Sedekah dapat menyelamatkan seksa kubur
Setiap yang hidup akan
mati. Itulah hakikat makhluk ciptaan Allah yang fana. Kita seterusnya akan
tinggal ke alam barzakh, sebelum berhimpun diakhirat. Begitulah iktikad ahli
sunnah wal jamaah. Dalam hadis riwayat Imam al- Tarmizi, Rasulullah s.a.w bersabda.
"sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan
akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaanya, maka apa yang
akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu
tidak terlepas daripada seksaanya, maka yang akan datang sesudahnya akan lebih
sukar."
Atas kesedaran itu,
beramalllah dengan amalan - amalan yang baik agar kubur menjadi tempat yang
selamat bagi kita. Abu Laits as-Samarqandi pula berkata, kalau seseorang itu
hendak selamat dari seksa kubur, dia hendaklah melakukan 4 perkara iaitu :
- Menjaga solatnya
- Bersedekah
- Membaca alquran
- Memperbanyakkan tasbih kerana ia dapat menerangi
dan melapangkan kubur
sumber : majalah IMAN (bil. no 2)
No comments:
Post a Comment