Seperti yang dijanjikan, hari
ini saya nak review buku yang saya baca ni
Alhamdulillah…sebenarnya
saya masih terketar – ketar untuk membuat ulasan mengenai buku ini.
Kandungannya sungguh terkesan dijiwa saya. Mesej yang ingin disampaikan dapat
menerusi segenap lapisan tubuh saya.
Betullah kata rakan bisness
Shaklee yang memperkenalkan buku ini. Buku ini ibarat pisang goreng panas. Habis
dan laris di kedai buku. Komen – komen dari penulis internet pun turut
memberangsangkan. Membuatkan saya teruja untuk memilikinya 1. oh sungguh
touching
Kronologi buku ini sungguh
mudah.
PERTAMA : Ia menjelaskan kepada kita erti
rezeki yang sebenar. Salah satu
yang menarik perhatian saya ialah ayat ini. ”Setiap yang berlaku sama ada baik
atau buruk pada diri kita adalah rezeki dalam hidup kita”. Ya betul (sambil berfikir mengenai
diri sendiri).
“Allah bagi ujian untuk saya
lahirkan anak secara ceaser adalah rezeki bagi saya. Kerana pada hari ini saya
boleh menulis mengenai pengalaman saya melahirkan anak secara ceaser dan cara
saya menangani selepas pembedahan : hasilnya ada hamba Allah beli vitamin
Shaklee dari saya untuk set vitamin selepas pembedahan“
Banyak lagi erti rezeki yang dihuraikan oleh penulis dalam buku ini. Erti rezeki yang sebenar - benarnya. Milik kita belum tentu rezeki kita..
KEDUA : “Mencari
Rezeki vs Menjemput Rezeki” . Hari ini ramai orang mencari – cari
rezeki dengan kerja berhempas pulas. Membanting tulang empat kerat. Menggunakan
kudrat 4 kerat. Tapi tak ramai orang yang faham menjemput rezeki. Apa perbezaan
mencari rezeki dan menjemput rezeki
Senang saja. Contohnya
begini, katakan suatu hari kita ingin bertandang kerumah orang lain. Kita mesti fikir “emm...boleh ke ek?
Tak menyusahkan dia ke? Takut dia tgh tidur? Takut menganggu dia ke?.. Tapi berbeza kalau
orang datang menjemput kita datang kerumah. “Jemputlah datang ke rumah terbuka
saya esok”. “Saya baru pindah rumah jemputlah ke kenduri housewarming dirumah
saya esok”. Kita berasa senang hati nak datang kerumah tersebut.
Tapi cara kita menjemput orang datang kepada kita perlulah betul. Takut
orang yang kita jemput hanya berkata “In Sha Allah” saja tapi tak datang. Mudahkan
nak faham.
Begitulah konsep rezeki. Berpegang kepada 1 ayat iaitu pemberi rezeki hanya
Allah. Jemputla rezeki itu dengan amalan – amalan yang mendekatkan diri
kepada Allah. Ingat the point is "Menjemput dengan senang hatinya rezeki
itu datang kepada kita bukan mencari rezeki saja". (mudahnya menjemput
rezeki)
Tapi macamana pula kalau ada yang berkata. ”Rezeki tu memang datang dari
Allah. Tapi kita sebagai manusia kenalah berusaha” : Dalam buku ini dapat
menjawab semua kenyataan itu (memang menarik)
KETIGA: “STRATEGI MESTI BUAT
UNTUK MENJEMPUT REZEKI. Emm .. tak sangka strategi mesti buat dalam
buku ni sama macam ”list perkara kena buat setiap hari oleh leader shaklee
saya. List yang belum mampu saya penuhi semuanya SETIAP HARI”.
Dalam buku ini banyak ilmu yang saya dapat dan anda semua mampu buat. Islam
itu indah. Islam mengajar kita banyak perkara. Dalam bab ini juga menceritakan
mengenai perbezaan zakat dan sedekah. Zakat itu sebenarnya membersihkan harta.
Tapi sedekah itu menambahkan harta. Sedekah bukan saja menambah harta, tapi
menolak bala malah menyembuhkan penyakit !
KEEMPAT : MATLAMAT .. Tak sangka buku ini ada cerita pasal
matlamat dan impian. Betul. Saya tak rasa buku ini akan terkesan dihati
sekiranya saya tiada impian dan matlamat. Kerana saya duduk
dalam zon selamat dan selesa. Dan tak rasa amalan menjemput rezeki tu penting
kata – kata yang menarik perhatian saya :
"Jika hari ni kita Kaya, Allah boleh jadikan kita miskin esok nya.
Jika hari ini kita miskin, Allah boleh jadi kita kaya esoknya. Semuanya
ditangan Allah"
Bagaimana pula jika ada yang berkata. "Alah sipolan tu tak sembahyang
pun tapi kaya jerr... Dalam buku ini boleh menjelaskan kenyataan itu (memang
menarik)
"Sesungguhnya Kaya itu adalah satu
Ujian. Miskin juga adalah satu Ujian"
KELIMA : Cerita pedoman mengenai rezeki. Bagus juga untuk
dibaca kerana sangat memberi motivasi dan inspirasi
Mutiara kata oleh penulis yang membuatkan saya tersentuh:
“Saya berazam agar setiap mata yang pernah
memandang al-quran diberi peluang memandang buku ini”
Ilmu yang bermanfaat adalah
ilmu yang diamalkan. Saya pun sedang dalam usaha mendidik diri saya melakukan
amalan – amalan menjemput rezeki. Doakan agar saya berjaya melakukannya secara
ISTIQAMAH.
Kawan - kawan, jom miliki
buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini. Bagus untuk anda
semua. * promo (walaupun sebenarnya saya tak dapat apa - apa komisyen pun dari buku ini : cuma berharap saham akhirat j)
Rezeki dtg dlm berbagai bentuk, tidak semestinya harta dan wang ringgit. kesihatan yang baik adalah rezeki..... kebahagiaan rumahtangga dan keluarga adalah rezeki..... jiwa yang sentiasa tenang adalah rezeki.... dpt PA yg slim melim pun rezeki jugak kan.....
ReplyDeletebetul tu .. justeru, marilah kita menjemput rezeki kita..jemput rezeki kebahagian rumahtangga..jemput rezeki tenang dengan amalan menjemput rezeki
DeleteAlhamdulillah ..kesan penulisan saya ni, ada yang komen dah beli buku ini ... syukur - syukur ..apalagi kebaikan untuk saham akhirat yang saya boleh buat selain berkongsi perkara yang baik dan bermanafaat
ReplyDelete