Tuesday, May 14, 2013

Kisah Inspirasi Irfan Khairi

Assalamualaikum

Hari ini penulisan saya diambil dari Majalah ini. 

irfan khairi 

Ilmu yang bagus untuk dikongsi bersama. Irfan Khairi, nama yang tidak asing lagi. Seorang Jutawan Internet berkongsi pengalamannya semasa menuntut ilmu di United Kingdom. Kehidupannya sebagai pelajar ketika itu amat sukar dan bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya bagi menampung perbelanjaan untuk membeli buku  - buku perniagaan, menghadiri seminar dan kursus tambahan di luar waktu belajar. Selama 2 tahun bekerja sebagai warga asing, dipijak dan dicaci nista sebagai seorang abdi. Tapi kerana itulah sumber kejayaannya sebagai hari ini.

Tertarik bukan ? Sebenarnya saya nak kaitkan dengan kejayaan salah seorang Master Shaklee. Kejayaannya mencecah pendapatan 5 angka bermula dengan ayat ini "Setiap orang akan berusaha bersungguh - sungguh sekiranya ada kepahitan/kesukaran yang dia alami untuk berjaya"

Pada pandangan saya perkaitan diantara senario kejayaan Irfan Khairi dan kenyataan Master Shaklee tersebut sangat logik. Kepahitan dan kesukaran akan memberi MOMENTUM kepada seseorang supaya dia berusaha sehabis - habisnya.


TITIK KEPAHITAN DAN KESUKARAN setiap individu tidak sama. Carilah TITIK tersebut. Fikirlah titik tersebut kerana anda akan berusaha sehingga keakhirnya.

Semoga entry ini dapat memberi INSPIRASI KEJAYAAN kepada anda semua.

Jom : Saya pun sedang cari TITIK KEPAHITAN DAN KESUKARAN yang pernah saya alami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...