Review saya pasal breastpump
Sebelum cerita pasal Wardina, saya nak cerita breastpump yang kebanyakan ofismate saya gunakan. Salah satu breastpump yang saya tengok ramai ofismate saya guna adalah breastpump ini,Breastpump jenama spectra. Anggaran harga RM500 ke atas. Rasanya, semua ibu - ibu mampu miliki breastpump jenis ini. Saya tengok bagus je kawan - kawan saya guna. Cuma kita kena bergantung kepada power supply ketika mengepam. Kalau tiada elektrik, maka aktiviti mengepam tidak boleh dilakukan. Kalau nak mengepam dalam kereta, ibu ibu kena beli extension supaya boleh supply power pada breastpump ni. Jadi yang paling utama bagi breastpump jenis ini adalah POWER SUPPLY.
Bagi muslim, teringin tak nak tahu "hukum guna elektrik ofis untuk mengepam susu ibu?". Kalau anda teringin nak tahu, boleh la tengok video itu di sini
Ok, berbalik kepada tajuk asal iaitu breastpump apa yang Wardina Saffiyah gunakan. Tapi sebelum tu, mehla baca artikel Wardina ni dulu ;
Pentingkan pemilihan pam yang elok untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu?. Terutamanya ibu - ibu bekerjaya.Kalau ibu - ibu nak tahu, breastpump yang Wardina Saffiyah gunakan, adalah dari jenama spectra. Tapi tak berapa pasti siri keberapa. Breastpump spectra ni banyak siri, ada siri 3 ada siri 5.
Eh! macamana saya tau Wardina pakai spectra breastpump ? Cerita ni sahabat saya anis mardhiyah yang beritahu pada saya ketika dia berjumpa Wardina. Boleh baca cerita penuh tu di sini.
No comments:
Post a Comment