klik di Utusan Online Bicara Agama
atau baca teruslah di bawah ni :
ARKIB : 26/03/2010
Menyusu anak lebih 2 tahun
Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun,
apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak
melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan
penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi
darah setelah anak lebih dari dua tahun?
Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus
terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi
kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu
pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah
ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik
kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi
darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya
sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang
membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi
bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas
dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal
nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana
penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
Pandangan saya sendiri :
Walaupun tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya, tapi saya akan ikut saranan yang disyorkan oleh Allah iaitu selama 2 tahun. Kerana hikmah pelaksanaannya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui
No comments:
Post a Comment