S yang pertama iaitu 'sisih'
Ya Allah, lamanya saya tak update blog.. hampir sebulan lamanya .. how time flies .. tak sangka sebulan blog ni disepikan ..Hujung tahun adalah masa yang sangat mencabar pada saya ..sebab banyak perkara yang memerlukan saya untuk closing ..bukan closing shaklee ye anak anak.. Tapi closing bagi bidang tugas saya la ye (semua memerlukan report dan penelitian ; agar tidak ada quiry untuk sesi audit akan datang)
Oklah, hari ni perasaan nak cerita tentang susu ibu .. while zafirah dah 2 tahun, saya dah tak buat aktiviti rutin harian dengan mengepam .. sekarang adalah tugas tugas nak clearkan peti ais dengan susu ibu perahan ..
Ya, ini status 17 november : sisih 35oz susu ibu daripada deep frezer
Ada juga yang bertanyakan kepada saya.
'tak bagi ke susu perahan tu pada anak ? sayangnya ..
1 tahun 4 bulan, zafirah demand yang fresh saja dengan susu ibu .. she's prefer direct feeding .. kalau susu perahan ni terkulat - kulat dia nak minum .. ya, might be dia dah pandai minum milo, susu kotak dan lain - lain (dah setahun lebih kan..)
Pengasuh kata, 'dia dah tak nak la kak, susu yang akak bekalkan' .. tak pelah, saya tak kecewa sebab pada usia 1 tahun sebenarnya susu ibu adalah pelengkap saja.. dan makanan seimbang adalah perkara utama ..
Tapi saya akan pastikan, diwaktu balik dari taska dan dihujung minggu, zafirah fully direct feeding .. alhamdulillah (saya berjaya capai target sehingga zafirah berusia 2 tahun)
Macamana ?
Walaupun zafirah dah menolak susu perahan ketika usia 1 tahun 4 bulan, saya tetap mengepam macam biasa.. untuk hantar isyarat pada otak, susu ibu masih lagi diperlukan.. dan pengaliran susu ibu tetap lancar..sehingga zafirah 2 tahun pun, alhamdulillah stok susu ibu tetap ada untuk zafirah ..
Dah pam, terasa sayang plak nak buang..jadi saya biarkan saja dalam deep freezer..sebagai koleksi dan penyedap mata saya memandang..
Sekarang ni, sesi sisih semuanya .. selamat tinggal susu susu ku ...
Perkenalan dengan set breastfeeding shaklee tak pernah menghampakan .. alhamdulillah, syukur ..
No comments:
Post a Comment