Mahu jadi ibu yang terbaik !
Sebagai ibu,
saya mahu beri yang terbaik kepada anak - anak saya. Begitu juga anda semua
kan? Untuk melahirkan anak yang pintar, bukan bermula dari alam persekolahan.
Tetapi bagi seorang ibu, ia bermula sejak diijabkabulkan lagi. Islam
menyarankan agar bakal - bakal ibu berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh
dan solehah. Sekiranya disahkan mengandung, makanan yang baik perlu diambil
kerana otak anak - anak mula terbentuk sejak dialam kehamilan lagi. Kerana
itulah pentingnya pengambilan vitamin dan supplement semasa mengandung agar ibu
dan anak yang dikandungkan sihat.
Kesan tidak
mengambil berat pengambilan vitamin dan supplement akan menjejaskan kesihatan
ibu seterusnya anak yang dikandungkan. Ada seorang nurse sangat bising ketika
HB (hemoglobin blood) saya menurun ketika mengandung sehingga keparas merah.
Sebenarnya, HB yang selalu rendah tidak bagus kerana akan menjejaskan
perkembangan otak bayi yang dikandungkan.
kata nurse
tu : "HB mangkin rendah jer ni. Awak pensyarah. Kesian anak awak. Boleh
beri kesan pada kepandaian anak awak tau" . saya terdiam .
Pentingkan
pengambilan supplement semasa mengandung.
Pengamalan
pemakanan yang baik seharusnya diteruskan selepas kelahiran. Semasa mengandung
dan apabila kanak - kanak sudah boleh makan. Semasa berpantang dan menyusukan
bayi, pemakanan ibu harus dijaga kerana pengambilan jamu akan mengakibatkan
bayi cirit - birit.
Pengalaman
saya sendiri semasa berpantang anak sulung ; bayi mengalami PROLONG JAUNDICE
19mmg/mol kerana tidak menitikberatkan pengambilan supplement dan vitamin
semasa berpantang. Tapi minum air ikan haruan yang saya sendiri tidak perasan kandungan air ikan haruan itu mengandungi ginseng!.
Pengalaman
untuk anak kedua pula ; pengambilan supplement diambil dalam tempoh berpantang saya tapi masih degil untuk mencuba minum air kunyit asli yang diparut dan
diperah oleh mak saya (ketika ini, anak saya dah 3 minggu dan tidak terkena
jaundice ketika itu). Kesannya, anak saya meragam sepanjang hari ketika itu.
Atas pengalaman itulah, saya membuat kesimpulannya, apa yang bayi dapat adalah kesan daripada apa yang ibu makan. Sekiranya supplement diteruskan sepanjang penyusuan, mungkin banyak kesan positif yang anak saya dapat melalui susu tersebut. Walaupun, doktor perubatan kata "tiada bukti saintifik pengambilan supplement semasa menyusukan anak akan menyebabkan susu ibu lebih berkhasiat" , tapi saya percaya kepada analogi :
- ibu - ibu menyusukan kena makan makanan yang seimbang = mesti ada kesan pada bayi melalui pemakanan tersebut kan?.
- jika makan jamu = bayi cirit birit
- jika saya minum air kunyit = bayi meragam
Jadi jika makan supplement = adakah tidak ada kesan langsung pada bayi ?
Pada pandangan saya sebagai seorang pensyarah, kos untuk menjalankan sesuatu penyelidikan adalah sangat tinggi. dan kadangkala mengambil masa yang sangat lama untuk dibuktikan kebenarannya. bukti - bukti yang akan dikemukakan perlu mengambil kira banyak faktor persekitaran sebelum boleh digeneralisasikan dan disebarkan. Jadi, jika saya menunggu untuk keputusan tersebut, saya mungkin tergolong dikalangan orang yang rugi kerana ketika itu, anak - anak saya sudah besar. Lagipun supplement adalah bagus untuk tubuh badan saya sendiri jika tiada kesan saintifik keatas susu saya pun, saya sendiri mendapat manfaatnya.
Emm, banyak lagi journey breastfeed dan perkembangan cepat liya zafirah yang ingin saya kongsikan mengikut pemerhatian saya. Cukup untuk hari ini. Bersambung lagi ya
Liya zafirah : si montok gebu ketika berusia 3 bulan teruja tengok mama sedang buat cat fish theraphy di Langkawi
No comments:
Post a Comment