Tuesday, July 23, 2013

Bagaimana sendawakan bayi dengan betul?

Penyusuan susu ibu adalah suatu yang perlu dipelajari. Mengikut pengalaman pertama saya, ia tidaklah semudah yang ibu jangka. Betullah kata Dynas, jika kita adalah ibu yang baru mempunyai bayi sulung kita akan berdepan dengan "gangguan emosi dengan ragam bayi, penyusuan susu ibu dan pelbagai lagi".

Jika tidak diuruskan dengan sempurna ia juga merupakan salah satu faktor kegagalan penyusuan susu ibu selama 2 tahun kan?

Masalah pertama : Kita akan berhadapan dengan ragam bayi yang baru lahir untuk menyesuaikan diri dengan dunia luar (sukar bagi saya terutamanya ketika dalam pantang kerana perasaan ibu selepas bersalin adalah sangat sensitif dan fragile disamping badan yang lemah akibat proses bersalin itu sendiri)

*teringat anak sulung saya dulu ; "patutlah dia asyik nak melekap di dada 24 hour, padahal dia tak lapar, nappy tak penuh " ; dan ia sangat sukar untuk saya lakukannya selama 24jam kerana saya kurangnya energy ketika itu. How about u ? Setuju tak jika kita kurang tenaga kita tak mampu buat ini semua dengan sempurna.

Jom belajar dari video ini bagaimana nak sendawakan bayi kita dengan cara yang betul :


Tips dari Puan Rita Rahayu ; "bayi yang muntah selepas menyusukan dengan susu ibu pada usia 6 bulan kebawah adalah normal (ini namanya refluks kerana susu ibu terlebih masuk kedalam badannya)"

*hi hi hi, teringat zafirah, masa dia susah nak tidur asyik menyusu sahaja sampai muntah (best moment ever)

Penyusuan susu ibu juga memberi ketenangan pada bayi ; "betul, senang nak tidurkan anak yang menyusu dengan susu ibu berbanding susu formula (*mengikut pengalaman kedua - dua anak - anak saya) .. yang bestnya; mak nya pun tidur sekali kerana rembesan hormon prolaktin memberi ketenangan pada ibu yang menyusukan.. jadi kalau tengah stress - stress tu segeralah susukan anak ; mesti tenang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...