Monday, June 17, 2013

Dahulukan 6 golongan bila Bersedekah


Andainya kita berkemampuan dan dianugerahi rezeki lebih, alangkah baik jika ia dibahagikan kepada mereka yang memerlukan. Lebih - lebih dikalangan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Selain mengeratkan silaturahim, ia juga dapat dimanfaat untuk pelbagai tujuan kebajikan. Malah amalan bersedekah amat digalakkan oleh Allah SWT. 


Terdapat 6 golongan yang dituntut oleh agama islam untuk diberikan sedekah iaitu :

1 Orang - orang yang soleh dan bertakwa kepada Allah

Ini kerena mereka dapat menggunakan wang atau barang yang disedekahkan itu kejalan yang diredhai Allah.

2 Golongan alim ulama dan orang yang berpengetahuan dalam ilmu agama

Memberi sedekah kepada golongan ini samalah dengan membantu mengembangkan agama

3 Pastikan penerima sedekah benar - benar seorang yang bertakwa

Orang seperti ini akan menghargai pemberian orang dan menganggapnya datang dari Allah dan anda adalah pengantaranya.

4 Penerima usah merayu atau mengadu untuk mendapatkan derma

Penderma dinasihatkan supaya memberi sedekah kepada mereka yang beriman walau dimana sahaja mereka berada, berbanding mereka yang meminta - minta

5 Memberikan sedekah kepada mereka yang mempunyai banyak tanggungjawab

Pilihla golongan yang mempunyai banyak tanggung jawab sama ada yang terpaksa menanggung iba bapa yang sudah tua dan uzur, memiliki anak ramai, yang terlantar sakit atau sebab - sebab lain. Kita digalakkan untuk membantu golongan ini bagi meringankan beban mereka

6 Utamakan sedekah kepada keluarga terdekat

Selain sedekah, pemberian juga dapat menyambung silaturahim akan memperoleh pahala yang besar disisi Allah. Walaupun nilainya tidak seberapa, tetapi ia amat bermakna buat mereka. Saiyidina Ali pernah berkata. "Jika aku mempererat perhubungan dengan salah seorang daripada saudara mara dengan memberinya satu dirham sahaja, adalah lebih bermakna berbanding jika aku memberi 20 dirham kepada orang lain"

Ungkapan itu menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan sehingga ia perlu diberi keutamaan dalam pelbagai aspek termasuk pemberian sedekah. Selain daripada ahli keluarga, pemberian sedekah kepada sahabat dan kawan - kawan seperjuangan juga harus diberi keutamaan.


sumber ini dipetik dari majalah IMAN (bil. no. 2)




sedekah jariah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...