Thursday, July 11, 2013

Formula Sedekah

Amalan yang dituntut terutamanya di bulan ramadhan

Baru hari kedua berpuasa.. bukan menghitung hari nak berhari raya. Tapi masih ligat berfikir, apa amalan - amalan sunat lain yang ingin saya capai pada bulan ini. Selain KPI meningkatkan kualiti perkara wajib, salah satunya saya nak bersedekah dengan lebih banyak pada bulan ini. Entry sedekah pada bulan ramadhan akan saya tulis setiap hari dalam blog saya. Pertamanya kerana saya ingin mengingatkan diri saya. Keduanya saya yakin, apa yang saya tulis akan merangsang kelakuan saya melalui kata - kata yang saya petik dari Prof. Dr Muhaya.

Jadi hari ini, ada hamba Allah share tentang penulisan sedekah iaitu ; "Formula Sedekah". Ayat ini sungguh menarik perhatian saya ;

"Mereka yang sudah bersedekah, tetapi merasakan rezekinya masih tidak bertambah - tambah dan masih tidak mencukupi... hakikat sebenarnya, sedekah mereka itu masih belum mencukupi."

Ramai orang yang bersedekah sangat sedikit, hanya 2.5% sahaja (berdasarkan kiraan nilaian zakat) dari apa yang diperolehi. Bersedekah sebanyak 2.5% itu cukup sekiranya ianya disertakan dengan amalan - amalan lain seperti solat dhuha, zikir, solat tahajjud, solat hajat, solat taubah dan sebagainya "

Di dalam formula sedekah, setiap 1 sedekah akan dibalas dengan 10 ganda balasan" 
sumber : mohdsuhaimy.com

Matematik Allah berbeza dengan matematik manusia

Matematik Manusia 10 - 1 = 9
Matematik Allah      10 - 1 = 11

1 sedekah yang kita beri 10 kali ganda yang Allah balas pada kita

sumber : mudahnya menjemput rezeki

Rasulullah bersabda : "Sebaik - baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR. Tirmidzi)

Mari kita kejar bersedekah, tinggal 28 hari lagi ..

amalan di bulan puasa

2 comments:

  1. 10-1=19 puan jika ikut kiraan formula sedekah di blog saya itu.. :)
    www.mohdsuhaimy.com

    ReplyDelete
  2. ok .. terima kasih..saya dah betulkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...