Breastpump mana yang perlu saya beli ?
Ketika saya mengandungkan anak pertama saya, pemilihan pam tidaklah saya ambil begitu serius. Kerana ketika itu, saya YAKIN saya mampu menyusukan anak saya dengan baik. Pada saya, pam semuanya itu tidak penting. *masa tu mind set kata : tujuan menyusukan anak tu kan untuk menjimatkan wang. Perlu ke beli pam yang mahal, makan supplement ke, minum susu ke ? lagipun mak saya dulu susukan adik adik saya senang je saya tengok.
Jadi ketika itu, pam pertama yang saya beli adalah pam manual jenama OK baby yang berharga RM20.00. (* tak de plak gambar di google untul saya attach)
Apabila, anak pertama saya lahir ; saya mengalami saat saat getir PROLONGE JAUNDICE , ketika itulah saat pertama saya mengalami kesukaran dengan perjalanan susu ibu. Anak sulung saya hanya pandai latch pada sebelah breast je. Kerana nipple sebelah lagi sedikit tenggelam.
Kerana situasi itu, kemudian, saya bertukar kepada pam ini, yang berharga RM100.00 :
Pengalaman saya menggunakan pam ini, tuhan sajalah yang tahu. Sakit tapi kerana azam nak breastfeeding, ku tahankan jua. Susu keluar paling lama perah pun dapat 1oz sahaja. Memang sangat berputus asa.Stress dan sedih. Tak de pilihan lain, akhirnya ku campur dengan susu formula.
Kemudian, saya search internet, pelbagai pilihan pam yang terjual untuk breasfeeding. Ada yang mahal, ada yang murah. Masa ini pujuklah encik suami belikan. Jadi, akhirnya inilah pam ketiga saya miliki berharga RM200.00 :
Pam ni jenis manual. Masa memula dapat pam ni excited sangat, dan bermulalah sesi mengepam. Bagaimana feedback saya mengenai pam ini ? emm, panjang ceritanya. Saya cerita untuk next entry k.
No comments:
Post a Comment