Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen dan keperluan untuk mengambilnya
Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen ; boleh kurus, lebih sihat, cantik dan awet muda tanpa perlu bersenam dan makanSebab utama suplemen perlu diambil ialah untuk menangani masalah pencemaran dan pengambilan makanan segera dan pemakanan yang tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.
Sebenarnya setiap hari, kita harus makan :
- 6 - 11 sajian roti, bijirin, nasi dan pasta lain
- 3 - 5 sajian sayur - sayuran
- 2 - 4 sajian buah - buahan
- 2 -3 sajian jika susu, yogurt dan keju
- 2 - 3 sajian daging, ayam, itik, ikan, kacang kering, telur atau kacang
- lemak, minyak dan gula secara sederhana
"Walaupun kita mematuhi saranan pemakanan diatas; tapi .. sebenarnya kita mungkin menghadapi tiga masalah iaitu : "
1. Sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada pemakanan tersebut
*vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang dan perlu diperbaharui setiap hari
2. Jumlah vitamin yang diperlukan seperti vitamin E (vitamin E diperlukan untuk perlindungan daripada beberapa penyakit) dalah mustahil daripada diet biasa
3. Sesetengah nutrien (seperti minyak daripada ikan air sejuk) sukar untuk kita perolehi kerana ia bukan pemakanan utama dalam diet biasa kita
Justeru, pengambilan suplemen dalam gaya hidup seharian kita sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan ibu bekerja yang terikat dengan masa dan sibuk sehingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan diluar.
emmm .. besar sungguh pengaruh seorang ibu ye.. pengaruh dari segi lifestyle, pemakanan dan kehidupan keluarga
patutlah Prof Dr Muhaya suka berdakwah kepada kaum wanita, kaum ibu dan kaum isteri, sebab besarnya pengaruh ibu itu dalam sesebuah keluarga ..
Yelah, yang memasak untuk keluarga ialah ibu .. yang banyak menjaga , mendidik anak anak selalunya 70% adalah ibu ..
sampaikan wujudnya perkataan ini "terdidik wanita, terdidiklah generasi"
Ibu - ibu ; mari beri makanan yang berkhasiat kepada keluarga kita.. dan tambahan suplemen untuk memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan seharian kita....
semoga terdidiknya wanita berdasarkan kepentingan makanan berkhasiat maka terdidiklah generasi yang sihat
Pilih suplemen semulajadi ; kerana hanya suplemen/vitamin semulajadi saja yang sesuai dengan tubuh manusia yang bersifat alami
No comments:
Post a Comment