Sunday, June 2, 2013

Penyusuan Susu Ibu : Satu Jam Pertama Menyelamatkan Satu Juta Bayi

Dipetik dari buku program Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2007 Negeri Perak oleh seorang blogger. Tema pada tahun itu adalah :

penyusuan 1 jam pertama

“Penyusuan Susu Ibu : Satu Jam Pertama Menyelamatkan Satu Juta Bayi!!” 

See??? Betapa pentingnya satu jam pertama yang mana jika kebanyakan dari ibu - ibu mengaplikasikannya maka in sha Allah perkara berikut akan terbela sama :
  • Kesihatan yang baik datang dari antibodi yang mengalir melalui susu ibu
  • Kasih sayang yang terbina antara ibu dengan anak 
Dua item di atas adalah induk yang akan bertindak untuk menyelamatkan lebih ramai bayi dari segi kesihatan dan sahsiah mereka menjelang dewasa kelak.
Penyusuan awal susu ibu mendatangkan kebaikan kepada kedua - dua bayi dan ibu kerana :
  • Kolostrum membekalkan nutrien kepada bayi – beberapa titis pun dah cukup ye, sila jangan gubra kalau memang 5-6 titis je yang kluar pada permulaannya sebab kolostrum ini akan menjadi dos imunisasi pertama kepada bayi kita.
  • Tindakan ini membantu dalam penghasilan susu yang mencukupi untuk susuan seterusnya.
  • Ia terhasil akibat tindakan refleks hisapan bayi (baby akan pulun hisap pada satu jam pertamanya)
  • Menghalang ibu tumpah darah
  • Sentuhan dari kulit ke kulit adalah amat penting untuk bayi, supaya dia selesa especially baby yang tidak cukup berat dan baby yang tidak cukup bulan
 Bagaimana keadaan ibu pada 1 jam pertama selepas melahirkan ? 
  •   Ketika 1 jam pertama, secara realitinya ibu masih dalam keadaan lemah kerana proses bersalin yang berlaku
  • Ketika itu, apa yang difikirkan adalah untuk rehat, rasa nak berurut dan tidur tanpa gangguan langsung
Apakah alternatif yang ibu boleh buat bagi memastikan penyusuan 1 jam pertama ini berlaku adalah dengan mengambil vitamin bagi membekalkan tenaga kepada anda dan cergas sepanjang tempoh berpantang. Pengalaman saya sendiri semasa berpantang anak pertama dan anak kedua sangat berbeza. Pengambilan shaklee sangat membantu saya menjalani tempoh berpantang saya dengan sangat gembira. Walaupun saya hanya tidur 2 atau 3 jam diawal - awal kelahiran. Tapi badan saya rasa sangat cergas dan bertenaga. Boleh baca di sini
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...