Do and Don't bagi suplemen untuk ibu hamil
Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal - bakal ibu."wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih dari biasa bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum."
Memetik kata - kata Faten Fareza (pakar farmasi) ; supplemen yang bersesuaian diawal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan spina bifida dan kecacatan tiub neural.
Asid folik turut disarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah salah satu suplemen yang penting.
Kenapa perlu banyak vitamin ?
Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu.
"Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Mutivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesan bayi dalam kandungan.
Pengambilan minyak ikan
"Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan.
*badan tak boleh hasilkan asid lemak ini rupanye ... kena ambil dari makanan
Omega 3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. pembentukan secara optimum sel sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.
Suplemen yang dilarang
Biarpun tubuh memerlukan pelbagai zat zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang. Antara vitamin yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.
GLA atau Gamma Linolecic Acid biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.
Teh hijau juga tidak digalakkan kerana teh hijau mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dan boleh menyebabkan dehidrasi.
Waktu pengambilan paling sesuai
bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan supplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu.
*oooo ..patutlah ada ibu yang mengadu HB tetap rendah walapun sudah ambil suplemen .. bukan salah suplemen .. tapi waktu pengambilan tidak sesuai
Jadi apakah waktu yang sesuai ? emm panjang bebenar nak taipnya ..boleh try whatsapp number ni untuk tau jawapannya .. :-)
Dan yang paling penting
Multivitamin yang mengandungi vitamin A atau retinol boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.
Semak vitamin anda !
(sumber PaMa, oktober 2013)
No comments:
Post a Comment