan air Terangnya, paling penting bagi ibu mengandung ialah mematuhi jumlah air yang diperlukan dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter.

Buat ibu yang mengandung, mungkin anda boleh cuba ini sebagai alternatif minuman tambahan harian untuk mengelakkan daripada dehydration, iaitu Performance Drink :
  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehydration
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang berpuasa
anak ramadhan
Diam tak diam, zafirah dah nak 2 tahun pada 28 ramadhan ni ikut bulan islam. Alhamdulillah, mama dah nak dapat award PHD in breastfeeding

Tuesday, July 23, 2013

Bagaimana sendawakan bayi dengan betul?

Penyusuan susu ibu adalah suatu yang perlu dipelajari. Mengikut pengalaman pertama saya, ia tidaklah semudah yang ibu jangka. Betullah kata Dynas, jika kita adalah ibu yang baru mempunyai bayi sulung kita akan berdepan dengan "gangguan emosi dengan ragam bayi, penyusuan susu ibu dan pelbagai lagi".

Jika tidak diuruskan dengan sempurna ia juga merupakan salah satu faktor kegagalan penyusuan susu ibu selama 2 tahun kan?

Masalah pertama : Kita akan berhadapan dengan ragam bayi yang baru lahir untuk menyesuaikan diri dengan dunia luar (sukar bagi saya terutamanya ketika dalam pantang kerana perasaan ibu selepas bersalin adalah sangat sensitif dan fragile disamping badan yang lemah akibat proses bersalin itu sendiri)

*teringat anak sulung saya dulu ; "patutlah dia asyik nak melekap di dada 24 hour, padahal dia tak lapar, nappy tak penuh " ; dan ia sangat sukar untuk saya lakukannya selama 24jam kerana saya kurangnya energy ketika itu. How about u ? Setuju tak jika kita kurang tenaga kita tak mampu buat ini semua dengan sempurna.

Jom belajar dari video ini bagaimana nak sendawakan bayi kita dengan cara yang betul :


Tips dari Puan Rita Rahayu ; "bayi yang muntah selepas menyusukan dengan susu ibu pada usia 6 bulan kebawah adalah normal (ini namanya refluks kerana susu ibu terlebih masuk kedalam badannya)"

*hi hi hi, teringat zafirah, masa dia susah nak tidur asyik menyusu sahaja sampai muntah (best moment ever)

Penyusuan susu ibu juga memberi ketenangan pada bayi ; "betul, senang nak tidurkan anak yang menyusu dengan susu ibu berbanding susu formula (*mengikut pengalaman kedua - dua anak - anak saya) .. yang bestnya; mak nya pun tidur sekali kerana rembesan hormon prolaktin memberi ketenangan pada ibu yang menyusukan.. jadi kalau tengah stress - stress tu segeralah susukan anak ; mesti tenang

Bagaimana nak meneruskan penyusuan jika bekerjaya?

Penyusuan susu ibu boleh diteruskan walaupun anda telah bekerja. Bekerja bukanlah halangan untuk kita meneruskan penyusuan susu ibu. Beri anak dengan susu perahan semasa bekerja dan terus menyusukannya apabila balik rumah. Banyak hikmah pelaksanaan susu ibu, sehinggakan Nabi Muhammad sendiri disusukan oleh 2 orang ibu susuan untuk menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun. Akhlak rasulullah tidak boleh dipertikaikan lagi. Inilah hebatnya penyusuan susu ibu.

Ibu - ibu yang bekerjaya "Mari berusaha menyempurnakan penyusuan susu ibu dengan sempurna selama 2 tahun"


Jom tengok pengalaman ofismate saya yang merupakan ibu bekerjaya, mampu mengumpulkan 240 oz susu ibu untuk anaknya ..

Bagus ke penyusuan susu ibu?

Setiap tahun di Uganda, ratusan ribu anak meninggal kerana berbagai penyakit yang tidak dapat dicegah. Namun sebenarnya, terdapat cara alamiah untuk menjaga anak - anak tetap sehat iaitu

"BREASTFEEDING "


Jika di Uganda, ramai ibu - ibu telah menyedari hakikat bagusnya breastfeeding ni untuk mencegah penyakit secara semulajadi. Jadi kita sebagai ibu terutamanya yang beragama islam, seboleh - bolehnya kita tidak mengabaikan breastfeeding sebagaimana yang telah tertera sebanyak 8 ayat didalam al-quran dan juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan yang rugi kerana tidak menyusukan anak kita selama 2 tahun. Ikutlah islam agar menyusukan anak dengan sempurna selama 2 tahun. Breastfeeding adalah pelaburan baik untuk masa hadapan.

Salah seorang ofismate saya, yang saya bantu melalui perkongsian pengalaman saya dalam penyusuan susu ibu berjaya mengumpulkan 240 oz tak sampai sebulan. Mungkin anda juga inginkan pengalaman dari saya ?

Monday, July 22, 2013

Tips meningkatkan susu ibu

Bersama Dr Hamid Arshad berbicara mengenai tips meningkatkan susu ibu, khas untuk ibu - ibu menyusukan bayi dan ibu yang ingin menyusukan anak angkat


Isi penting dalam video ini disenaraikan khas untuk pembaca blog ini

Persediaan patut dimulakan dari awal kehamilan :
  1. Makan makanan berkhasiat ditambah dengan supplement
  2. Penjagaan payudara *tuam dengan tuala yang dicelup dengan air panas untuk membersihkan daripada daki
  3. Urut payudara *elak kesumbatan pada kilang susu
Selepas kelahiran :
  1. Galakkan bayi menghisap dengan segera dalam 1 jam pertama 
Semasa berpantang :
  1. Vitamin adalah penting untuk diteruskan semasa dalam pantang.
  2. Jangan berpantang makan semasa dalam pantang. Semua zat dalam pemakanan adalah penting untuk pemulihan rahim
  3. Petua isteri saya makan sayur keledek masak lemak daun turi
  4. Jika kurang juga susu ada ubat yang dinamakan notilium atau eksolon
  5. Jangan makan jamu dan rempah ratus kerana boleh menyebabkan bayi cirit - birit
Shaklee banyak bantu ibu - ibu meningkatkan susu ibu, yang sempurnanya ia adalah vitamin semulajadi yang selamat dengan tubuh kita yang bersifat alami. Berbanding vitamin sintetik.

Salah seorang ofismate saya, yang saya bantu melalui perkongsian pengalaman saya dalam penyusuan susu ibu berjaya mengumpulkan 240 oz tak sampai sebulan. Mungkin anda juga inginkan pengalaman saya ?

Sunday, July 21, 2013

Kisah Nabi Muhammad SAW dengan penyusuan susu ibu

Kisah Nabi Muhammad SAW mempunyai 2 orang ibu susuan iaitu thuwaibah dan Halimatus Saadiah bukti sejarah amalan penyusuan susu ibu sejak zaman Baginda lagi. Khasiat yang ada dalam susu ibu telah diberi kepada rasulullah SAW apabila disusui dengan sempurna oleh Halimatus Saadiah selama 2 tahun.

Khasiatnya adalah besar untuk mempengaruhi fikiran dan pembesaran anak - anak. Apa yang disebut dalam quran " wal walida tu yurdik na auladahunna hau lai ni kamilaian". Ibu hendaklah menyusukan anak secara sempurna dalam tempoh 2 tahun
Othman Mustapha, Pengarah JAKIM

Islam itu indah ... mengapa islam menyarankan penyusuan sepanjang 2 tahun ? kerana susu ibu itu adalah makanan dari syurga (memetik kata - kata Dr Hamid Arshad mengenai susu ibu). Susu yang dihasilkan oleh ibu memenuhi keperluan setiap fasa pertumbuhan bayi. Jika bayi berumur 2 bulan (nutrien didalamnya selaras untuk pertumbuhan 2 bulan), jika anak sudah berumur 1 tahun 6 bulan (nutrien didalamnya selaras dengan pertumbuhannya 1 tahun 6 bulan). Penyusuan susu ibu juga dianggap sunnah (memetik kata - kata pakar laktasi, Pn Rita Rahayu). 

Sebenarnya ramai ibu - ibu menyedari fakta ini, tapi masih ada ibu - ibu yang masih kurang berjaya ? Termasuklah saya juga dahulu .. kurang berjaya .. :-(

Saya pernah mengalami kegagalan tersebut. Puncanya kerana kepenatan yang melampau akibat proses bersalin yang terlalu panjang dan kurangnya energy semasa dalam pantang. Sesetengah ibu menyatakan keluhannya kepada saya, apabila kegagalannya adalah berpunca daripada kurangnya energy lebih - lebih lagi jika bayi asyik nak bergantung 24 jam.

Kepada ibu - ibu yang masih menyusukan dengan susu ibu pada bulan ramadhan ini, jangan berhenti kerana apabila pemberhentian sudah berlaku, sukar untuk re-laktasi semula penyusuan tersebut (Dr Zaharah Sulaiman, pakar Laktasi HUSM)

Semoga kita lebih berjaya untuk kali yang kedua. Anda semua boleh ! anda ibu ibu yang hebat !

Sedikit video penghayatan susu ibu di bulan ramadhan yang mulia ini :
  

Hargailah kita di Malaysia berbanding dengan negara Afika. Bersyukur kita di Malaysia mewah dengan makanan berkhasiat, hasilnya dapat beri susu yang berkualiti seterusnya melahikan generasi yang bijak dan cerdas. *pemakanan pun turut di highlightkan dalam video ini ; jadi memang penting pemakanan bagi ibu menyusukan bayi. Tapi malangnya sayuran dan buahan pada masa kini penuh dengan baja chemical (semakin kurang nutrisi yang ibu terima dari pemakanan)

Perlu ke kita menjadi kaya ?

Dari perspektif islam, perniagaan adalah bidang pekerjaan yang utama.

Firman Allah SWT: "Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing - masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak - banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)." (surah al-Jumaat, ayat 10)

Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai usaha paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab :"Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal`." (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim)

Nabi SAW bersabda, sembilan per sepuluh pintu rezeki datangnya daripada perniagaan. Malah, menelusuri sunnah, baginda SAW sendiri pernah berniaga. Malah perniagaan yang diusahakan itu memperoleh keuntungan banyak sehingga disukai majikan baginda, Saidatina Khadijah binti Khuwailid.

(dipetik daripada Berita Harian 15 Julai 2013,ruangan Agama)

Berniagalah jika ingin menjadi kaya ..

Perlu ke kita menjadi Kaya ?

memetik perbualan diantara Jutawan Muda, Irfan Khairi dan Dato Dr Fadzilah Kamsah

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFK : ”Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.

sumber : akuajak.blogspot.com

Pandangan peribadi saya :

Islam itu indah, setiap aturannya telah dijelaskan didalam al-quran. Berniagalah sekiranya ingin kaya. Saya pernah menghadiri satu seminar, dimana speaker utamanya ialah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah; beliau pernah menyatakan hal ini

"saya kesian dengan orang Melayu, selalu kena tipu... orang melayu suka didik anak dah besar kerja dengan kerajaan..orang islam terutamanya orang Melayu kena kaya..'masa depan anak bangsa terletak di tangan kita'..."

Semua orang suka kaya, dengan banyak harta kita boleh tambah amalan kita dengan bersedekah dengan lebih banyak pada jalan Allah...supaya kita boleh beri ahli keluarga kita pergi umrah dan haji setiap tahun...kita boleh bantu anak bangsa kita dengan lebih baik.. banyak lagi kebaikan yang kita boleh buat sekiranya kaya

"Ya Allah ya tuhanku, semoga diriku terdidik menjadi jutawan muslimah yang dermawan sekiranya daku kaya suatu masa nanti.... aminn

* gambar ofismate saya semasa selepas seminar bersama Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah; saya tak sempat nak bergambar bersama

Saturday, July 20, 2013

Bagaimana susu ibu dihasilkan ?

Video ini diletak sebagai education programme; khas buat para ibu, bakal ibu, remaja perempuan pun bagus juga untuk menonton video ini sebagai persediaan menjadi ibu suatu masa nanti.

Yakinlah diri anda boleh menghasilkan susu ibu. Ya, setiap ibu boleh menyusukan bayi, tetapi yang paling sukar adalah istiqamah dalam penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Kerana dalam perjalanan susu ibu terdapat banyak faktor persekitaran yang menganggu dalam usaha murni tersebut.

Pengalaman saya ...

Hakikatnya, saya sering melihat penyusuan susu ibu seperti ini...
penyusuan susu ibu sempurna

Gambar menyusu ibu ni memberi signal pada otak saya "alaaaahai senang je la bagi susu ibu, mudah, senang.. letak je B kat anak, dia hisap..pastu kenyang..senang " (*inilah yang saya fikirkan masa anak pertama belum lahir)

Tetapi pada hakikat sebenarnya situasi ibu yang menyusukan bayi sebenarnya begini :

rumah bersepah
gambar (ihsan google)
aduhai rumah bersepah, ibu tak cukup tidur, penat dan bermacam - macam lagi...alahai..macamanalah saya nak berjaya dan memenuhi keperluan dengan semua perkara?

 Saya sebenarnya memerlukan energy yang banyak agar penyusuan susu ibu secara istiqamah dapat diteruskan sehingga mencapai misi 2 tahun. Jika saya sering penat, otak saya tidak dapat berfikiran positif. Fikiran yang positif penting bagi merangsang hormon oksitosin dalam penghasilan susu ibu....

Bagaimana nak dapat energy yang banyak setiap hari sebagai seorang ibu? ..

Pemakanan seimbang dan supplement [untuk bantu keperluan nutrien yang tidak dapat dipenuhi oleh tubuh badan seorang ibu] dapat membantu saya..dan mungkin anda juga

pilihan ibu menyusukan bayi


Gabungan lengkap ini sangat sempurna dalam menjayakan penyusuan secara istiqamah, kerana ia bukan saja memberikan ibu mood yang gembira bagi merangsang hormon oksitosin tetapi membekalkan energy yang berterusan..alhamdulillah..semoga kita semua berjaya mencapai misi penyusuan susu ibu selama 2 tahun .. amin

Tuesday, July 16, 2013

Allah Sentiasa Ada

Sayangnya manusia pula tidak serius mencari Allah dan menyembah-Nya

Dr Azahar Yaakub, Pensyarah kanan UTM (Utusan Malaysia, 4 Julai 2013)

Menyelusuri satu lorong tiba - tiba Atan bertemu dengan satu premis yang ditujuinya iaitu Kedai Gunting Pak Abu. Atan masuk sambil menjenguk kepalanya ke dalam sambil berkata, "Boleh Pak Abu guntingkan rambut saya?. "Boleh aje," jawab Pak Abu dengan nada bersahaja. "Sila duduk." pelawa Pak Abu sambil membetulkan kerusi untuk diduduki oleh Atan.

Sedang asyik Atan menyerahkan rambutnya kepada Pak Abu untuk digunting, tiba - tiba Pak Abu bersuara sambil mengeluh. "Wahai anak muda, pakcik sering mendengar penceramah agama menyebut bahawa Allah Maha Kaya, tetapi kenapa dalam masa yang sama ramai di kalangan hamba - hamba Allah yang miskin."

"Bahkan, kadang - kadang orang Islam di mearat tempat lebih miskin daripada orang bukan Islam'" tegas suara Pak Abu dengan nada yang lebih tinhhi.

Tidak cukup dengan hamburan kata - kata pedas menghiris itu,Pak Abu semakin agresif menaymbung bicaranya dan berkata, "Wahai anak muda cuba kamu fikirkan, bukankah Allah itu Maha Bijaksana, kalau benar begitu, kenapa ramai manusia di atas muka bumi ini yang bodoh dan dungu.

"kenapalah Allah tidak memberikan kebijaksanaan-Nya itu kepada hamba - hamba-Nya. Tidakkah ini bermakna Allah mulai tidak berlaku adil kepada makhluk ciptaan-Nya.

"Jadi kalau begitu di mana pula sifat Allah yang selama ini terkenal dengan maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

Bicara Pak Abu amat menjengkelkan fikiran Atan yang pada hematnya semacam mempertikaikan Allah. Namun Atan tidak berputus asa dan mula memikirkan sesuatu idea untuk mematahkan hujah Pak Abu.

Atan mula bersuara. "pak Abu kenapa dua remaja lelaki diluar sana masih berambut panjang, mengersang dan sangat buruk penampilan mereka. Kenapa mereka tidak datang gunting rambut atau disini tiada orang yang bekerja sebagai gunting rambut?"

Tiba - tiba Pak Abu dengan nada membantah menjawab. "bagaimana mungkin tidak ada, bukankah aku ini bekerja sebagai penggunting rambut, bahkan kedai ku ini dapat dilihat dengan begitu jelas dari jauh."

Atan mula berkata lagi. "Tak lah, pakcik bukan bekerja sebagai penggunting rambut, kalau pak cik betul - betul bekerja sebagai penggunting rambut, kenapa ada lagi orang yang masih panjang rambutnya di luar sana?. tanya Atan dengan nada kehairanan

"Ah aku tetap bekerja sebagai penggunting rambut. mereka diluar sana yang rambut panjang yang tidak datang kepadaku untuk digunting". balas Pak Abu

Terus si Atan berkata. "Ya ! tepat sekali dengan keluhan Pak Abu tadi, sesungguhnya Allah sentiasa ada, hanya manusia saja yang tidak serius mencari Allah dan menyembah-Nya."
Itulah sebabnya masih banyak penderitaan di dunia ini, hidup terbelenggu kesusahan, kemiskinan. Bukan kerana Allah tiada, tapi sihamba yang tidak mendambakan dirinya kepada Allah."

santapan jiwa bulan ramadhan
Semoga, kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Santapan Jiwa dalam bulan ramadhan ini.

Monday, July 15, 2013

Sila jangan baca

Bacaan khas untuk remaja sahaja

 

kepentingan pengambilan vitamin


 'vitamin dan makanan tambahan untuk remaja penting kerana mereka sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti seharian terutama untuk memberi fokus di dalam kelas dan juga ketika mengikuti aktiviti kokurikulum'


Jika remaja penting untuk mengambil vitamin untuk bergerak aktif dalam aktiviti seharian, apatah lagi ibu dan bapa yang mempunyai tanggungjawab yang banyak untuk menguruskan kerjaya dan keletah anak - anak. Lebih - lebih lagi ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak yang memerlukan nutrisi yang banyak dalam diet seharian.

Memetik artikel tersebut " Proses penyediaan sesuatu makanan kadangkala menyebabkan vitamin dan nutrien didalamnya rosak: Oleh itu pengambilan vitamin diperlukan untuk memastikan anda mendapat khasiat yang mencukupi"

Memetik kata - kata Prof. Dr Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O bertajuk "Kesejahteraan Fizikal"

"Manusia pada umur 25 hingga 40 tahun suka merosakkan badan sendiri untuk mengejar kekayaan.. mesti jaga badan kita supaya kita dapat solat dengan sempurna pada masa tua berbanding duduk diatas kerusi..dan lebih baik kita membeli supplement berbanding membeli barang - barang branded"


Pentingkan pengambilan supplement dalam diet seharian kita?

Pilihlah vitamin yang bersifat semulajadi, kerana produk yang bersifat kimia hanya akan merosakkan tubuh manusia yang bersifat alami.

Bersahur bezakan puasa orang Yahudi dan Kristian

Bersahur lah dalam bulan ramadhan ini


Artikel yang saya ambil dari Berita Harian, 4 Julai 2013 (ruangan Agama), baik untuk dikongsi bersama :
bersahur bezakan puasa orang Yahudi dan Kristian

Oh ! bagaimana jika saya terlewat bangun dan hanya tinggal 2 minit saja untuk bersahur ?

Kepentingan bersyukur

Sentiasalah bersyukur

Alhamdulillah, masih berada didalam bulan ramadhan. Bulan yang penuh berkat. Sebagai mengisi waktu yang terluang pada bulan ramadhan ni, jom bersama - sama saya menonton video ini.



Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas semua yang telah kamu beri kepadaku .. semoga daku jadi orang yang lebih bersyukur kepadaMu

Sunday, July 14, 2013

Bagaimana jika saya tinggal 2 minit untuk bersahur

"Oh! saya sudah terlambat bangun, macamana ni ?"


"Amr bin al-'as berkata, Rasulullah bersabda : "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan kristian adalah bersahur." (Riwayat Muslim)
Berita Harian, 4 Julai 2013 (ruangan Agama)

Sebagai muslim, bersahur kerana menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa dibulan ramadhan tidak boleh dipandang remeh. Kerana bersahur itulah membezakan puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan kristian. Sekiranya anda sudah tinggal 2 minit untuk bersahur, apa yang boleh kita makan dalam masa 2 minit pada masa yang saya kita nak rasa cergas dan bertenaga ?

Penting ke cergas sepanjang bulan ramadhan ? Pada saya ia merupakan satu bonus, agar kita dapat buat ibadah - ibadah lain dengan lebih banyak dan sempurna. Setiap tahun kita berdoa semoga ramadan kali ini menjadikan kita lebih bertaqwa dan menjadi islam lebih baik daripada sebelumnya. Tapi bagaimana kita nak buat dengan lebih baik jika kita tidak bertenaga

Jika sudah terlewat bangun sahur, alternatif segera yang boleh anda ambil ialah makan beberapa biji kurma dan ambil 1 sudu ESP, campurkan dengan minuman kegemaran anda, goncang dan terus minum. ESP memang menu harian tambahan saya bersahur, selain daripada nasi. Alhamdulillah, mampu menjalankan tugas dengan sempurna pada hari tersebut. Setakat ni masih mampu bertahan kerana belum pernah miss bersahur lagi. Sekiranya saya sudah terlewat untuk bangun bersahur nanti, ESP dan performance drink akan jadi pilihan wajib saya. Dan untuk 10 hari ramadhan yang terakhir, mungkin saya nak cuba campur dengan Performance Drink (sebab perlukan speed laju untuk 10 ramadhan yang terakhir nanti, macam atlet... he he)

Energizing Soy Protein :
  • Makes you feel full longer and feel more energized (betul ke?)
 
Performance Drink (minuman untuk atlet, sesuai untuk orang berpuasa) kerana :
  • Membantu menggantikan air yang hilang sepanjang berpuasa
  • Mengimbangi metabolisme air dalam badan dan mencegah kehausan
saya terlewat bangun sahur

Macamana nak dapatkan ESP dan Performance Drink Shaklee ?
Boleh juga dapatkan dari saya
bagaimana jika saya terlewat bangun sahur

What Islam said about breastfeeding

Ayat al-quran mengenai breastfeeding

 Terdapat 8 ayat al-quran yang menceritakan mengenai penyusuan susu ibu.

1. Surah al-Baqarah ayat 233
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak - anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.."

2. Surah at- Talaq ayat 6
"...kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah diantara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya".

3. Surah an- Nisa' ayat 23
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut) : ibu - ibu kamu dan anak - anak kamu, dan saudara - saudara kamu dan saudara - saudara bapa kamu, dan saudara - saudara ibu kamu, dan anak - anak saudara - saudara kamu yang lelaki, dan anak - anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu - ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara - saudara susuan kamu ..."

4. Surah al-Qasas ayat 7
"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa : Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angakara firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari rasul - rasul Kami".

5. Surah al-Qasas ayat 12
"Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan - perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata : "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?"

6. Surah al-Hajj ayat 2
"Pada hari kaumu melihat (peristiwa - peristiwa yang mengerikan) itu, tiap - tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap - tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya: dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebeanrnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan".

7. Surah al-Ahqaf ayat 15
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya: ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan..."

8. Surah Luqman ayat 14
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun)..."
 
Dr kertas kerja "Al-Quran dan Sains berbicara Mengenai Susu Ibu" oleh Prof, Madya Dr farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari dan Marwah Saari
kredit kepada : mardhotillah-bp.blog
breastfeeding is sunnah

Friday, July 12, 2013

I love you mom !

How about your mother. Does your mother understand what you need


For mother's outhere, jangan sekali kali mengabaikan penyusuan eksklusif sekurang - kurangnya 6 bulan pertama pada bayi anda. Kebanjiran susu formula pada hari ini sebenarnya menggugat usaha penyusuan secara susu ibu. Anda pernah mengalami kegagalan penyusuan susu ibu sebelum ni ? Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami kegagalan itu. Dan kerana kegagalan itulah sering menghantui diri saya. Jadi untuk anak kedua SAYA AKAN PASTIKAN SAYA BERJAYA WALAU APA PUN YANG TERJADI.

pakar laktasi susu ibu


Teringin tak nak baca kisah penyusuan anak kedua saya ? Boleh klik sini

shaklee distributor desaru

Ovarian cysts

Usaha sebelum memilih jalan untuk pembedahan

Salah satu punca kegagalan tidak hamil dari segi perubatan adalah berpunca daripada ovarian cyst. This video was download as education programe to help you better understand about ovarian cyst



Pembedahan merupakan salah satu cara treatment untuk masalah ini. Apakah usaha yang boleh dilakukan sebelum memilih untuk menjalani pembedahan?

Mungkin anda berminat untuk baca kenyataan ini (pengakuan ikhlas pengguna supplement GLA complex shaklee )

" kesuburan : jom makan Shaklee GLA

Oppss .. macam nak promote barang plak kan tajuk tu...ehh..bukanlah..just nak share dengan kawan2 TTC semua..kalau apa yang saya makan ni saya rasa baik, saya nak share dengan kawan2 semua..semoga kita sama@ dapat manfaatnya...

elehh..dia ni jual Shaklee..mmglah promote lebih2

Ehh..tak adalah..mmg betul saya dah pun amalkan GLA Shaklee ni...saya start makan bulan 10 yang lepas selepas saya mulakan treatment di Hospital Serdang...masa tu doktor check cyst saya dalam 4cm lebih..terus saya cari ubat apa yang patut saya makan untuk kecutkan cyst saya sebab saya tak nak operate ni...x sanggup dah... "

boleh baca cerita penuh di sini

shaklee distributor desaru


Thursday, July 11, 2013

Cahaya mata adalah impian setiap pasangan didunia ini

Islam mengkehendakkan manusia berusaha

Memiliki anak adalah impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.

tingkatkan kesuburan selepas kahwin

Sekadar gambar hiasan (* ni anak sulung saya ketika berusia 11 bulan ; yang memenangi jumlah LIKE paling banyak di pertandingan foto baby)

Buat pasangan yang masih ternanti - nanti khabar gembira untuk menimang cahayamata, tidak salah untuk terus berikhtiar dan berusaha. Walaupun pada hakikatnya, rezeki anak itu datangnya dari Allah jua. Tetapi, perintah supaya umat Islam itu berusaha adalah sangat dituntut dalam Islam.

Memetik kata - kata Ustaz Pahrol "doa itu makbul pada saat kita mula berusaha".

Apa yang shaklee boleh bantu untuk anda ?

kesuburan untuk mengandung

Usaha melalui pengambilan GLA complex membantu pasangan memiliki cahaya mata.

Kisah pertama :

" Kak N sudah lama berusaha. Saya ditemukan dengan beliau penghujung tahun lepas, 27 December 2012 secara tepatnya. Waktu itu, dia cuma bertanya tentang GLA Complex setelah membaca di beberapa blog tentang kebaikan GLA Complex untuk membantu kesuburan dan meningkatkan peluang hamil. Selepas 2 bulan, kak N berkongsi berita gembira ini, positif mengandung !

Kisah kak N saya nukilkan agar menjadi inspirasi dan motivasi pada sahabat di luar sana yang masih berusaha keras untuk mengandung "

Boleh baca cerita penuh di sini
Kisah kedua :
kesuburan untuk mengandung
 Boleh tengok banyak lagi testimoni di sini

Kisah tiga dan keempat :
 macamana nak mengandung


masalah tak mengandung
Boleh tengok banyak lagi testimoni di sini

Formula Sedekah

Amalan yang dituntut terutamanya di bulan ramadhan

Baru hari kedua berpuasa.. bukan menghitung hari nak berhari raya. Tapi masih ligat berfikir, apa amalan - amalan sunat lain yang ingin saya capai pada bulan ini. Selain KPI meningkatkan kualiti perkara wajib, salah satunya saya nak bersedekah dengan lebih banyak pada bulan ini. Entry sedekah pada bulan ramadhan akan saya tulis setiap hari dalam blog saya. Pertamanya kerana saya ingin mengingatkan diri saya. Keduanya saya yakin, apa yang saya tulis akan merangsang kelakuan saya melalui kata - kata yang saya petik dari Prof. Dr Muhaya.

Jadi hari ini, ada hamba Allah share tentang penulisan sedekah iaitu ; "Formula Sedekah". Ayat ini sungguh menarik perhatian saya ;

"Mereka yang sudah bersedekah, tetapi merasakan rezekinya masih tidak bertambah - tambah dan masih tidak mencukupi... hakikat sebenarnya, sedekah mereka itu masih belum mencukupi."

Ramai orang yang bersedekah sangat sedikit, hanya 2.5% sahaja (berdasarkan kiraan nilaian zakat) dari apa yang diperolehi. Bersedekah sebanyak 2.5% itu cukup sekiranya ianya disertakan dengan amalan - amalan lain seperti solat dhuha, zikir, solat tahajjud, solat hajat, solat taubah dan sebagainya "

Di dalam formula sedekah, setiap 1 sedekah akan dibalas dengan 10 ganda balasan" 
sumber : mohdsuhaimy.com

Matematik Allah berbeza dengan matematik manusia

Matematik Manusia 10 - 1 = 9
Matematik Allah      10 - 1 = 11

1 sedekah yang kita beri 10 kali ganda yang Allah balas pada kita

sumber : mudahnya menjemput rezeki

Rasulullah bersabda : "Sebaik - baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR. Tirmidzi)

Mari kita kejar bersedekah, tinggal 28 hari lagi ..

amalan di bulan puasa

What my husband said

Penangan Energizing Soy Protein Shaklee

Alhamdulillah, hari ni hari kedua kita berpuasa dalam bulan ramadhan 1434H. Syukur, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menunaikan puasa pada hari ni.

Semalam, adalah hari pertama saya memberi supplement ESP, pada husband saya. Selama ni memang saya yang consume sorang untuk breastfeeding anak.

Ini lah ayat yang keluar secara spontan dari husband saya masa nak berbuka petang tu

"Magiklah, hari ni saya bertenaga ! tak pernah rasa bertenaga macam ni !

Hehehehheh... senyum memanjang je saya. Suami saya pun dah terima penangan ESP untuk kekal bertenaga sepanjang bulan ramadhan. Tu belum saya campur dengan performance drink. Lagilah hebat kesannya nanti.

Jom tengok kajian klinikal tentang ESP shaklee, memang memberi tenaga dan rasa kenyang berpanjangan. *Gabungan blended kurma dan ESP shaklee memang SUPERB ! .. kalau campur lagi dengan Performance Drink Shaklee lagilah mantap

badan bertenaga semasa berpuasa


Tips penyusuan susu ibu dibulan ramadhan

Setiap ibu boleh berjaya berpuasa sambil menyusukan anak jika tahu rahsianya

Salam ramadhan buat semua yang beragama islam. Semoga ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan amalan kita dengan lebih baik berbanding tahun - tahun lepas. Adakah anda ibu yang masih menyusukan bayi anda ? Ibu - ibu tak perlu runsing susu merudum kerana berpuasa di bulan ramadhan ni sambil menyusukan anak. Kita semua mampu dengan izin-Nya. Sebelum itu, saya nak bagi tips menyusukan anak dibulan mulia ini oleh Dr Zaharah Sulaiman, pakar laktasi HUKM


Shaklee banyak bantu  ibu - ibu yang berpuasa tapi masih berjaya buat stock untuk bayi. Jom tengok testimoni ofismate saya, pengamal supplement shaklee

tips penyusuan sibulan ramadhan

Shaklee bukan bantu ofismate saya saja, tapi ramai ibu - ibu yang lain juga

susu ibu banyak

Thursday, July 4, 2013

Saya dah ada kerja tetap dan tak perlu berniaga

Change Your Mind Set

Artikel ini sangat menarik dan saya kepilkan dalam ruangan blog saya, agar anda pun boleh baca juga :
sumber : juwatangold.com




Baca catatan di bawah dengan hati yang tenang,terbuka dan fahami setiap baris yang ditulis supaya mesejnya sampai kepada anda. Kemudian tepuk dada masing-masing. Saya dah bermula,anda bagaimana? Selamat membaca  :)

KESTABILAN PENDAPATAN.
1. Ada org kata kerja gomen, duit dah pasti masuk tiap bulan, senang buat loan, ada pencen, ada gratuiti, senang itu, senang ini.

2. Ya sy tak nafikan, memang benar, sbb dulu pun sy berada dlm komuniti tersebut. Memang semuanya betul terutamanya gaji, tak pernah putus tiap2 bulan.

3. Tp seperti biasalah, sy nie suka mencari, mencari erti kehidupan, mencari erti kebahagian, kerana apabila kita mencari, pasti kita akan dpt jawapannya, kita tak dpt jawapan sbb tak cari.


macamana nak jadi kaya
Kerja dengan orang untuk kayakan orang atau kerja sendiri?
4. Sy rasa penat yang teramat sgt bila sy buat sesuatu benda dan sy tak tahu kenapa sy perlu buat perkara tersebut. Tp bila kita mencari dan dpt jawapan, maka memang tak penatlah kalau kita buat sesuatu perkara sungguhpun nampak penat di mata masyakarat.

5. Semasa sy kerja dahulu, sy selalu sembang dgn pak guard di opis sy, ada satu kisah yg meyentuh hati. Pakcik nie umurnya agak tua, dalam 60 tahun. Sy tanya dia, “kenapa pakcik kerja lg?” “maklumlah nak, pencen pakcik RM600 jer dulu kerja dekat majlis X, sekarang kena kerja sbg guard dpt la lg RM900″, “Boleh la RM1500 sebulan, tue pun tak cukup hidup di kl nak”

6. Kemudian satu hari sy berjumpa lagi seorang makcik tokey kantin, pun dalam umur hujung 50an. “Soalan yg sama sy tanya, makcik kenapa makcik kerja lagi” “Yerlah dik, makcik nie dulu kerja govt jer, dah pencen hutang rumah belum selesai, kena la buat kerja lebih sikit, mujur dpt kontrak 2 thn nie”

7. Seorang lagi sy jumpa, tp dia nie driver swasta dulu, “pakcik kenapa pakcik kerja lg, umur dah 63 tahun” “anak, pakcik nie dulu kerja dgn syarikat swasta terkemuka, gaji dulu mmg banyak walaupun pakcik driver, dgn insentif khas lg”, “tp anak2 skolah lg, pakcik still kena kerja”

8. Kemudian sy jumpa pulak sorang pencen engineer, pun sama jugak, sy ulang ya, pencen engineer dr jabatan kerajaan. Bukan calang2 tau “Uncle, kenapa uncle kena kerja?” “I silap la, i ingat dah pencen, boleh relax2, tp banyak juga tau gaji ‘hilang’, my pencen sikit jer, so i kena kerja jugak la, nasib baik company baru nie nak ambik I kerja, boleh la topup sikit tiap2 bulan”

9. Kemudian sy terfikir, macam ada sesuatu yg tidak kena, masa tgh kerja, kata mereka ada pencen, tak susahkan anak2, senang dpt loan, bla bla bla. Alih2 dah pencen lain pulak realitinya. Ini harapan ker, suratan kebetulan ker, atau sy yg tersalah tafsir?

10. Sabar2 pembaca sekalian, bukan niat sy utk memperlekehkan mereka yg bekerja biasa, atau makan gaji, sy tahu ramai antara kita mempunyai ibu bapa yg kurang bernasib baik, cuma apa yg sy nak bangkitkan di sini, HARAPAN & REALITI nya sangat berbeza. Sy pernah berada dalam kedua2 situasi, makan gaji, dan berniaga (yakni sekarang). Ibu bapa sy juga dahulu makan gaji. Sebab situasi2 yg saya jumpa nie lah hati sy berkobar2 untuk terus berjuang menjalankan perniagaan, take things positively, jgn cepat melatah.

11. Sy kasihan tgk pakcik makcik yg kena kerja kuat, sedangkan hari tua mereka adalah hari utk menuai, ya mmg walaupun dah tua masih juga kerja, tp diorang bekerja sbb SEPATUTNYA
“I Work Because I Choose To, Not Because I Have To”
tapi kes2 yg sy jumpa nie, kebanyakannya adalah :
“I work Because I Have To, Not Because I Choose To”

12. Mungkin ada yg berkata, yg mereka tak pandai untuk menguruskan kewangan, tp tgk kes jugak la, kalau duduk di kg, kos sara hidup rendah dan dah biasa dgn lifestlye rendah, MAYBE boleh survive. Tp yg di bandar2 nie?

13. Akhirnya sy dah dpt jawapan, kenapa perniagaan itu sgt penting, walaupun berniaga ini rugi sudah pasti, untung belum tahu lagi tetapi ia boleh menjadi suatu mesin wang yg berterusan ketika kita veteran nanti, asalkan bila berniaga perlu ikut SISTEM, ADA ILMU, DAN ADA COACH YG BOLEH BIMBING KITA.

14. Manusia yang rugi adalah manusia yang jatuh dalam lubang yg sama lebih dari sekali. Belum terlambat untuk kita buat reprogramming minda. Mulakan perniagaan secara part time dahulu, mula2 sehari RM1, kemudian sehari, RM10, sehari RM100, sehari RM1000, dan seterusnya.


Kenapa kita selalu rasa penat ?

Perlahankan proses tua

Ini kenalan saya, yang menggelarkan dirinya sebagai Che Ha (foto ini saya ambil dari FB beliau)
kenapa saya selalu rasa penat

Inilah ayat pertamanya kepada saya :

" akak ni umo 49. bila balik keje lepak gila walaupun keje tak berapa nak banyak. Produk apa yg boleh kak ambil utk tambah stamina yg berkurangan ni ? "

 Menjadi seorang isteri dan ibu bekerjaya sebenarnya menuntut keperluan tenaga yang tinggi. Ya, mungkin di pejabat kerja kita tidak banyak. Tapi tugas - tugas seharian yang kita buat dirumah sangat mempengaruhi tenaga yang kita miliki setiap hari. Lebih - lebih lagi, apabila usia kita meningkat.

"Apabila umur meningkat, seluruh badan kita mengalami pelbagai perubahan di segi fizikal, psikologi dan emosi. Dr Rajbans berkata, antara aduan yang sering diterima daripada warga senior ialah sakit sendi (artritis), sakit belakang, osteoporosis, masalah pendengaran dan penglihatan, kurang daya ingatan, kemurungan, kurang selera makan, susah tidur pada waktu malam dan cepat penat. "

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlahankanprosestua//Article/article_print

Jom tengok apa kata akak Che Ha mengenai ESP Shaklee ;

kenapa kita selalu rasa penat

Syukur ..tahniah akak dah buat pilihan yang terbaik !

“Semakin kita berumur, kita sepatutnya jadi lebih sihat dan cergas, terutama selepas bersara. Inilah masanya untuk kita bermain bola sepak atau belajar komputer dan melayari Internet bersama cucu.

Apakah persediaan kita bagi memperlahankan proses tua :
  • Bersenam setiap hari mengikut kemampuan dan tahap kesihatan masing-masing
  • Makan makanan seimbang
  • Ambil makanan tambahan seperti pil multivitamin dan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang, otot serta kesihatan secara umum
  • Minum banyak air masak, berhenti merokok dan elak atau hadkan pengambilan alkohol.
  • Kekalkan hubungan baik dengan keluarga dan rakan
  • Sentiasa berhati-hati ketika berjalan untuk mengelak terjatuh
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum melakukan sebarang senaman
  • Belajar perkara baru seperti komputer untuk merangsang minda
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlahankanprosestua//Article/article_print

Tak sabar nak tunggu ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Kali ni, semangat saya membara - bara nak tunggu bulan ramadhan. Saya akan pastikan kali ni saya nak buat lebih banyak kebaikan terutamanya berkaitan sedekah.

sedekah di bualn ramadhan
Yang seronoknya, tentulah kerana saya dah ada supplement yang membantu saya bertenaga untuk bulan ramadhan kali ni. Jadi, in sha Allah tiada lagi sesi tidur ditengahari kerana letih seperti tahun tahun yang lalu.

Supplement apa yang seronok sangat tu ye, inilah dia. Salah satunya ialah ESP.

apa bestnya ESP
Jom miliki sekurang - kurangnya ESP shaklee ni time berpuasa nanti, agar kita kekal cergas dan dapat buat amalan - amalan lain dengan lebih sempurna

Monday, July 1, 2013

Perjalanan penyusuan bayi saya 0 - 6 bulan

Jika saya boleh berjaya, anda juga boleh !

Selama ini, saya asyik baca dan post entry mengenai penyusuan susu ibu oleh orang lain... Hari ini saya teringin nak berkongsi pengalaman saya menyusukan anak kedua saya sepanjang 6 bulan pertamanya... saya harap perkongsian ini bukanlah sesuatu perkara untuk menunjuk - nunjuk .. tapi nak berkongsi kebaikan yang pernah saya perolehi.. (share perkara baik lebih baik kan dari sorokkan?)

Alhamdulillah, syukur - syukur - syukur, untuk 6 bulan pertama saya berjaya susukan anak kedua saya secara eksklusif... Tiada makanan tambahan langsung, tiada top up dengan susu formula langsung, tiada pemberian air masak langsung dalam tempoh 6 bulan tersebut...alhamdulillah...

Semuanya bermula dengan set berpantang shaklee.. Kerana saya mahu survive secara KERAS untuk 2 minggu pertama. ..2 minggu pertama adalah saat saat yang sangat kritikal bagi ibu - ibu yang melahirkan anak.... Ketika ini, jika penyusuan tidak dilakukan secara kerap, bayi akan mengalami sakit jaundis.... Pengalaman yang memeritkan semasa anak pertama saya mengalami prolonge jaundis membuatkan saya berharap agar saya tak lalui nya untuk kali kedua.. Apabila ramai ibu yang berkongsi kebaikan anak mereka tak mengalami jaundis, maka saya cuba melalui pengambilan supplement shaklee berpantang bagi anak kedua ini...

Perjalanan 2 minggu saya bagi anak kedua berjalan dengan sangat lancar...alhamdulillah, walaupun saya sudah 2 kali mengalami ceaseran, tapi saat - saat breastfeeding pada kali ini Allah permudahkan... Saya mampu tidur 2 jam sahaja untuk semalaman bagi 2 minggu pertama... Segalanya saya uruskan sendiri, tanpa menyusahkan orang lain... Kalau anda ibu yang pernah mengalami ceaseran lebih dari sekali, mesti anda memahami bahawa ceaseran kali kedua lebih menyakitkan berbanding kali pertama.... Begitu juga untuk kali ketiga, keempat dan seterusnya lebih - lebih lagi sakitnya... Tapi kali ini, alhamdulillah, jiwa saya tidak lah sekacau bilau seperti sebelum ini ...semuanya saya lakukan dengan sangat gembira sekali...*salah satu vitamin berpantang shaklee bertindak sebagai anti-stress ... emmm, patutla saya tenang sikit berbanding seperti sebelum ni..

Sepanjang 2 minggu tersebut, anak saya dipantau oleh adik saya yang merupakan Dr perubatan. Kerana saya melahirkan anak ketika hari raya.... Jadi bonus bagi anak saya kerana ada Dr peribadi yang selalu ada dirumah ketika itu.. hi hi hi.. tak de lah peribadi .. tapi rezeki anak saya sebab ada orang tengok tengok kan :-)

menyusukan secara eksklusif
Anak kedua saya Liya Zafirah pada hari pertama kelahiranya 28 . 08 . 2011

Ketika fasa 2 minggu sudah berakhir, saya menarik nafas lega...Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.... Kemudian, kerana jatuh cintanya dengan produk shaklee ni, saya pun mula mencuba 1 lagi supplement tambahan iaitu alfalfa shaklee (kiranya masa ni saya consume set berpantang dan set breastfeeding shaklee secara serentak)... Ketika ini, saya masih consume susu kambing juga kerana saya nak pastikan badan saya hangat bagi menggantikan jamu. Lagipun, saya bersalin secara ceaseran dan tidak boleh berurut...

Hasilnya, Liya Zafirah tidur dengan sangat lama... Manakala saya pula mengalami kesakitan akibat breast engorgement (susu terlampau banyak)... Puas saya mengumpan pada anak saya supaya breastfeeding tapi anak saya tidur dengan nyamannya... Sehinggakan satu ketika, saya rasa macam pelik... Eh! bezalah dengan anak sulung dulu... Asyik menyusu saja dalam sejam.... Pengalaman ini sangatlah fantastik dan membuatkan saya tersenyum lebar j.. he he.. :-) ..alhamdulillah....

Perjalanan penyusuan susu ibu selama 6 bulan berlalu dengan lancar dan mudah...alhamdulillah....saya mampu beri susu segar lebih banyak daripada susu frozen mengikut cara SEBENAR pemberian susu perahan kepada bayi...alhamdulillah ..terima kasih Allah atas rezeki yang tidak terhitung jumlahnya ini..

Tapi sayangnya, saya lupa snap gambar stok susu saya tu... untuk semua ibu - ibu, anda juga boleh !

baby yang comel

Liya zafirah .. :-)

Breastpump mana yang patut saya beli ?

Breastpump manual atau breastpump elektrik ? Mana yang perlu saya beli ?

Em, masih didalam mood nak bercerita pasal breastpump. Kalaulah anda bertanyakan kepada saya soalan ini, suka saya memberi anda satu persoalan ini :

"anda berada dalam kategori mana? Ibu yang sangat rajin atau rajin juga tapi kadangkala timbul perasaan malas ? "

Mengepam menggunakan breastpump manual memerlukan sedikit kudrat tenaga agar sesi pengepaman berlaku dengan lancar. Ingat ye ibu -ibu, kita perlu mengepam sekurang - kurangnya 3 jam sekali. Setiap sesi pengepaman selalunya mengambil masa paling sedikitpun sebanyak 20 minit. Itu tidak termasuk aktiviti power pumping (10 minit untuk each breast dalam masa 60 minit) ; (adakah anda ibu yang tekal hati ?)

Berdasarkan pegalaman saya, perjalanan sesi pengepaman adalah satu perjalanan yang penuh cabaran yang menanti, kerana kita ada suami yang perlu dilayan, kita ada banyak kerja yang perlu dibereskan, kita masih ada anak - anak lain yang perlukan perhatian (semua ini memerlukan masa). Bagi ibu bekerjaya ; (kita perlukan something yang fast but efisien!), kerana kita perlu masa untuk lakukan perkara lain. Jadi breastpump elektrik lah pada saya pilihan yang terbaik.

Pengalaman saya memiliki breastpump manual dan elektrik memberi saya satu pengalaman bahawa, kemudahan merupakan satu bonus dalam keberjayaan perjalanan susu ibu. Ya, kita bukan sahaja nak berjaya menyusukan anak selama 2 tahun, tapi kita nak berjaya melayan suami, menguruskan rumah tangga dengan baik dan memberi perhatian kepada anak - anak lain dengan sempurna.

Sedikit artikel yang menyokong pendapat sayapenyusuan berjaya dengan breastpump elektrik
Puan Zuliana, merupakan seorang ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan anak - anaknya. Ketika anak sulungnya masih kecil beliau mengandung lagi dan terlibat dengan penyusuan secara tandem nursing. Apa tu tandem nursing ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...