Prof. Dr Muhaya, di slot Jangan Terlalu
Sayang TV9 malam tadi
Pn. Norita Idris (sifu saya)
Lama - kelamaan, saya mangkin yakin kenapa saya jalankan bisness ni. Tapi tetap tidak lari dengan matlamat asal "buat perniagaan kerana nak pahala sunnah Nabi Muhammad SAW"
Hari ini saya mungkin hidup mewah (*mewah ker ?). Tak lah mewah, tapi senang sikit. Syukur alhamdulillah. Kesenangan hari ini semuanya perkongsian harta sepencarian suami isteri. Suami jalankan tanggungjawab memberi nafkah zahir pada kami anak beranak. Isteri bantu sikit - sikit suami setiap bulan. Senang jugalah kehidupan kami anak beranak. Alhamdulillah.
Tapi, bila saya selusuri makna kata - kata diatas dan saya sintesis kan dalam hidup saya ni, saya dah nampak hala tuju saya. Saya mangkin jelas. Jika saya fikirkan semula, tanpa bantuan suami saya, saya tak mampu senang macam hari ni. Saya memang wanita bekerjaya dan ada pendapatan isteri. Tapi saya cuba bayangkan kalaulah saya kena bayar bil elektrik sendiri, bayar bil air sendiri, bayar bil telefon sendiri, bayar ansuran rumah sendiri, beli pampes guna duit sendiri, beli beras sendiri, beli minyak kereta sendiri, bayar untuk pendidikan anak sendiri. tu belum anak minta mainan saya kena keluarkan duit sendiri.Semuanya sendiri tanpa bantuan suami. emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm (*mengeluh panjang rasanya).Cukup memang cukup, tapi mungkin dah tak dapat dah nak selalu makan kat luar, bawa parent dan anak - anak jalan - jalan
Alahai .... ... kenapala baru terbuka hati sekarang nak buat side income dengan shaklee. Senang je rupanya bisness shaklee ni. Cuma kena update FB dan blog aje rupanya. Modal permulaan pun rm75 j. Daripada menggunakan FB dengan update status yang bukan - bukan (*rugi bayar internet je)
My husband, thank you for supporting me to do this bisness. Semoga allah panjangkan usia suami ku, diberi kesihatan yang baik dan diberi rezeki halal secara melimpah ruah kepada mu suami ku..
No comments:
Post a Comment