Monday, January 27, 2014

Fahami vitamin SEMULAJADI, SINTETIK dan ORGANIK

Saya pernah membaca dalam artikel yang bertajuk 'Obsesi Suplemen : Perlukah?' yang vitamin sebenarnya ada 3 jenis iaitu vitamin semulajadi, sintetik dan organik. Namun begitu saya hanya tahu beza vitamin semulajadi dan vitamin sintetik sahaja. Apa yang saya ingat, vitamin organik tu sama seperti vitamin semulajadi. Tapi rupanya saya silap ..

Jom kita baca apa perbezaan ketiga - tiga vitamin tersebut

 Dalam bahasa mudah

(1) Vitamin Sintetik umpama buah dan sayur plastik

sayur dan buah mainan

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dan jus sayur dalam pek

jus sayur dan buah


(3) Vitamin Semulajadi umpama buah dan sayur sebenar
buah dan sayur dalam vitamin
saya rujuk dari blog mommy lyna (http://vitaminsemulajadi.com/)

Dari segi penjelasan fakta, vitamin semulajadi, sintetik dan organik boleh difahami berdasarkan maklumat berikut :

VITAMIN VSEMULAJADI 
  • Di hasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding sintentik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti
  • kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (Rujuk : A consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
VITAMIN SINTETIK
  • nutrien yang di hasilkan dalam persekitaran makmal
  • bersumberkan tar arang batu
  • paling murah. Komponennya bahan kimia
  • kebanyakkan makanan tambahan adalah dalam jenis ini
  • syarikat yang pentingkan keuntungan gunakan cara ini
  • biasanya di jual di farmasi
  • walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
  • dari label - di labelkan dengan huruf "l" berbanding huruf "d" bagi semulajadi (Rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller).
VITAMIN ORGANIK
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat
  • ia tidak sama dengan semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • semasa pemprosesan, ia melibatkan :
    • haba yang berlebihan
    • produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien
  • ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa di ganti
MENGAPA PERLU PILIH VITAMIN SEMULAJADI?
  1. enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  2. tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  3. penyediaan bahan mentah dai sumber semulajadi yang berkualiti
  4. imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  5. semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintentik
  6. semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya
MENGAPA PERLU ELAKKAN VITAMIN SINTENTIK?
  1. tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh - struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal
  2. percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintentik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri
  3. semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sintentik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.
 BAGAIMANA MENGENAL VITAMIN SEMULAJADI ATAU VITAMIN SINTETIK?
  • melalui pembacaan label - huruf "l" bagi tiruan dan " d" bagi semulajadi
  • melalui kehadiran pad "gel silika" dalam bekas sintetik..uncang gel yang bertulis "do not eat" tu...selalu ada dalam handbag, kasut...gel silika kan untuk menyerap kelembapan....so vitamin yang semulajadi memang tak perlukan gel silika ni ^^
  • dan sudah semestinya anda boleh beli Shaklee dangan yakin ^^ (Rujuk : Shaklee Food Supplement - A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
saya rujuk dari blog (http://beautydaisy.blogspot.com)

Jadi kita nak makan yang mana satu ya,  buah dan sayur plastik, jus buah dan jus sayur dalam pek atau buah dan sayur sebenar?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...