Thursday, December 26, 2013

8 Pelaburan Akhirat

Merongyeh - merongyeh juga .. tapi yang penting mesti beramal dengan Allah SWT..

Kadang - kadang entry dalam blog ni berbaur gembira - gembira .. sebelum ni, saya perasan kenapalah penulisan saya ni macam stress je .. tegak je .. tapi bila lama lama saya blogwalking, saya rasa bila baca blog orang lain yang menggembirakan, saya akan jadi happy dan ceria sepanjang hari..

Jadi, saya selit selitkan unsur unsu cerita yang gembira dan saya juga kongsikan manfaat manfaat agama apa yang saya baca .. bak kata salah seorang peserta 'Pencetus Ummah' : 'merongyeh - merongyeh juga tapi mesti beramal dengan Allah SWT..

Oklah, malam ni sebenarnya saya nak share 8 pelaburan akhirat yang saya petik dari majalah IMAN no 2 :

1. Berdoa ; ia senjata orang muslim ... sentiasalah berdoa .. jom kita selalu berdoa semoga allah kuatkan dan pelihara iman kita .. aminn

2. Memperbanyakkan amalan - amalan sunat

3. Membaca al-quran

4. Melakukan sembahyang malam

5. Sentiasalah berzikir ; zikir adalah terapi .. terapi ketenangan jiwa dan fikiran .. jom berzikir sekejap ;
                                                  La ila ha illallah , La ila ha illallah , La ila ha illallah
                                                                 (ha kan kamu dah berzikir ..)

6. Bersedekah ; rezeki bertambah berkat bila bersedekah

7. Menghadiri majlis ilmu

8. Zuriat yang soleh dan solehah

gapai pahala dengan teknologi
jom guna internet untuk sebar - sebarkan ilmu Allah ..

Omega guard : Kacang emas kegemaran Liya Zafirah

Hai lah .... memang gembira sangat sangat sangat bulan ni shaklee bagi promosi beli 6 percuma 1 omega guard (minyak ikan) ..

Kapsul berwarna kekuning - kuningan ni adalah supplement kegemaran anak kedua saya 'liya zafirah' .. atau dalam bahasa pasarnya ke'gila'an Liya Zafirah ..

Sebenarnya mama Liya Zafirah pun suka juga (sebab mama makan nak kekalkan berat badan memandangkan Liya Zafirah dah tak menyusu) .. Omega guard ni membakar lemak lemak jahat yang tekumpul dalam badan

Tapi sebenarnya ada banyak lagi kebaikan yang boleh kita dapat daripada kacang emas ni .. sebelum saya listkan manfaat omega ni, saya sebenarnya excited nak cerita pasal Liya Zafirah (anak saya yang juga consume omega guard) ..

Kalau boleh setiap hari bulan disember ni nak cerita testimoni dari anak saya ni .. kalau boleh letak ikon feeling excited macam status FB...letak feeling feeling tu 6 kali .. he he he ..

Betullah, bila kita nampak kesannya depan mata kita ..atau kesannya pada diri kita, kita akan over over and over excited giteww nak share ..

Dari hari ke hari, zafirah akan tunjuk skill yang buat mama ketawa, impress, kagum, tak percaya dan macam - macam lagi .. Yelah, masakan anak kecil yang baru berusia 2 tahun dah boleh berfikir dalam sampai macam gitu sekali .. Sayangku liya zafirah, you just 2 years old ; tak padan betul pemikiran kamu dengan usia kamu ..

Ceritanya bermula macam gini ..

Sekarang ni tengah glamour ayat "macam canteek jee .. macam comel jee" ... dan saya tak hairan zafirah dapat tangkap ayat - ayat tu (sebab pengasuh zafirah muda muda belaka) .. kalau dulu, zafirah memang terer buat aksi giyomi giyomi .. tapi sekarang dah pandai ulang ayat macam canteek jee .. macam comel jee..

Yang ni mama tak la terkejut sangat, tapi satu hari tu masa pagi pagi, zafirah suka tidur style katak (sejuk kot) ..jadi mama ni suka nyakat anak mama ni .. mama cakap kenapa tidur macam katak ni, sambil betulkan kaki zafirah .. macam katak jee .. zafirah dengan mamai mamai bangun dan cakap ayat ni pada saya

 macam katak jee... macam geli jee .. 

ahahahahahah :-) ... aduiii, sampai hari ni kalau saya teringat, memang saya sengih sorang - sorang .. zafirah zafirah .. kamu ni macam sponge .. bukan saja sedut dan serap .. tapi boleh matchkan ayat dengan situasi

 tidur macam gini pun bolee kan ? :-)

Minyak ikan (omega guard shaklee) adalah pilihan terbaik, kerana ianya disaring beberapa kali untuk mendapatkan 99% ketulenan omega 3 yang terkandung didalamnya .. semua bendasing yang tidak selamat telah ditapis, ia melalui penyelidikan bertahun - tahun dan yang paling seronoknya ia HALAL ..

dan yang buat saya lagi seronok, bila kawan saya gembira dan bersyukur sangat - sangat kerana dengan izin Allah, selepas beri ayahnya Omega Guard, sakit batu karang yang ayah dia hidapi keluar ikut air kencing .. nak baca luahan hati kawan saya tu boleh klik sini

Okeylah, dihujung entry malam ini ; just nak share dengan anda semua 26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout


(kredit pada sihatmacamyaya.blogspot)

Boleh dapatkan omega guard shaklee dari saya juga .. promosi hebat ini hanya ada di hujung tahun ini saja .. jom dapatkannya sebab ia bukan untuk kanak - kanak saja, malah kita boleh dapat lebih dari satu kebaikan dalam sebotol kacang emas ini untuk kesihatan diri kita

jangan malu malu nak cuba ya .. whatsapp 0137669176 (khairul bariyah)

Wednesday, December 25, 2013

Terjadi kerana kebetulan

Percaya rukun Iman ke 6 (beriman kepada qada' dan qadar)

Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. 
 Dimana semua perkara yang berlaku adalah didalam pengetahuan Allah Ta'ala

 Berimanlah bahawa hanya Allah Ta'ala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan didunia ini. Sebagai manusia kita adalah lemah dan perlu bantuan Allah Ta'ala.

Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya
 
percaya kepada qada dan qadar

As a muslim, jagalah kata - kata kita agar ia tidak mengurangkan keimanan kita pada Allah SWT dengan rukun iman yang ke 6 ini

Muhasabah diri .. mari ubah cara berfikir dan berkata - kata , kerana ianya menggambarkan siapa diri kita sebenarnya 


untuk sahabat ku .. La Tahzan : innallah ha ma'ana

Omega guard : Bagus untuk sumber DHA

siapa yang tidak tahu kebaikan minyak ikan ? rasanya semua orang tahu minyak ikan bagus untuk sumber DHA. Apa yang membezakan minyak ikan shaklee dengan jenama yang lain adalah gambarajah ini :

omega guard shaklee
Satu biji omega guard shaklee memberikan 99% omega-3 berbanding jenama - jenama lain ..(kredit gambar pada vitaminpilihanibu)

Liya zafirah adalah satu satunya testimoni yang suka saya ceritakan. Sebab ia berlaku dihadapan mata saya. Saya dapat lihat she is like a sponge (kuasa memorinya sangat mudah meng ingat dengan setiap persekitarannya)

Saya ada cerita sedikit sebelum ni tentang kebolehan liya zafirah anugerah oleh Allah pada anak saya. Boleh klik sini jika mahu membaca ..

Dan lately, mama selalu terkejut dan tak menyangka akal anak mama ni.

Dialog dipetang hari : asyad aiman 4 tahun, liya zafirah baru 2 tahun

Arsyad aiman : mama.. nak air masak .. mama nak air masak ..(sambil merengek rengek)
Mama : ambillah kat dapur tu .. abang dah besar kan...
Liya zafirah : (kat dapur main apa ntah .. tetiba bawa air dalam cawan)
Mama : tu adik bawa air tuh.. minta air kat adik ..
Liya zafirah : ni firah bawa air masak ..ada dua

Mama : *terkesima sekejap .. macamana adik pandai mengira ni .. baru 2 tahun dia pandai buat conclusion bila pegang air pada tangan kanan dan tangan kiri maknanya jumlahnya DUA !

Bravo bravo bravo ... dan mama masih speechless sehingga kehari ini

Pastikan beli minyak ikan dan bukan lemak ikan ye ..

Boleh dapatkan promosi YES 2013 omega guard shaklee dari saya .. ready stock untuk anda .. whatsapp 0137669176 (khairul bariyah)

Hikmah di sebalik susah

cerita motivasi

Seorang kanak - kanak menemui kepompong seekor kupu - kupu. Dia duduk dan mengamati selama beberapa jam kupu - kupu dalam kepompong itu berjuang memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian, sang kupu - kupu berhenti bergerak. Kelihatan ia sudah berusaha sedaya upaya dan sudah tidak mampu lagi

Akhirnya kanak - kanak itu memutuskan untuk membantunya. Dia mengambil gunting dan memotongt kepompong itu. Kupu - kupu itu keluar dengan mudahnya. Namun, ia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, serta sayap - sayap yang mengerut. Kanak - kanak tersebut terus mengamatinya, kerana dia berharap bahawa pada suatu saat, sayap - sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuh di kupu - kupu.

Sayang .... semuanya itu TIDAK AKAN TEJADI ..


Akhirnya kupu - kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh kembung dan sayap - sayap mengerut. Ia tidak dapat terbang. Tidak akan pernah...

Apa yang tidak difahami dari kebaikan dan ketergesaan kanak - kanak tersebut adalah kepompong yang menghalang dan perjuangan yang diperlukan kupu - kupu untuk melewati lubang kecil tersebut adalah cara Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu - kupu itu mengalir kedalam sayap - sayapnya. Begitulah sehingga ia dapat terbang setelah bebas dai kepompong tersebut.

Kadangkala, perjuangan adalah apa yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan, itu mungkin malah melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat seperti sepatutnya kita mampu. Kita mungkin tidak pernah dapat terbang

Ya, Allah .. dengan rahmat dan kasih sayangmu ..

Aku memohon kekuatan akan segala cabaran dan dugaan hidup ini

Omega guard : Apa yang saya dah lalui

semalam masa saya berbual - bual dengan rakan ofismate saya, kami berbincang pasal topik penyelidikan . Salah satu P yang tak lari dengan bidang tugas saya. Dan rakan saya share kata - kata Prof. Dr Adlina

"Sebenarnya research ni tak sukar..ia boleh berlaku setiap hari dalam hidup kita"

ya, it's true .. saya memang suka selidik dan perhati terutama tentang anak - anak saya .. dah jadi bahan kajian dah anak soleh dan solehah berdua ni..

Apa yang saya nampak, breastfeeding ni memang memberi impak yang sangat nyata. Bilamana, semasa saya breastfeed anak sulung ; saya consume suplemen X .. tapi bila saya baru ketahui fungsi silica gel dalam suplemen, saya berhentikan pengambilan suplemen X tu..

Kemudian, masa saya breastfeed anak kedua ; saya consume suplemen Shaklee .. selain set breastfeeding basic, ESP, mealshake saya juga consume Omega Guard (minyak ikan) ..

Minyak ikan ni saya ambil sebab nak kawal berat badan , bila ramai yang menegur mangkin tembam sebab pola makan yang tidak berubah (masa awal awal breasfeed sy memang tak kawal makan,dan zafirah fully breastfeed jadi badan tetap slim melim .. bila zafirah dah setahun lebih, penyusuan susu ibu dah bukan keutamaan, tapi sebab dah terbiasa makan banyak..akhinya cepatlah badan ni naik)

Apa yang saya perhatikan anak sulung saya memang suka makan suplemen X .. mungkin masa saya breastfeed dia rasa apa yang saya makan .. Manakala anak kedua saya penggemar no 1 Omega Guard (minyak ikan) .. ESP, alfalfa, b complex tu tak lah saya cuba bagi rasa pada anak saya

Bila saya bagi omega guard pada anak sulung saya ; nampaklah terkelat kelat muka dia pastu dia bagi saya balik .. aiyooo la anakkk .. dah gigit baru bagi mak ..kuat betul bau ikannya bila gel luar tu dah pecah ..

Tapi berbanding dengan anak kedua saya ; pantang nampak botol omega guard ..

Rasa ikan ni bukan semua kanak - kanak gemar .. tapi bila ibu cuba makan semasa breastfeed ; tak sukar nak bagi mereka makan sebab mereka dah biasa dengan rasa minyak ikan

Jadi dari cerita ni, saya double standard tak dengan kedua - dua anak saya ? hi hi hi :-)

Tak.. mama sayang kedua -dua kamu ..untuk anak sulung saya ; mama bagi mealshake

liya zafirah 2 tahun : arsyad aiman 4 tahun

Ibu - ibu yang breastfeed ; cuba consume omega guard ..

sebab

Omega guard shaklee ni banyak khasiat antaranya :

  • merendahkan kolestrol jahat
  • mengurangkan risiko kebas2 kaki
  • membantu warm the chest    
  • bagus untuk kurangkan serangan gout dan ateritis   
  • kurangkan masalah PMS   
  • membantu cairkan darah  
  • bagus untuk sumber DHA
  •  
Promosi YES tahun ini adalah omega guard .. jangan segan segan nak try dari saya k .. sekiranya berminat boleh whatsapp 0137669176 (khairul bariyah)

Tuesday, December 24, 2013

Bila ulat pun berzikir

"Banyakkan membaca jika mahu berjaya.. "

ya, saya setuju .. ilmulah senjata paling ampuh dalam menangkis serangan yang berlaku .. selama ini masa saya menuntut master saya selalu kata begini..

"time master ni la pulun habis - habisan..pasni saya mahu rehat .. termasuklah rehat tak mahu baca buku .."

hi hi hi .. akhirnya saya memang dapat apa yang saya mahu kan .. CPA master saya 3.80 .. research master saya adalah apart of international research (research undergrant jaringan kerjasama 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Sepanyol dan German)

Bila saya masuk dibidang pekerjaan, perasaan kurang rajin membaca ni mangkin lama bertambah - tambah.. saya hanya baca apa yang saya nak mengajar hari itu saja..habis kerja tutup buku dan banyak layan televisyen

Kemudian sampailah satu ketika apabila saya berkawan dengan orang - orang yang berjaya dalam perniagaan ni ..bukan saya dapat jaringan kawan - kawan yang luas, tapi yang seronoknya..we always remind each other supaya banyak membaca .. Ini juga adalah rahsia orang orang yang dah berjaya dalam perniagaan

dan akhirnya saya memilih buku buku kerohanian..untuk mengisi jiwa yang kosong.. refresh dan tambah ilmu agama yang kurang diambil perhatian .. penulisan ini sangat menyedarkan saya .. bila ulat pun berzikir .. mengapa tidak saya .. hamba Allah yang diberi sifat sempurna ..diberi rezeki yang melimpah ruah, diberi rahmat, diberi kasih sayang ..

berzikir
sumber : Sujud isu 2
marilah berzikir bersama - sama saya

La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah

semoga diri ini jadi insan yang sentiasa berzikir kepadaNya .. amin

Friday, December 20, 2013

Suplemen agar anak anak hebat

Do and Don't bagi suplemen untuk ibu hamil

Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal - bakal ibu.

"wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih dari biasa bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum."

Memetik kata - kata Faten Fareza (pakar farmasi) ; supplemen yang bersesuaian diawal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan spina bifida dan kecacatan tiub neural.

spina bifida

Asid folik turut disarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah salah satu suplemen yang penting.


Kenapa perlu banyak vitamin ?

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu.

"Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Mutivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesan bayi dalam kandungan.

Pengambilan minyak ikan

"Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan. 

*badan tak boleh hasilkan asid lemak ini rupanye ... kena ambil dari makanan

Omega 3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. pembentukan secara optimum sel sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

suplemen anak hebat minyak ikan
Suplemen yang dilarang

Biarpun tubuh memerlukan pelbagai zat zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang. Antara vitamin yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

GLA atau Gamma Linolecic Acid biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Teh hijau juga tidak digalakkan kerana teh hijau mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dan boleh menyebabkan dehidrasi.

Waktu pengambilan paling sesuai

bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan supplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu.

*oooo ..patutlah ada ibu yang mengadu HB tetap rendah walapun sudah ambil suplemen .. bukan salah suplemen .. tapi waktu pengambilan tidak sesuai

Jadi apakah waktu yang sesuai ? emm panjang bebenar nak taipnya ..boleh try whatsapp number ni untuk tau jawapannya .. :-)

pengedar sah shaklee desaru johor

Dan yang paling penting

Multivitamin yang mengandungi vitamin A atau retinol boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

Semak vitamin anda ! 
(sumber PaMa, oktober 2013)

Thursday, December 19, 2013

12 orang mustajab doa

Sama ada di dalam kesusahan mahupun kesenangan, berdoalah kepada Allah s.w.t

Berdasarkan hadis dan firman Allah s.w.t, beberapa golongan dijanjikan doa mereka dimakbulkan. Antaranya :

  • Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya.
"Tidaklah seorang Muslim berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuannya, kecuali malaikat akan berdoa untuknya, 'Bagimu yang semisal dengannya.'

  • Anak yang salih
"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang berdoa untuknya."

  • Orang yang banyak berzikir
"tiga jenis orang yang doanya tidak akan ditolak oleh Allah : Doa orang yang banyak berzikir, doa orang yang dizalimi dan doa pemimpin yang adil."

  • Orang yang dalam kesusahan
"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesusahan apabila dia berdoa kepada-Nya.."(an-Naml :62)

  • Anak yang berbakti kepada kedua - dua ibu bapanya
"Sungguh, Allah benar - benar akan mengangkat darjat hamba-Nya yang salih di syurga hingga haba itu bertanya. "Wahai Rab, dari mana aku mendapat darjat (yang tinggi) ini?. Allah menjawab ."kerana permohonan ampun anakmu untukmu."

  • Orang yang bermalam dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah
"tidaklah seorang Muslim bermalam dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah, dia terbangun diwaktu malam dan berdoa kepada Allah agar diberi kebaikan dunia dan akhirat kecuali allah akan mengkabulkan doanya."

  • Orang yang terbangun daripada tidur. 
"barangsiapa yang terbangun di malam hari, kemudian membaca 'la ilaha illallah wahdahu la syarikalah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai'in qadir. Alhamdulillah, wasubhanallah, walaailaha Illallah , wallahu akbar, wala haula wala quwwata Illa billah." kemudian dia berdoa, maka Allah akan mengabulkan doanya.

  • Orang yang berdoa dengan doa nabi yunus
  •  Orang berpuasa dan pemimpin yang adil 
  • Musafir
  • Orang yang dizalimi
  • Orang yang menunaikan haji dan umrah

jom beramal ..
sumber : majalah IMAN, no 8

Sunday, December 15, 2013

Promosi Disember 2013 : Omega guard

Alhamdulillah vitamin yang family saya suka termasuk abah dan anak anak ialah omega!

Omega guard shaklee ni banyak khasiat antaranya :

- merendahkan kolestrol jahat

- mengurangkan risiko kebas2 kaki

- membantu warm the chest (sebab tu ada testimoni dari consumer anak - anak kurang selsema lepas ambil omega guard)

- bagus untuk kurangkan serangan gout dan ateritis

- kurangkan masalah PMS

- membantu cairkan darah

- bagus untuk sumber DHA 

promosi omega guard
Dalam bulan ini, dengan pembelian sebanyak 6 omega guard shaklee akan dapat percuma 1 omega guard ..

Boleh dapatkannya dari saya .. ready stok untuk anda :-)

Saturday, December 14, 2013

Vivix Shaklee : Testimoni sendiri

Vivix shaklee buat hidung saya mangkin mancung dan dagu terbelah dua

Eh ! melampau tak statement diatas ni ..macam nak memuji diri sendiri plak .. hi hi hi..


Sebenarnya, saya memang memiliki hidung yang mancung dan dagu terbelah dua .. nak kata keturunan campuran tak langsung ada .. memang pure orang jawa.. hi hi hi.. tapi, agaknya masa mengandungkan saya mak suka tengok cerita hindustan kot..

apa tu orang kata "terkenan"

bila kalian baca ayat tadi tu mesti korang dok fikir "mesti macam cantik jee penulis blog ni" : hi hi, tak la cantik..biasa biasa je..anugerah Allah ni semuanya cantik..bukan saya punya

Sejak dah lama kawin dan beranak dua ni, macam perasan plak .. kenapala hidung ku mangkin kembang (rasa macam isteri Shrek plak) ..hi hi..dagu pun macam dah hilang sikit.. kenapa ye jadi macam ni? he he..

Dan oleh kerana bulan lepas adalah promosi vivix shaklee dan kebetulan anak dara saya liya zafirah dah 2 tahun.. Jadi saya pun rasa teringin juga nak cuba..

Lebih - lebih lagi bila pertama kali jumpa upline saya Master Norita (subhanallah ; teruja saya dengan kecantikan yang Allah bagi pada kak N)..

Masa tu saya terus dalam hati terus berkata - kata macam ni, "keciknya hidung kak N" ..(terus pegang hidung sendiri) .. kenapa bila usia saya mangkin lanjut hidung mangkin kembang ni ..rasa macam orang mengandung 8 bulan plak kembangnya .. 

Lepas tu terus rasa, nak try vivix shaklee la ..

Yup, saya akui vivix shaklee memang mahal .. tapi saya boleh bagi 5 bintang untuk tonik ni ..

Hampir sebulan saya consume vivix shaklee, saya dapat rasa .. hidung macam kembali macam anak dara dulu (tak kembang).. kulit muka mangkin cerah dan moist ..jerawat dah segan nak muncul.. dan yang paling seronoknya (kulit seluruh badan mangkin cerah dan lembut sangat).. :-)

sampai kan satu hari masa saya makan di kedai makan pakistan husband saya tegur,

Suami : awak, kalau makan sorang sorang kat sini mesti dorang ingat awak orang pakistan .. muka awak kan macam pakistan sikit

Saya : abang ni, dah 6 tahun kawin baru pertama kali saya dengar abang puji saya (sambil rasa kembang dalam hati)

hi hi hi .. saya tidaklah seputih orang pakistan .. cuma allah bagi anugerah hidung mancung dan dagu terbelah dua

testimoni vivix shaklee
vivix shaklee berfungsi memperbaiki sel yang rosak dan memperbaharui sel sel baru yang telah mati ..

nak tengok hidung kembang saya : boleh klik sini

Tuesday, December 10, 2013

Vivix Shaklee : Bila pertama kali mencuba

While zafirah dan 2 tahun, banyak juga produk shaklee yang saya teringin nak cuba. Salah satunya

Vivix shaklee

Ibu breastfeeding tak digalakkan consume vivix shaklee ye.Walaupun sebenarnya zafirah masih menyusu (aduh, sukar juga nak pisahkan ni), tapi tiada masalah sebenarnya nak cuba vivix shaklee (sebab penyusuan susu ibu bukan perkara utama bagi kanak - kanak berusia 2 tahun)

"Ibu - ibu yang masih breastfeeding kan anak dalam lingkungan usia 2 tahun jangan ambil vivix shaklee ye. Yang dah abis fasa tu boleh mencuba macam saya"

ok lah, nak share true story ; vivix shaklee memang terbaik untuk mereka yang sangat obses untuk cantik. sebab bukan cantik je yang kalian dapat, tapi banyak lagi perkara baik untuk kesihatan tubuh badan yang kalian boleh dapat dalam sebotol vivix. Consume 1 sudu teh sehari je (sesuai untuk mereka yang tak suka telan supplement dalam bentuk pil)

Testimoni diri sendiri selepas mencuba vivix shaklee (saya bertudung kuning)
testimoni vivix shaklee  
Jika anda tak mampu nak memiliki vivix shaklee, ada supplement lain dalam bentuk pil yang bagus juga kesannya untuk cantik dengan selamat.

Masa awal awal lepas bersalin dan breastfeed liya zafirah, saya memang ikut rutin harian consume supplement ibu berpantang dan ibu menyusukan anak. Dan saya akui, kesannya boleh lihat juga pada kulit. Cuma bila dipenghujung fasa breastfeed (bila zafirah dah nak masuk 2 tahun) rutin tu macam dah lari sikit dari jadual. Bila pemakanan seimbang kurang dijaga, supplement pun tak ikut rutin (memang nampak kesannya bukan kat kulit je tapi kesihatan kita)

Jadi, kalau rasa macam malas je nak consume supplement, cubalah try vivix shaklee (sebab cuma perlu consume 1 suduh teh sahaja setiap hari).. in sha allah, memang berbaloi

Tak tahu nak dapatkannya dimana ?

Feel free untuk whatsapp 013 7669176 (khairul bariyah) untuk pembelian vivix shaklee ye

Saturday, December 7, 2013

Vivix Shaklee : Kerana excited

Hasil S yang pertama (Satu Sudu Sehari)

November adalah untuk promosi untuk vivix shaklee .. dan oleh kerana tempoh breastfeeding sudah 2 tahun, jadi perasaan nak cuba vivix shaklee ni teruja plak .. (manalah tahu boleh challenge lagi cantik dari ayu raudhah .. hi hi hi ..menyampah tak?..jangan marah ye..)

Rasa vivix shaklee ni macam ribena yang pekat, dan dihujung - hujungnya rasa kelat .. masa memula minum tu tak baca betul - betul kat direction botol tu ..jadi oleh kerana excited punya pasal .. mama ambil 1 sudu makan .. fuuuhhh terus perasan rasa cantik macam ayu raudhah.. ha ha

Lepas beberapa jam, mama rasa berdenyut denyut kat pipi ni ..eh pelikla .. mungkin badan saya tidak bermasalah (jadi kesannya cepat la dapat rasa kot) .. terus berangan..wah .. pipi ku dah berdenyut denyut .. memang betul awet muda lah tonik ni ..

tak lama lepas tu, teringin plak nak google google dan baca pengalaman mereka yang pernah cuba vivix shaklee ni .. pastu baru perasan cara pengambilan vivix shaklee rupanya hanya 1 sudu teh saja .. bukan 1 sudu makan .. patutla berdenyutnya cepat .. hi hi ... excited punya pasal ..

walaupun tiada larangan untuk consume vivix shaklee lebih dari 1 sudu teh .. tapi 1 sudu teh sudah cukup untuk membekalkan ORAC yang diperlukan oleh badan .. dan memberikan banyak kesan positif yang lain

sesudu teh vivix
Lepas ambil 1 sudu makan , terus upload kat FB (hu hu excited punya pasal)

Susu Ibu : 35oz bersedia untuk dilupuskan

S yang pertama iaitu 'sisih'

Ya Allah, lamanya saya tak update blog.. hampir sebulan lamanya .. how time flies .. tak sangka sebulan blog ni disepikan ..

Hujung tahun adalah masa yang sangat mencabar pada saya ..sebab banyak perkara yang memerlukan saya untuk closing ..bukan closing shaklee ye anak anak.. Tapi closing bagi bidang tugas saya la ye (semua memerlukan report dan penelitian ; agar tidak ada quiry untuk sesi audit akan datang)

Oklah, hari ni perasaan nak cerita tentang susu ibu .. while zafirah dah 2 tahun, saya dah tak buat aktiviti rutin harian dengan mengepam .. sekarang adalah tugas tugas nak clearkan peti ais dengan susu ibu perahan ..

Ya, ini status 17 november : sisih 35oz susu ibu daripada deep frezer

susu ibu perahan
Bila dikumpul - kumpulkan tak percaya pulak 350z susu ibu ni bersamaan dengan setengah jug air .. hi hi hi ... kelakar pun ada juga ... macam nak serve orang minum dengan susu sendiri plak bila susu perahan tu ada dalam jug air

Ada juga yang bertanyakan kepada saya.

'tak bagi ke susu perahan tu pada anak ? sayangnya ..

1 tahun 4 bulan, zafirah demand yang fresh saja dengan susu ibu .. she's prefer direct feeding .. kalau susu perahan ni terkulat - kulat dia nak minum .. ya, might be dia dah pandai minum milo, susu kotak dan lain - lain (dah setahun lebih kan..)

Pengasuh kata, 'dia dah tak nak la kak, susu yang akak bekalkan' .. tak pelah, saya tak kecewa sebab pada usia 1 tahun sebenarnya susu ibu adalah pelengkap saja.. dan makanan seimbang adalah perkara utama ..

Tapi saya akan pastikan, diwaktu balik dari taska dan dihujung minggu, zafirah fully direct feeding .. alhamdulillah (saya berjaya capai target sehingga zafirah berusia 2 tahun)

Macamana ?

Walaupun zafirah dah menolak susu perahan ketika usia 1 tahun 4 bulan, saya tetap mengepam macam biasa.. untuk hantar isyarat pada otak, susu ibu masih lagi diperlukan.. dan pengaliran susu ibu tetap lancar..sehingga zafirah 2 tahun pun, alhamdulillah stok susu ibu tetap ada untuk zafirah ..

Dah pam, terasa sayang plak nak buang..jadi saya biarkan saja dalam deep freezer..sebagai koleksi dan penyedap mata saya memandang..

Sekarang ni, sesi sisih semuanya .. selamat tinggal susu susu ku ...

Perkenalan dengan set breastfeeding shaklee tak pernah menghampakan .. alhamdulillah, syukur ..

Friday, November 22, 2013

Anggur luar biasa

"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh - tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluakan pula dari tanaman itu butir - butir buah yang bergugus - gugus; dan dari pohon - pohon tamar (kurma), dari mayang - mayangnya (Kami keluarkan) tandan - tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda - tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang - orang yang beriman." (surah al An'am ayat 99)

Anggur adalah antara buah - buahan yang disebutkan di dalam al-Quran (sumber ; Sujud, isu 02, 2013)

anggur

Anggur luar biasa besarnya iaitu anggur muscadine (merupakan salah satu ramuan dalam Vivix)

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.

Saiz daripada anggur muscadine adalah sebesar bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ini membuat ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.


 beza anggur muscadine dengan anggur biasa


Anggur ni harganya sangat mahal ..dalam RM100++ ..(memetik status fb master shahreza).. *dan saya pun tak pernah nampak anggur ni dijual dimana, lagikan nak beli selalu kan ...

Selepas dilakukan kaji selidik anggur ni, ahli sains dari University Georgia membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti penuaan

Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan estrak dari anggur hebat ini dan gabungan 3 item lagi iaitu elderberry, purple carrot dan polygonum cuspidatum dan akhirnya terhasillah Vivix. Eksklusif dari Shaklee

Dengan hanya sesudu teh Vivix dari Shaklee, mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC)

ORAC ialah Oxygen Radical Absorbance Capacity Test

Penutup entry kali ni, saya nak share anda semua testimoni vivix shaklee ..


 alternatif supplement untuk penghidap diabetes

vivix untuk darah tinggi
alternatif supplement kencing manis

vivix untuk kayap
alternatif supplement penyakit kayap

vivix untuk stroke
 alternatif supplement stroke

vivix untuk perokok
alternatif supplement perokok tegar

(semua sumber testimoni ada di setiap gambar)

vivix ayu raudhah

Consume vivix bukan dapat cantik saja, tapi kesihatan yang lebih utama dengan izin Allah .. ayu raudhah salah seorang yang consume vivix shaklee

Vivix lahir dari penyelidikan bertahun - tahun dan diuji kualitinya

Sunday, November 10, 2013

Semak vitamin yang anda ambil

Sangat mengejutkan .. 

Tapi inilah fakta saintifik hasil penyelidikan bertahun - tahun ..

Hasil landmark study menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil supplement adalah kurang terdedah kepada penyakit diabetes, heart attack, stroke, coronary heart disease dan lain - lain berbanding mereka yang mengambil supplement

*aiyoo .... semak supplement / vitamin yang anda ambil .. adakah ia bersifat semulajadi ? adakah ia mempunyai silika gel dalam botol vitamin tersebut ?


Silica gel dalam vitamin sintetik ni sebenarnya berfungsi sebagai moisture absorption (bertujuan menyerap lembapan) .. apabila lembapan tidak diserap dalam vitamin yang tidak semulajadi maka Chemical Reaction akan berlaku pada vitamin tersebut ..

hati - hati ..dengan vitamin sintetik ...bahaya pada tubuh badan kita .. *kalau nak tahu apa tu vitamin sintetik boleh klik sini

Mengapa Shaklee Begitu Berbeza ?

  • Lebih 100,000 ujian kualiti tahunan
  • Sehingga 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru
  • Lebih 65 saintis menjalankan kajian & pembangunan keatas pelbagai bahan dan produk


dan ini juga salah satu perbezaan shaklee 'sentiasa berkesan'

Dr Bruce B Miller ni merupakan pihak ketiga yang membuat kajian tentang produk - produk shaklee. Bermakna hasil dapatan kajian memang tak bias dengan produk keluaran shaklee. Kajian keatas produk shaklee telah di publish di dalam pelbagai jurnal.

*siapa yang pernah terlibat dengan penyelidikan must understand bukan senang research paper nak publish dalam jurnal (sebab ia jadi rujukan tak kira saintis dan orang lain). Jika dapatan kajiannya main hentam keromo, pastu saintis rujuk ..  ia boleh mengancam nyawa manusia


kalau yang kat atas tadi tu Journal daripada kajian Dr Bruce B Miller sahaja, tapi kajian keatas shaklee juga  disokong melalui 100 lebih terbitan saintifik bertulis


dan satu kajian unggul terhadap pengguna supplemen menunjukkan, mereka yang mengambil supplemen shaklee dalam jangkamasa lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau langsung tidak mengambil sebarang vitamin


fuhh..lega rasanya nak kongsi apa yang saya dapat dari kelas ni .. shaklee is born from research .. bukan sebarang vitamin ... it green, it safe, it work and it halal too

Friday, November 8, 2013

Makan buah pun ada adabnya

emmm , everyday i learn something new and interesting .. and i love to share .. 

Jadi hari ini mari kita pelajari ilmu daripada pakar pemakanan terhebat dunia iaitu Baginda Nabi SAW yang ditulis oleh Ustaz Abd. Wahab Ali dalam majalah ANIS, bilangan 194

Nabi Muhammad SAW suka makan dua benda yang mempunyai dua sifat yang berbeza seperti timun bersama tamar atau tembikai bersama tamar. Maulana Zakaria al-Kandahlawi menyebut dalam Syarah Syamailnya bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakan tamar bersama mentega

Kenapa makan dua benda yang mempunyai sifat berbeza ?

Pertama : Timun mempunyai sifat sejuk sedangkan tamar mempunyai sifat panas. Dengan mengambil kedua - duanya ia dapat menyeimbangkan sifat buah - buahan.

Kedua : Timun itu bersifat tawar. Jika dimakan bersama tamar, akan terasa juga kemanisannya. sama seperti yang dilakukan pada saman sekarang, orang menambahkan gula dalam minuman.



Beri hasil pertama kepada orang lain

Syeikh Bajuri seorang fakih besar dalam Mazhab Syafi'i dalam syarah syamailnya menyebut sunat menghadiahkan hasil atau buah pertama kepada para 'akabir' atau orang - orang besar. Itulah yang dinamakan keberkatan. Para sahabat menyerahkannya sebagai tanda hormat dan kasih sayang mereka terhadap penghulu mereka, nabi Muhammad SAW. baginda pula mendoakan keberkatan rezeki tersebut kemudian diberikan kepada anak - anak kecil yang berada disitu.

Kenapa Nabi memberikan buah - buahan kepada kanak - kanak ?

Perbuatan nabi mendahulukan kanak - kanak kecil menjadi bukti kesempurnaan hati baginda SAW. Hati baginda tidak terkesan dengan benda - benda baru seperti buah - buahan yang ada dihadapan mata.

Marilah kita mencari sudut - sudut sunnah yang boleh kita amalkan dengan buah - buahan ...

Selamat beramal ..

Kenapa perlu pilih vivix shaklee ?

memperkenalkan ...

 vivix shaklee tonik anti penuaan terbaik dunia yang mengandungi 10 kali resveratrol 

Penemuan revolusionari dalam ANTI PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR dan merupakan supplement ANTI PENUAAN TERBAIK DUNIA yang dibangunkan SELEPAS PENYELIDIKAN BERTAHUN - TAHUN oleh Shaklee.



dan saya suka dengan penerangan oleh salah seorang old timer dalam shaklee ni

kenapa perlu pilih vivix shaklee


Apa itu Vivix ?

Vivix merupakan tonik campuran polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel, termasuk membantu melindungi dan membaikki kerosakan DNA, mempengaruhi pengawalatur genetik untuk jangka hayat sel, membantu penghasilan tenaga dari mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE

Siapa yang perlu mengambil VIVIX ?

Sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan badan yang optimum. (Vivix tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusu, dan mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Apa itu resveratrol?

Ia merupakan bahan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan dan buah buahan seperti anggur. Resveratrol mengandungi antioksida yang berpotensi memperbaikki kesihatan. Ujian Makmal menunjukkan resveratrol melawan penuaan sel.

Berapa banyak resveratrol yang terdapat dalam VIVIX?

Setiap hidangan Vivix mengandungi 100mg resveratrol. Ekstrak resveratrol ini mengandungi 98% resveratrol semulajadi. Khasiat vivix ditambah dengan anggur muscadine, satu satunya anggur dengan kromosom ekstra.

Apa itu polifenol?

Polifenol merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksida dan kebaikkan anti-penuaan.

Adakah VIVIX sejenis produk antioksida?

Ya. Vivix mengandungi polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel.
 
Adakah VIVIX sejenis minuman jus dan apa beza VIVIX dengan produk yang terdapat di pasaran?

Tidak. Vivix merupakan tonik kesihatan eksklusif yang mengandungi resveratrol tulen dan ekstrak polifenol yang mempunyai manfaat yang banyak. Campuran polifenol ini  telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel.

Bagaimanakah pengambilan VIVIX?

Ia boleh diambil setiap hari, selepas sarapan atau makan tengahari. Goncang sebelum digunakan. Jumlah pengambilan adalah 1 sudu teh setiap hari.

Boleh atau tidak saya mengambil VIVIX lebih daripada 1 sudu teh setiap hari?

Berdasarkan kajian terbaru, tiada manfaat tambahan dengan mengambil Vivix lebih daripada 1 sudu teh sehari seperti yang dicadangkan.

Bolehkah saya mengambil VIVIX bersama supplemen Shaklee yang lain?

Ya. Boleh. Ia memberi kesan yang lebih baik bila diambil bersama sama. Walaubagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaikki DNA.

Adakah VIVIX mengandungi Alkohol?

Tidak. Vivix Shaklee disahkan halal.

Berapakah jangka hayat VIVIX?
 
Vivix tahan selama 9 bulan.

Mengapa perlu disejukkan selepas dibuka?

Ini adalah untuk membantu mengekalkan kesegaran optimum, warna dan aktiviti polifenol yang maksimum dalam Vivix. Botol yang belum dibuka juga perlu disejukkan.

Jika diminum mengikut cadangan pengambilan, berapa lamakah VIVIX mampu bertahan?

2 bulan.

Berapakah harga VIVIX?

bulan ini ada promosi , harga nya lain sikit berbanding bulan - bulan lain

Minyak zaitun dan minyak kelapa sawit

listen listen dan listen ...

eh, kenapa listen ? sebelum ni saya ada cerita tentang hobi baru saya ; "menggunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah SWT" dengan cara mendengar ilmu sambil tangan buat kerja ofis ..

Dan ada perkongsian ilmu yang sungguh menarik pada saya untuk dikongsikan. Tetapi oleh kerana audio tu mungkin dah lama diputarkan. Hari ni dah tak de dah audio tu. Jadi penulisan untuk entry kali ni berdasarkan apa yang mampu otak saya ingat ye..

Sebenarnya entry yang nak sangat saya tulis tu tentang minyak zaitun dan minyak kelapa sawit..

Selain mengambil supplement shaklee, saya juga menyukai makanan sunnah dan suka makan buah - buahan. Consume shaklee bukan bermakna, dilarang mengambil makanan sunnah dan memburukkan khasiat buah - buahan. Ramai yang telah salah faham. Tapi part makanan sunnah ni personally saya suka yang asli (makanan sunnah yang belum diproses)..suka makan buah kurma berbanding jus kurma yang telah diproses..suka makan delima berbanding jus delima yang telah diproses..dan sebagainya..

kalau teringin nak baca entry supplement shaklee vs makanan sunnah, boleh klik sini

entry ini juga menarik perhatian saya kerana saya adalah anak Felda..berkaitan juga dengan minyak kelapa sawit :-)

Dan hari ini saya sebenarnya nak cerita tentang minyak zaitun

Minyak zaitun seperti yang kita tahu adalah makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Tetapi sebenarnya minyak zaitun  hanya efektif untuk kawasan mediteranean sahaja.. bagi kawasan macam Malaysia, minyak sawit la yang paling efektif berbanding minyak zaitun..banyak kajian telah dijalankan dan menyatakan kebagusan minyak sawit (Prof. Datin Dr. Azizan Bt. Baharuddin) ..

"Minyak kelapa sawit adalah makanan secret sejak zaman firaun...makanan sunnah seperti minyak zaitun hanya khusus untuk kawasan mediteranean..minyak sawit berkhasiat utk kawsan tropika....tidak mengandungi transakti acid @ kolestrol..digunakan oleh para Dr untuk merawat penyakit..dan banyak lagi khasiatnya tak tertulis dan tidak terjangkau oleh akal fikiran saya.."

dan patutla indonesia sanggup membakar hutan untuk tanam kelapa sawit ... kenapa tajuk audio ini adalah surah yasin, jerebu dan pohon kelapa sawit ?

minyak kelapa sawit

Sebenarnya Prof. cerita tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan mengaitkan dengan jerebu yang berlaku akibat pembakaran hutan secara berleluasa oleh Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.. Dan sebenarnya dalam surah yassin, sudah diceritakan bahawa akan tiba suatu masa nanti api akan keluar dari pohon - pohon hijau .. dan ayat inilah terjadi apabila hutan hijau dibakar disebabkan tangan - tangan manusia sehingga merosakkan dan menyebabkan bencana jerebu

Banyak sebenarnya kesan jerebu..salah satunya ia memusnahkan plankton yang hidup atas air..apabila plankton mati..ikan tidak dapat sumber makanan..jika ikan tidak dapat sumber makanan akhirnya manusia pula mendapat kesan dan akibatnya..

Ma Sha Allah .. luasnya ilmu Allah seluas lautan..saya hanya tahu setitik air ...

seronok ilmu ni kan?, ilmu tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan ilmu supaya kita menjaga alam sekitar  

jom jaga alam sekitar

Gula cetus 60 jenis penyakit

Sebelum ni saya ada buat penulisan kaitan gula dan gemuk oleh Prof Dr Muhaya.  

Dan hari ni sebenarnya saya terjumpa satu artikel yang menarik iaitu pengambilan gula sebenarnya lebih berbahaya berbanding makan makanan yang tinggi lemak


Penyelidik British, Dr John Yudkin dalam bukunya yang bertajuk

'Sweet and Dangerous'

menunjukkan bahawa gula adalah punca yang lebih besar kepada masalah jantung berbanding lemak. Beliau mengambil contoh Masai dan Samburu iaitu suku kaum di Afrika Timur yang hampir tidak mempunyai masalah penyakit jantung langsung walaupun mereka makan makanan yang tinggi lemak !

Pendedahan ini sangat mengejutkan.

Terdapat 3 jenis gula iaitu :
  • Gula semulajadi : gula yang tidak diproses yang mengandungi kalori rendah dan nutrien tinggi. contohnya gula dalam buah - buahan, sayur sayuran ; maltosa seperti malt barli, sirap beras perang ; glukosa dalam buah seperti madu, jagung ; laktosa iaitu gula dalam susu dan madu yang tidak diproses dan ditapis
  • Gula terproses : gula yang diproses daripda sumber tumbuhan hingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Contohnya gula pasir
  • Gula buatan : contohnya seperti aspartame, acesulfat K dan sucralose. Terdapat juga gula alcohol seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi.
Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula terproses kerana tubuh boleh menukar banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila memerlukan tenaga.

gula cetus penyakit

DIET kaya gula akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras. Ini lama kelamaan akan melemahkannya dan menyebabkan kita diserang diabetes. Lazimnya pesakit akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada timbunan gula atau lemak. Keupayaan tubuh menggunakan kesemua lebihan lemak atau kolestrol daripada gula menyebabkan ia perlu di simpan.

Lemak akan di deposit dalam hati, jantung, arteri, tisu lemak, buah pinggang, otot dan lain - lain organ. Keadaan ini mendedahkan kita kepada atheroscleorosis, hati dan buah pinggang berlemak, sesetengah kanser, obesiti dan diabetes. Gula juga menghalang fungsi sistem imun dan meningkatkan risiko penyakit yang disebabkan sistem imun yang lemah seperti selsema, demam, AIDS dan jangkitan.

Kajian menunjukkan bahawa hampir 30 juta daripada kita menghidap diabetes jenis-2 manakala 70 juta individu yang lain dikategorikan sebagai pra-diabetes.

Takutnya dengan gula ......

vivix bantu pesakit diabetes


vivix bantu pesakit diabetes

Jom jaga kesihatan kita dari sekarang..Kalau ada saudara mara yang sudah menghidapi diabetes mungkin boleh ikhtiar dengan pengambilan vivix shaklee..

Shaklee is halal , always safe , always work and always green

Thursday, November 7, 2013

Shaklee November 2013 Promotion

Quick entry pagi ini sebelum menjalankan tugas - tugas hakiki





khairulbariyah akan memulakan cerita cerita di next entry akan datang ... bye ..

Tuesday, November 5, 2013

Vivix Shaklee anti penuaan terbaik dunia

Alhamdulillah.. anak - anak dah tidur...seharian melayan mereka .. emm, tak pe lah..manfaatkan quality time yang ada ..esok dah mula kerja ..tak dapat bermain - main dengan kalian berdua sepenuh hati

*ni gambar lama, gambar baru tak sempat nak di muat turun lagi


Ok malam ni sebenarnya saya nak sharing mengenai vivix shaklee 


Vivix shaklee ni merupakan satu penemuan revolusionari dalam ANTI PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR dan merupakan supplement ANTI PENUAAN TERBAIK DUNIA yang dibangunkan SELEPAS PENYELIDIKAN BERTAHUN - TAHUN oleh Shaklee.

*penyelidikan produk (part yang paling mahal dalam pembuatan sesuatu produk) .. penyelidikan bertahun - tahun tu

Di dalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada EMPAT mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.
  • Melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan - serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA
  • Memberi kesan positif kepada pengawalan genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.
Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular 
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.
Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) . Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel
  • Melambatkan pembentukan rotein AGE
Penimbunan berlebihan proten AGE (advanced glycation end product) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur

Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine') untuk melambatkan pembentukkan protein AGE yang menganggu keutuhan sel dan panjang umur

* vivix dikenali sebagai tonik anti penuaan terbaik kerana mengandungi 10 kali resveratrol berbanding produk anti penuaan yang lain (utusan malaysia, ogos 2013)

anti penuaan terbaik dunia

dan vivix shaklee juga merupakan produk semulajadi dan mempunyai banyak benefit berbanding produk - produk yang lain .. waaaaah 'hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day)Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC)'

vivix shaklee berbanding produk lain
*pilih supplement semulajadi , kerana produk yang bersifat kimia hanya akan merosakkan tubuh manusia yang bersifat alami. Dan yang bestnya, banyak kesan positif berdasarkan kajian klinikal mengenai vivix shaklee. Jom pilih vivix shaklee. ada promosi bulan november ni

Friday, November 1, 2013

Sains dan islam untuk kejayaan breastfeeding

sains dan islam
ya..knowledge is power.. selama 4 tahun sebagai ibu bekerjaya, rutin harian saya adalah mengajar dan membuat tugas - tugas pengurusan.. membaca jurnal untuk penyelidikan berkaitan bidang apabila nak publish paper untuk pembentangan ..menambah ilmu berkaitan bidang pula bila menghadiri kursus ..

dan yang seronoknya bila dapat tambah ilmu apabila menganjurkan kursus - kursus yang diluar daripada bidang.. *seronokseronok seronok

Saya realise masa saya remaja saya suka bidang yang mencabar dan menduga seperti engineering..tapi sejak dah jadi emak emak ni, macam minat tu dah teralih sikit pada bidang berkaitan anak - anak, masak - masak, jahit - jahit (ala - ala suri rumah giteww ler ..)..*nyampah tak baca statement ni?

Tapi sejak akhir - akhir ni, saya ada hobi baru.. "gunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah" .. jika saya tak sempat membaca; saya pilih mendengar ilmu sambil tangan keletak - keletuk buat kerja di ofis..
*rupanya mendengar orang bercerita ni lebih seronok rasanya, sebab kita boleh buat 2 kerja serentak..(mendengar sambil membuat kerja - kerja ofis)

Today i learn something new..dan sangat menarik..tentang SARAF VOGUS .. menarik rupanya saraf vogus ni... siapa yang expert dalam bidang perubatan rasanya tak naik hairan dengan saraf vogus ni..tapi bagi saya yang pertama kali dengar ni rasa teruja pulak bila dengar pasal ilmu sains dan islam tentang SARAF VOGUS ni

betullah..bila kita banyak mempelajari dan mengetahui sains, kita akan menyedari dan menginsafi diri bahawa hebatnya Allah dalam segala yang ada dilangit dan dibumi... Allahuakbar....semoga dengan ilmu sains ni, mampu meningkatkan dan memperkayakan amalan kita dengan Allah

saraf vogus ni merupakan saraf yang ada dalam badan manusia..saraf ni dia panjang dan berada di belakang sepanjang tulang belakang kita...dan saraf ini adalah saraf yang penting dalam menghasilkan hormon gembira, hormon stress dan hormon - hormon perasaan yang lain..yang ditekankan oleh Prof Datin Dr. Azizan ni salah satu contohnya ialah hormon oksitosin..

Berdasarkan kajian barat, saintis sangat kagum dan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah untuk mengAKTIFkan saraf oksitosin iaitu dengan cara kita bernafas (*bernafas dalam - dalam sehingga ke otot perut untuk kawal perasaan marah), basahkan muka dengan air, berbaring dan mantera.


Dal hal ini, Prof mengaitkan kaitan kajian barat dengan islam, which is ; dalam islam cara kita bernafas,menyiram air dan berbaring tu sudah diajar dalam islam iaitu dengan cara islam menyuruh kita mengawal nafsu amarah dengan cara berwuduk dan berdoa.

*saintis juga mendapati bahawa saraf vogus ni adalah jambatan kepada body dan soul.. aktifkan kefungsiaan saraf vogus supaya bersatu dengan roh untuk jadi orang yang lebih baik


Apa yang seronok sangat sampai saya terpanggil nak mengulas pasal saraf vogus ni ?

Pembaca yang mengikuti blog saya mesti pernah membaca mengenai hormon oksitosin dalam breastfeeding. bagaimana hormon oksitosin ni mempengaruhi penghasilan dan pengaliran susu ibu.

Dalam slot sains dan islam ni Prof tidak menceritakan mengenai kaitan diantara oksitosin dan breastfeeding ..tapi aktiviti - aktiviti ini, adalah salah satu tips kejayaan dalam breastfeeding (khasnya) dan kejayaan dalam hidup.

Ibu - ibu islam yang breastfeeding jom kita aktifkan saraf vogus dengan buat banyak - banyak perkara ini
  • Berwuduk
  • Berdoa
Ibu - ibu bukan islam yang breastfeeding mungkin boleh buat ini
  • Bernafas dengan menggunakan otot perut
  • Basahkan muka dengan air
  • Berbaring
  • Mantera
*ambil iktibar dengan ilmu Allah yang sangat luas..hebatnya ajaran islam yang sudah ditetapkan oleh Allah untuk umat - umatnya ..mantapkan usaha zahir dan usaha rohani untuk kejayaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...