Apabila susu digoncang dengan kuat, ianya akan mengubah bentuk molekul-molekul protein perlindungan dalam susu tersebut serta hanya meninggalkan struktur kepingan asid amino.
Laktoferin, lysozyme dan komponen perlindungan lain bertindak sebagai perlindungan yang baik apabila komponen ini di dalam bentuk asal molekul mereka. Sesetengah komponen kekal tidak berubah walaupun ketika proses pembekuan, penggoncangan atau pemanasan. Komponen-komponen ini, bukan hanya melindungi usus daripada jangkitan malah mencegah keradangan terhadap lapisan usus. Walaupun komponen ini akan berubah, asid amino tersebut masih dikategorikan sebagai nutrisi terbaik untuk penghadaman bayi kita.
Bayangkan - macam rantaian manik hiasan leher mahupun tangan, apabila mereka bergandingan bersama, ia nampak cantik, dan mereka bertindak sebagai rantai leher, rantai tangan ataupun kerongsang yang cantik. Tapi, bila rantaian itu putus, maka berderailah... dan tentu-tentu tak cantik dan komponen-komponen manik ini boleh rosak kerana tekanan fizikal.
Dengan susu ibu, bayi kita mendapat dua fungsi: Komponen molekul yang menjadikannya susu serta sel hidup yang bernutrisi membuatkan anak kita Kenyang dan Sehat, manakala dengan susu formula pula, kita hanya dapat susu itu sahaja (sudah tentu juga dengan khasiat tambahan yang diperkaya...tetapi tidak bersekali dengan sel-sel hidup penuh nutrisi tersebut.
Jadi, jangan goncang dengan kuat susu perahan ibu.
- Sumber Asal:
Don't Shake The Milk © 1998 Linda J. Smith, BSE, FACCE, IBCLC
No comments:
Post a Comment