Tuesday, May 14, 2013

Selalu Penat, Tidak Bertenaga dan Tidak Larat

Hari ini saya menerima pertanyaan cadangan supplemen untuk tambah tenaga, nak hilangkan penat dan rasa tak larat. Jika penat anda boleh dikawal suppliment yang bagus adalah Energy Soy Protien (ESP) kerana ESP memberikan bekalan tenaga berterusan.

Tapi sekiranya anda rasa anda memang sangat penat dan tak larat saya sarankan agar mengambil "Wellness Set"
 
Wellness Set - set asas untuk tambah tenaga, hilangkan kelesuan bagi mereka yang selalu penat di pejabat atau di rumah. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Set ini juga saya ambil ketika saya menghadapi penat dan rasa tak larat yang melampau selepas bertarung melahirkan anak saya.
 
Kat sini, ada beberapa input dan testimoni berdasarkan pengalaman seorang engineer yang saya dapat dari blog sihat-lestari. 
 (kredit pada blog : sihat-lestari.blogspot)

Being an engineer memang memerlukan energy yg banyak dalam kerja - kerja seharian. Kerja yang melibatkan penggunaan mental kadangkala lebih memenatkan berbanding kerja yang melibatkan penggunaan fizikal. Most of my friend is an engineer because i'm an engineering graduate.

Baik untuk dikongsi bersama.
Soalan: "Bagaimana nak tambah tenaga dengan vitamin" ini datang dari lelaki dan perempuan. Ye lah, masalah selalu penat, lesu tak bermaya ni masalah umum, tak kira jantina. Saya suka sekali untuk berkongsi cadangan supplemen untuk masalah ini. Sebab...saya juga memulakan pengambilan supplemen atas sebab yang sama. Vitamin yang mula-mula saya makan: Vitalea, B-Complex, Vitamin C, dan Omega Guard.

Dulu, saya selalu rasa penat, sampai jadi malas nak masuk kerja. Bayangkan rutin kerja yang dimulakan dengan conference call setiap pagi, bersambung dengan segala laporan yang perlu disiapkan dalam jangkamasa singkat, ditambah dengan masalah-masalah kelancaran  projek yang memerlukan kita berhubung dengan pihak ketiga setiap jam, amat-amat memenatkan fizikal dan mental. Kerja pula bukan 8-5 je, dari pagi bersambung ke malam bersambung lagi sampai pagi.  (I'm not complaining..hehe ;p. Best apa jadi engineer ni...masa digunakan sepenuhnya untuk kerja).

Di sini saya senaraikan vitamin yang membantu untuk memulihkan tenaga dan menghilangkan kelesuan tubuh. Harus diingat, vitamin bukan dadah, makan sehari terus jadi kuat macam badang. Ia perlukan masa untuk menyeimbangkan nutrien dalam tubuh sebelum menampakkan kesan yang dimahukan. 

Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee)
Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrien orang dewasa. Insyaallah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkat paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, kalsium, fosforus, vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang.  

B-Complex untuk Tambah Tenaga
Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 vitamin B penting untuk keperluan harian badan. B-Complex adalah salah satu vitamin kesukaan saya kerana pengambilan setiap pagi membantu saya lebih tenang (vitamin anti-stress), bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Lengkap untuk keperluan sel, menjadikan sistem tubuh bekerja dengan sempurna. B-Complex dioptimumkan dengan pengambilan bersama vitamin C.  

Vitamin C Untuk Tambah Tenaga
Vitamin seperti juga BComplex, mudah larut dan musnah dalam badan. Oleh itu, bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan. Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin kekurangan vitamin C.  

Energy Soy Protien Untuk Tambah Tenaga
Energy Soy Protien (ESP) adalah protien sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang pagi.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...