Sayangnya manusia pula tidak serius mencari Allah dan menyembah-Nya
Dr Azahar Yaakub, Pensyarah kanan UTM (Utusan Malaysia, 4 Julai 2013)
Menyelusuri satu lorong tiba - tiba Atan bertemu dengan satu premis yang ditujuinya iaitu Kedai Gunting Pak Abu. Atan masuk sambil menjenguk kepalanya ke dalam sambil berkata, "Boleh Pak Abu guntingkan rambut saya?. "Boleh aje," jawab Pak Abu dengan nada bersahaja. "Sila duduk." pelawa Pak Abu sambil membetulkan kerusi untuk diduduki oleh Atan.
Sedang asyik Atan menyerahkan rambutnya kepada Pak Abu untuk digunting, tiba - tiba Pak Abu bersuara sambil mengeluh. "Wahai anak muda, pakcik sering mendengar penceramah agama menyebut bahawa Allah Maha Kaya, tetapi kenapa dalam masa yang sama ramai di kalangan hamba - hamba Allah yang miskin."
"Bahkan, kadang - kadang orang Islam di mearat tempat lebih miskin daripada orang bukan Islam'" tegas suara Pak Abu dengan nada yang lebih tinhhi.
Tidak cukup dengan hamburan kata - kata pedas menghiris itu,Pak Abu semakin agresif menaymbung bicaranya dan berkata, "Wahai anak muda cuba kamu fikirkan, bukankah Allah itu Maha Bijaksana, kalau benar begitu, kenapa ramai manusia di atas muka bumi ini yang bodoh dan dungu.
"kenapalah Allah tidak memberikan kebijaksanaan-Nya itu kepada hamba - hamba-Nya. Tidakkah ini bermakna Allah mulai tidak berlaku adil kepada makhluk ciptaan-Nya.
"Jadi kalau begitu di mana pula sifat Allah yang selama ini terkenal dengan maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
Bicara Pak Abu amat menjengkelkan fikiran Atan yang pada hematnya semacam mempertikaikan Allah. Namun Atan tidak berputus asa dan mula memikirkan sesuatu idea untuk mematahkan hujah Pak Abu.
Atan mula bersuara. "pak Abu kenapa dua remaja lelaki diluar sana masih berambut panjang, mengersang dan sangat buruk penampilan mereka. Kenapa mereka tidak datang gunting rambut atau disini tiada orang yang bekerja sebagai gunting rambut?"
Tiba - tiba Pak Abu dengan nada membantah menjawab. "bagaimana mungkin tidak ada, bukankah aku ini bekerja sebagai penggunting rambut, bahkan kedai ku ini dapat dilihat dengan begitu jelas dari jauh."
Atan mula berkata lagi. "Tak lah, pakcik bukan bekerja sebagai penggunting rambut, kalau pak cik betul - betul bekerja sebagai penggunting rambut, kenapa ada lagi orang yang masih panjang rambutnya di luar sana?. tanya Atan dengan nada kehairanan
"Ah aku tetap bekerja sebagai penggunting rambut. mereka diluar sana yang rambut panjang yang tidak datang kepadaku untuk digunting". balas Pak Abu
Terus si Atan berkata. "Ya ! tepat sekali dengan keluhan Pak Abu tadi, sesungguhnya Allah sentiasa ada, hanya manusia saja yang tidak serius mencari Allah dan menyembah-Nya."
Itulah sebabnya masih banyak penderitaan di dunia ini, hidup terbelenggu kesusahan, kemiskinan. Bukan kerana Allah tiada, tapi sihamba yang tidak mendambakan dirinya kepada Allah."
Semoga, kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Santapan Jiwa dalam bulan ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment