Hari ini, saya ingin berkongsi dengan ilmu yang saya dapat
dari buku ini.
Terdapat petikan yang sangat menarik dalam buku ini yang
membuatkan saya ingin berkongsi dengan ibu – ibu semua. Segalanya tentang air.
Unik bukan? Bagaimana buku bertajuk “Dahsyatnya Doa Ibu" yang ditulis oleh
Syamsudin Noor ni boleh bercerita tentang air, selain cerita pasal Doa.
Air yang disampaikan dalam buku ini bukan macam maklumat
biasa yang kita dapat dari Internet. Tapi sungguh mengujakan. Mari baca sedikit
petikan yang saya ambil dari buku ini.
‘Seorang saintis Jepun dari Universiti Yokohama. Dr. Masaru
Emoto membuat kajian keatas air dan berjaya menemukan rahsia kejayaannya. Dr.
Masaru menerangkan air itu sebenarnya HIDUP. Oleh itu ia dapat menerima mesej
yang disampaikan kepadanya. Seluruh dunia kagum dengan hasil kajian Dr Masaru. Sekaligus mengungkapkan hikmah air dalam
kehidupan dan membuktikan kebesaran Allah. Hasil penelitian beliau
diterbitkan didalam buku best-sellernya
iaitu “The Hidden Message Of Water, The
True Power Of Water And The Secret Life Of Water.”
Menurut Dr.
Masaru, air terdiri daripada dua molekul iaitu PENTAGON dan HEKSAGON. Dalam
air biasa, gabungan itu membentuk H2O iaitu pentagon. Air HEKSAGON pula adalah
air yang MURNI. Struktur molekulnya mengandungi enam rangkaian molekul H2O
iaiatu (H20)6. Kandungan oksigen dalam air pentagon adalah sebanyak 5 -6 ppm
seliter manakala air heksagon terdiri daripada kelompok molekul kecil yang
stabil dan oleh itu ia mudah meresap kedalam sel tubuh manusia. Ia mengandungi
bekalan oksigen bagi mengaktifkan metabolisme sel.
Dr Masaru berkata “Air heksagon sebenarnya adalah air yang
murni yang ada di permukaan bumi sejak ribuan tahun yang lampau. Jumlah air ini
semakin berkurangan kerana perbuatan manusia yang terus menerus mencemarkan
alam sekitar. Beliau juga turut mendapati wujudnya gelombang tenaga positif dan
negatif yang berasal daripada air. Gelombang air itu bertindak balas dengan
gelombang – gelombang lain yang ada dimuka bumi dengan gelombang tubuh manusia.
Dalam bahasa Jepun, gelombang itu dipanggil hado.
Air memiliki kemampuan merakamkan hado yang terpancar
daripada rasa syukur dan kasih sayang manusia hingga berlaku perubahan molekul
pentagon dan heksagon. Beliau mengambil air dari Pulau Honshu dan mendoakan air
itu hingga mencapai -5oC dan mengambil gambarnya menggunakan kamera berkelajuan
tinggi. Hasilnya adalah gambar molekul air yang membentuk heksagon segi enam
yang indah.
Beliau mengulangi
percubaan itu dengan berkata ‘cinta’ dan ‘terima kasih’ dihadapan air itu. Air
itu membentuk kristal hesagon yang indah. Beliau mencuba lagi menghadapkan air
itu lepada huruf – huruf Jepun yang membentuk kata arigato. Hasilnya air itu
sekali lagi membentuk kristal heksagon yang indah.
Selanjutnya
beliau menunjukkan kata – kata yang buruk iaitu ‘syaitan’ dan ‘bodoh’ lepada
air itu. Hasilnya, ia membentuk kristal yang hodoh. Kemudian Dr Masaru
memutarkan lagu simfoni Mozart. Kristal air menjadi bentuk bunga. Sebaliknya
apabila muzik heavy metal dimainkan, kristal itu hancur dan tidak memiliki sebarang
bentuk.
Banyak lagi
kajian oleh beliau yang ditulis dalam buku ini tapi daripada hasil kajiannya, Dr
Maseru Emoto menyimpulkan air itu hidup. Air dapat mendengar, membaca tulisan
dan memahami mesej. “
Apakah hikmah
disebalik penelitian Dr. Masaru Emoto?
Menurut penulis :
”Ia menjelaskan
lepada kita, sesungguhnya air mengandungi banyak hikmah. Kita melihat ramai
orang menggunakan air dengan pelbagai keperluan, sama ada melalui cara yang
benar atau tidak. Contohnya, air digunakan sebagai ubat pengasih, ubat bagi
mendapat kerja, lulus peperiksaan dan seumpamanya. Nabi Muhammad sendiri
menggunakan air sebagai ubat. ”Air zam zam mengandungi ubat kepada pelbagai
jenis penyakit ” (hadis laporan Ibnu Majah).
Air berfungsi
mengatur suhu tubuh, melancarkan peredaran darah, membuang racun dan sisa
makanan,mengatur struktur dan fungsi kulit, membantu proses pencernaan, menjaga
fungsi paru – paru, melindungi dan melicinkan gerakan sendi dan otot serta
menyokong proses pemulihan. Apabila air yang masuk kedalam tubuh kita adalah
air pentagon, ia berbahaya. Ini kerana strukturnya susah larut dalm sel sel
tubuh dan darah. Dengan itu, kita perlu menggunakan air heksagon.
Bagaimana caranya
kita hendak mendapatkan air heksagon? Mudah saja. Sebelum kita minum atau
menggunakan air bagi tujuan apa sahaja, kita berdoa semoga membawa
kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan untuk kita sebagaimana ajaran Islam. Luar biasa bukan? ”
Ternyata islam
itu indah. Islam menyuruh umatnya membaca Bismillah sebelum minum air. Kesucian
doa dalam islam memiliki kekuatan yang dahsyat yang mampu diterima air.
Terbukti hasilnya air yang didoakan dengan nama Allah mampu membunuh bakteria.
Air dan doa adalah sumber kesihatan dalam kehidupan kita. Kalau kita lihat
senario hari ini, dah wujud perniagaan yang menjual air yang telah diiringi doa.
Dalam buku ini
Penulis turut menghighlightkan perkara ini:
Sebagai ibu,
apakah yang terbayang dalam fikiran kita. Ibu adalah orang yang paling akrab
dengan air dirumah. Bermula daripada memandikan anaknya, mencuci pakaian,
memasak air, memasak nasi, sayur, membuat kuih dan sebagainya. Semua itu
memerlukan air. Ibu perlu berhati dengan kandungan hado. Semuanya bergantung
pada perasaan dan ekspresi ibu sewaktu memasak makanan. Sewaktu ibu sedang
memasak dan menyediakan makanan, iringilah pekrjaan itu dengan membaca doa
ataupun berwirid. Dengan itu air yang ada dlm masakan membentuk kristal
heksagon yang mudah menyerap dalam sel sel badan. Hado yang terkandung dalam
air itu memberikan kesihatan untuk keluarganya.
Sebaliknya
apabila ibu melakukan pekerjaan dengan perasaan marah, besar kemungkinan hado
yang terkandung dalam masakan itu menjadi negatif.
Indahnya islam
dalam hidup kita. Islam turut mengajar kita mengucapkan kalimah Bismillah dalam
memulakan sebarang bentuk pekerjaan. Inilah salah satu hikmahnya.
Sempena hari ibu
ini . Marilah ramai ramai mengaminkan doa saya ini
“Ya allah ya
tuhanku. Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Berikanlan ibu penulis blog
ini [Jemah binti Saidi] kesihatan yang baik. Ampunkanlah dosa beliau. Berikanlah
kebahagian dunia dan akhirat kepadanya.” Amin
Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak - anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain.
*semoga thread ini dapat jadi ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain
Jom like FB saya : Secret of Supplement
1) sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak - anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain.
*semoga thread ini dapat jadi ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain
Jom like FB saya : Secret of Supplement
Wassalam
No comments:
Post a Comment