Artikel hari ini adalah tentang
'Menu penting untuk tumbesaran anak - anak'
Ibu bapa jom baca apa menu penting yang diperlukan oleh anak - anak bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka yang sihat.
Khasiat pemakanan daripada sumber semulajadi
Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat yang berbeza. Dengan memberikan anak anda pelbagai makanan dalam satu masa dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka. Bukan itu sahaja, malah kalsium yang cukup juga penting untuk kanak - kanak. Mereka memerlukan kira - kira 800mg kalsium setiap hari. Oleh itu makanan seperti susu, keju, dadih penting untuk mereka. Sayur - sayuran dan buah - buahan pula dapat membekalkan vitamin A dan C. Berikan anak - anak makan daging dan kekacang bagi mendapatkan zat besi dan protein yang secukupnya. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh juga dapat menyumbang kepada peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak - kanak.
Tambah saiz hidangan
Bertambah usia anak anda, maka bertambahlah saiz hidangan yang perlu diberikan kepada mereka. Yang penting setiap hidangan yang diberikan haruslah sihat dan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah disarankan. Kuantiti makanan yang biasanya disediakan untuk mereka adalah 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Galakkan mereka makan setiap waktu dan sediakan snek sihat untuk kudapan mereka
Pentingnya vitamin
Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu tahu tentang jumlah pengambilan vitamin dan mineral yang diperlukan. Pakar pemakanan mencadangkan kanak - kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50mikrogram folat setiap hari
Jangan sekat anak makan
Kanak - kanak perlukan lemak secukupnya untuk memberikan mereka tenaga pada tahap yang tinggi. Secara umumnya, kanak - kanak mendapat 30 peratus kalori lemak. Antara saranan keperluan khasiat pemakanan kanak - kanak menggariskan bahawa kanak - kanak berusia 1 - 3 tahun perlu ambil 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Malah pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak - kanak mendapat 16mg atau lebih protein setiap hari untuk tumbesaran mereka. Namun ia bergantung kepada saiz badan anak - anak, sama ada terlalu kurus atau berlebihan berat badan
Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak - kanak mudah mendapat anemia sekiranya kurang zat besi dalam badan. Kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan mereka yang mengakibatkan mereka kurang selera makan. Apa yang perlu anda INGAT adalah rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak - anak yang sihat
No comments:
Post a Comment