Tuesday, June 11, 2013

Buka perniagaan atau Network marketing?



Kalian mesti pernah mendengar/membaca ayat - ayat ini "9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan" dan "Perniagaan adalah sunnah nabi (*dapat pahala jika kita buat sunnah nabi)". Saya juga seperti anda, pernah membaca dan mendengar kenyataan ini. Teringin nak menjalankan perniagaan, dan pernah juga menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan. Tapi passion pada perniagaan kecil - kecilan tu tak kekal lama. Sebabnya, tiada penggerak dan pemberi semangat untuk menjalankan perniagaan tersebut. Apa yang menjebakkan saya menjalankan perniagaan shaklee? Semuanya kerana saya suka berada dalam kumpulan muslimah ini. Kumpulan yang selalu gerakkan amalan saya kepada Allah setiap hari. Saya suka dengan kehidupan saya sekarang. Jiwa sangat tenang. Yang paling penting, saya dapat buat salah satu sunnah nabi iaitu berniaga.

Mari kita tengok carta dibawah:  

Saya bukan nak membandingkan kerja di sektor kerajaan dan sektor swasta, kerana saya sendiri bekerja di sektor kerajaan. Tapi saya nak anda lihat graf "buka perniagaan" dan "network marketing". Shaklee termasuk didalam golongan network marketing. Jika saya memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri, saya akan terdedah dengan pelbagai risiko. Dan ini tidak sesuai dengan saya yang tidak mempunyai background perniagaan. Saya tak pandai nak buat akaun imbang duga, kira kos utiliti, kos tersembunyi dan macam - macam lagi. Peluang untuk saya berjaya mungkin tipis. Graf menunjukkan turun naik turun naik. Jika pelan perniagaan berjaya, graf keuntungan akan naik, tapi graf akan turun jika pelan perniagaan tidak berjaya. Justeru, network marketing adalah cabang perniagaan yang saya rasakan sesuai dengan saya, kerana saya tidak perlu bersusah payah nak buat produk, nak design, nak buat labeling, nak kira kos untuk tentukan harga dan sebagainya. Pada awalnya, mungkin agak sukar tapi saya yakin, suatu masa nanti saya mungkin akan berjaya (naik meninggi seperti graf tersebut)
Boleh ke berjaya dengan shaklee jika dah ramai yang menjual shaklee ? Jawapannya boleh sebab shaklee bukan ada di negara Malaysia saja. Downline anda boleh keserata dunia yang ada shaklee kerana bisness shaklee adalah internet bisness. *Mentor saya sendiri sedang melebarkan sayap downline nya ke indonesia.

Mari baca artikel yang saya ambil dari © Utusan Melayu (M) Bhd



Shaklee tawar peluang pendapatan lumayan


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.
Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.
Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.
"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.
"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.
"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.
"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.
Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.
Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.
Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.
Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.
Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.

Berminat untuk jalankan perniagaan tanpa risiko ? Jom sertai saya sebagai ahli shaklee. Unik sangat perniagaan ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...