Thursday, January 23, 2014

Kerana anak saya lelaki

Sebagai ibu mama rasa, mama kena rancang banyak aktiviti untuk anak - anak. Kalau sebelum ni kami suka penuhkan masa anak - anak ke shopping complex, tapi sejak akhir - akhir ni mama sedar yang aktiviti ke shopping complex dah macam tak relevan dengan anak se aktif arsyad aiman ..

Apa - apapun, mama masih rasa ilmu tentang keibubapaan ni masih perlu ditambah lagi... Jom baca kejap bagaimana mendidik anak lelaki

1. Peranan Bapa
  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) diantara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau 'role-model' kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.
2. Peranan ibu
  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaja. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

sekarang ni mama kena bagi aktiviti fizikal yang banyak untuk anak lelaki mama, supaya tenaganya habis disalurkan dengan aktiviti ni.. mama kena belajar selalu berlemah lembut, selalu berbual dan memuji anak lelaki mama ni


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...