Lebih baik daripada segala isi dunia
Assalamualaikum, salam jumaat buat pembaca blog saya...ilmu agama hari ini adalah tentang solat dua rakaat sebelum subuh ...banyak ilmu yang sungguh bermanfaat dan menginsafkan saya dalam blog ni..tapi untuk kali ni, saya suka berkongsi dengan anda mengenai solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh....
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah
SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk
mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
sumber : detikislam.blogspot.com
"
Cuba bayangkan, harta,
wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu
cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa
muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).
Segala dunia dan isinya
tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun ,
jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri
memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam
pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh."
Ma sha Allah .. lebih baik dari segala isi bumi .. ma sha allah...mari sama - sama amalkannya ...
No comments:
Post a Comment