Sebagai ibu, mesti runsing dan kasihan melihat bayi anda
terkena selsema. Pemberian ubat selsema sebenarnya tidak digalakkan diberi
kepada bayi dibawah umur 2 tahun. Saya juga pernah mengalami anak selsema
sebelum berusia setahun (*anak saya masih breastfeed lagi ketika ini). Ketika
itu, kasihan juga melihat anak saya dan pernah mengadu hal ini kepada adik saya
yang merupakan doktor perubatan. He said "biarlah hingus tu keluar
daripada tak keluar : sebab dia keluarkan lendir - lendir dan tak jadi kahak
yang tersimpan dalam dada dia". Kahak yang tersimpan dalam dada tak bagus.
Jadi apalah yang ibu boleh buat ?
Petua ini
saya dapat dari officemate (depan meja saya) dan rakan bisness shaklee. Anda
pun boleh mencubanya. Sapukan dada anak anda dengan kerap menggunakan minyak
jerslin. Boleh juga sapukan hidung anak anda dengan minyak jerslin sekiranya
tersumbat (*minyak jerslin ni tak panas). Minyak burung unta turut membantu
mengurangkan selsema. Sapu dibelakang dada anak anda dengan kerap pada waktu 1
hingga 3 pagi. (*disarankan guna sikit j kerana minyak ni panas sikit)
*anak saya
yang berusia 4 tahun pun saya cuba petua ini kalau dijangkiti selsema.
Alhamdulillah berkurang selsema anak saya. Dalam 4 atau 5 hari baik dah.
Syukur.. Kuasa penyembuhan sakit ni Allah saja yang beri. Jangan lupa berdoa
untuk kesihatan anak - anak kita. Doa ibu kan makbul
Minyak burung unta ni banyak jenis. *last week nurse kat klinik kesihatan cakap dengan saya, dia ada guna minyak burung unta jenis aromateraphy masa dia sakit nak bersalin dan dia pun akui minyak burung unta membantu mengurangkan selsema. Mungkin anda boleh cuba juga
Minyak burung unta ni banyak jenis. *last week nurse kat klinik kesihatan cakap dengan saya, dia ada guna minyak burung unta jenis aromateraphy masa dia sakit nak bersalin dan dia pun akui minyak burung unta membantu mengurangkan selsema. Mungkin anda boleh cuba juga
No comments:
Post a Comment