Meal Shake Shaklee adalah makanan tambahan yang saya
berikan kepada anak saya sebagai supplemen untuk memastikan nutrien dalam
badannya dipenuhi. Mengikut buku panduan nutrisi shaklee, meal shake Shaklee
menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap
untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah –
buahan, sayur – sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain
–lain.”
Meal shake shaklee mengandungi soya?
Eee soya tak bagus la. Nanti boleh
sebabkan kanser dan kemandulan. Ni semua agenda barat. Berbaliklah kepada
makanan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Pernahkah anda diajukan dengan perkataan ini. Ya, saya
pernah. Sangat kontroversi. Tapi saya tak marah. Terima kasih, kerana ayat anda itulah beri saya
idea untuk menulis pagi ini. Apa yang saya buat, memula saya
cari bahan dan baca dan fahamkan. Sudah tentulah bacaan yang meningkatkan keyakinan saya
ditulis oleh doktor (yang ada pengetahuan dalam bidang perubatan) atau jurnal yang sudah disahkan kesahihannya. Tapi
malangnya saya masih belum jumpa jurnal berkaitan soya. Tapi saya jumpa
penulisan Dr Zubaidi (pegawai perubatan yang selalu menulis mengenai kesihatan
dan rawatan di blognya). Penulisan beliau adalah fakta, kerana setiap ayat yang
ditulis adalah hasil bacaannya pada rujukan yang sah.
Adakah kacang soya boleh menyebabkan kanser?
”Ramai saintis beranggapan bahawa pengamalan produk
berasaskan soya tidak memberikan kesan yang positif atau negatif kepada kanser
payudara. Banyak kajian yang perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaan sama ada
soya akan menyebabkan kanser payudara atau soya boleh mengelakkan kanser
payudara”
Saya berpendapat
bahawa kanser payudara ini lebih kepada penyakit genetik yang tidak dapat
dikawal oleh mana – mana wanita. Ianya penyakit yang bukan dicari atau diminta.
Hanya Kuasa Allah SWT sahaja yang dapat menjauhkan kita dari musibah ini.
Boleh baca kenyataan penuh Dr Zubaidi di sini
* siapa yang ada statistik pesakit kanser, boleh beri pada saya tak ? Saya nak tengok adakah Johor menunjukkan nilai tertinggi kerana orang jawa memang makan makanan yang berasaskan soya (tempe)
Adakah kacang soya menyebabkan kemandulan?
Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada
yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya
dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang
berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya. Dalam erti kata
yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan
pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian
yang diterbitkan oleh American
Journal of Clinical Nutrition, menyebut pengambilan soya
yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan
LH.
Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya
yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.
Kajian oleh American
Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya
pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan
bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan
pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.
Kajian di American
Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak
mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang
untuk mengandung dan melahirkan anak.
Baca huraian penuh Dr Zubaidi di sini
Menurut Dr Zubaidi lagi
Kesimpulannya, pengambilan
soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan
kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak
digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga
memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara
menyeluruh.
Islam sendiri sudah menetapkan garis panduan agar makan
sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pengambilan makanan yang berlebihan
tidak digalakkan didalam islam. Kerana mengambil makanan dalam kuantiti banyak
adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga
ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi,
yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana
sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)
Persoalan :
berbaliklah kepada sunnah makanan Nabi Muhammad SAW
Pandangan saya : Saya tidak menolak sunnah makanan Nabi Muhammad SAW ... Malah saya amat mengalakkan agar
pemakanan suplement shaklee diiringi dengan pemakanan sunnah Nabi. Saya sendiri minum susu kambing dengan supplement shaklee semasa berpantang anak kedua saya. Boleh baca di sini.
Bagi resepi mealshake, anda boleh
campur saja blended kurma dengan mealshake jika kita mahu. Atau jus delima dengan mealshake. Tiada tentangan
dalam pemakanan tersebut.
Bolehkah saya memberi analogi yang cukup mudah mengikut pandangan saya :
Nasi adalah sumber karbohaidrat dan dimakan oleh kita setiap hari. Sedangkan nasi tidak disenaraikan seperti kurma, madu, buah delima, habbatus sauda dan lain - lain. Adakah kita akan menolak sepenuhnya untuk tidak makan nasi ?. Islam sendiri menyatakan kita boleh makan apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, justeru sebenarnya kita boleh makan nasi, tapi kita tidak digalakkan makan nasi secara berlebih - lebihan. Kerana makanan yang berlebihan akan mengundang penyakit. Begitu juga dengan supplement shaklee. Ya memang bagus ambil supplement shaklee pada masa yang sama kita makan kurma, madu, habbatus sauda, susu kambing dan lain - lain. Saya sangat menggalakkan.
Kepada anda yang memberi Meal shake shaklee sebagai supplemen kepada anak anda, pastikan anda memberinya mengikut sukatan yang betul:
*1 tahun kebawah tidak digalakkan mengambil meal shake shaklee
- 1 hingga 3 tahun - 1 sudu kecik 2-3 kali seminggu
- Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas (Anak-anak yang lebih aktif dan terdedah dengan ramai orang terutamanya yang sudah ke tadika) - 1 sudu besar setiap hari
- Golongan dewasa – 1 sudu besar 1-2 kali sehari
Salam Sayang semua
No comments:
Post a Comment