Sunday, June 30, 2013

Breastpump murah atau breastpump mahal ? ; part 3

Breastpump pilihan hatiku

*cerita pasal breastpump lagi untuk siri yang ke 3

Ketika saya menghadiri kursus, saya berjumpa kawan lama saya "anis mardhiyah". Ketika itu beliau membawa anaknya bersama untuk disusukan. Kemudian, saya terpandang breastpump yang kawan saya ni guna. Masa ni perasaan saya adalah macam dalam gambar ni :

breastpump murah atau mahal
Perasaan yang berbaur - baur, teruja, berbunga, gembira, sayang ... semuanya ada. Sebabnya saya ada juga explore breastpump ni di internet tapi tak berpeluang nak tengok secara live. Bila saya dapat sentuh, perhati saya mula jatuh cinta pada breastpump ni. Saya terus bertekad, masa mengandung anak kedua nanti saya mesti dapatkannya. SAYA MESTI DAPATKANNYA, WITHOUT ANY COMPROMY.

Kerana apa saya jatuh cinta;

SEBAB PERTAMA
*breast shield nya sangat lembut. Ia boleh melengkok - lengkok ikut fizikal breast kita. Jadi breast kita tak sakit bila suction berlaku. Material plasticnya tak sama macam breastpump yang lain.
SEBAB KEDUA
*Tambahan pula, pam ini ada 2 fasa ketika ia beroperasi. iaitu fasa stimulate dan fasa expression. Ketika fasa stimulate, dia akan membuat rangsangan agar susu ibu keluar. Rhythm suctionnya sangat lembut, seolah - olah bayi yang menghisap.
medela freestyle
 SEBAB KETIGA
*Breastpump ini bersifat hands free. Sambil menyapu, sambil memasak, sambil ber FB, even semasa didalam kereta pun ibu - ibu boleh mengepam. Sifat fizikalnya macam handset, boleh dibawa kemana - mana. Ia mempunyai rechargeable batery, ada tali pinggang dan aksesori yang membolehkan kita menggantungnya dibadan kita. Jadi anda dapat mengurangkan kebergantungan kepada elektrik ofis.  (bagi ibu - ibu yang bekerjaya)

Bagi muslim, teringin tak nak tahu "hukum guna elektrik ofis untuk mengepam susu ibu?". Kalau anda teringin nak tahu, boleh la tengok video itu di sini

*********************************************************************************


Saya rasa, ramai dah tahu breastpump apa yang saya guna. Tak perlu rasanya nak mention nama breastpump ni. Takut sebenarnya, sebab iman saya ni hanya setebal kulit bawang. Takut timbul perasaan riak. Takut mengecilkan hati ibu - ibu yang tak mampu nak beli breastpump ni. Breastpump ni memang mahal sikit. Tapi pada saya, apalah salahnya demi anak kan? sedangkan handfon yang mahal kita mampu beli, tak kan tak mampu beli breastpump ni. Kumpul duit sikit sikit setiap bulan mesti dapat beli akhirnya. Tujuan saya menulis entry ni, agar bakal - bakal ibu dapat membuat pilihan dan berfikir sebelum buat keputusan beli pam yang sesuai. Sebenarnya, selain pam jenis ni, ada lagi breastpump yang bagus juga. Ramai ofismate saya pakai breastpump jenis yang lagi satu ni dan saya tengok bagus juga. Breastpumpa apa ye ?

Next entry, saya nak cerita breastpump apa yang ofismate saya guna dan breastpump apa yang Wardina Saffiyah gunakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...